VVIP DENAI CINTA

19 April 2011

ADUN AL-KATAKI Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu

KLANG, 18 April : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan isterinya, Ramizah Mazlan, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin. Peguam Syarie Mahyuddin Md Zahari, yang mewakili Badrul Hisham, berkata Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.

"Kes ini sepatutnya masih di peringkat perbicaraan hari ini tetapi dipinda selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan iaitu Badrul Hisham bersetuju untuk melepaskan Ramizah, yang bersetuju untuk menarik balik tuduhan, dakwaan dan keterangan dalam kes tuntutan cerai secara fasakh itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 4 Feb tahun lepas, Ramizah, 40, memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada Badrul Hisham, 51, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Ramizah diwakili peguam syarie, Norrasyada Osman. Badrul Hisham dan Ramizah bernikah pada 31 Julai 1993 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Badrul Hisham, yang dahulunya dari Parti Keadilan Rakyat, bertindak keluar dari parti itu pada 29 Okt 2009 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional dan kini menjadi wakil rakyat BN.

Pada 24 Jan lepas, Adun itu dihalang menyertai persidangan khas Dewan Undangan Negeri Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Jan lepas dengan alasan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai Adun dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails