VVIP DENAI CINTA

29 April 2011

ISLAM SUBUR DI BUMI DARUL NAIM

KULIAH JUMAAT DI DATARAN ILMU, KOTA BHARU
Suasana sebegini hanya di Kelantan. Kuliah Jumaat setiap minggu yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar YB Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Namun untuk majlis ilmu hari ini, Tok Guru diganti oleh anaknda beliau iaitu Ustaz Nib Abduh.


Menteri Besar negeri mana yang turun padang menyampaikan Kuliah Jumaat saban minggu dan anak Menteri Besar negeri mana yang boleh menggantikan bapanya menyampaikan kuliah sebagaimana yang berlaku di Kelantan ini...? (Mungkin kini kita ada Menteri Besar Kedah yang juga pimpinan PAS yang sering menyampaikan kuliah ilmu kepada rakyat dan masyarakat). Menteri Besar dan anak Menteri Besar negeri lain...? Tepuk dada, tanya iman.

Setahun Pemergian Aminulrasyid Amzah

Ibu Aminulrasyid Cuba 'Bersihkan' Nama Anaknya
Malaysiakini
Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik. "Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad.

28 April 2011

Tiada Siapa Yang Berhak Rampas Selipar Dari Tuannya, Apatah Lagi Negeri Berdaulat

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kunjungan
Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabatnya di sini, hari ini.

KOTA BHARU, 28 April : "Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Insya Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia," tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di laman facebook.

27 April 2011

Jom Makan Raja Musang!!!

Jom makan Musang King!!! Bukan musang berekor dan berkaki empat tu yea, tapi durian yang 'berjenama' Musang King (ditanam terutamanya di kawasan Bentong - Raub). Agak mahal durian ni, sesekali boleh le acu-cuba-try-test makan. Kalo selalu nak melantak durian ni, jawabnye rabak le poket. Melainkan kalo anda ada dusun durian atau kenal rapat dengan tuan kebun atau tokeh yang jual durian, maka boleh le selalu menjamah Raja Buah ini.

Rita Mahu Fokus Perniagaan Ibu

KUALA LUMPUR : "Saya belum bersedia mendirikan rumahtangga kerana mahu tumpukan kepada perniagaan," kata Dekritawati Yuliana Buhari, anak jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ketika ditanya bila ingin mengakhiri zaman bujangnya.

PENAGIH DIMANJAI - GRADUAN DIANAK-TIRI!!!

Terasa amat bangga dengan sistem yang diamalkan oleh pemerintah negara kita. Lihat sahaja keprihatinan dan sikap MENDAHULUKAN kepentingan dalam menjaga penagih-penagih dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen). Seorang penghuni Puspen, diperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan. Atau setahun perbelanjaan untuk seorang penuntut UNIVERSITI Puspen ini adalah sebanyak RM7,117.20.

Bayangkanlah jika
penuntut UNIVERSITI Puspen ini gagal dalam pengajian, oh!!! mereka tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan sentiasa mendahulukan serta memanjai mereka. Mereka boleh mengulang pengajian mereka di UNIVERSITI Puspen dan kerajaan dengan sukacita akan menanggung lagi kos RM7,117.20 kepada mereka dalam bentuk BIASISWA tanpa perlu membuat bayaran terhadap kos yang dikeluarkan kerajaan tersebut.

Ini amat berbeza dengan apa yang ditanggung oleh GRADUAN IPTA dan IPTS yang menerima pinjaman PTipuPTN. Pinjaman PTipuPTN yang diberikan kepada siswazah akan dikerah pembayaran balik pinjaman (+bunga-bunga cinta +kos pengurusan dll) walaupun ada di kalangan mereka masih giat melakukan aktiviti menanam anggur.

Amat beruntunglah para
penuntut UNIVERSITI Puspen di Malaysia. Tidak seperti GRADUAN yang terbeban dengan pinjaman PTipuPTN, penagih ini diberi layanan cukup istimewa dan diberikan BIASISWA penuh apabila memasuki UNIVERSITI Puspen.

Itu belum lagi diambil-kira kos yang dilaburkan kerajaan untuk menanggung pengajian sepenuh masa oleh senior penagih ini yang mengambil pengajian peringkat PHD di penjara-penjara seluruh negara. Pastinya kos serta BIASISWA yang dikurniakan kerajaan untuk para BANDUAN ini amat berbaloi kepada mereka agar selesa sepanjang tempoh penginapan di penjara-penjara 1Malaysia.

1Malaysia : Penagih & Banduan Didahulukan. Graduan...?
12,397 Pelatih Pusat Serenti Berjaya Dipulihkan Tahun Lepas - Abu Seman
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 26 April : Seramai 12,397 atau 60.5 peratus daripada 20,502 penghuni yang menjalani program rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) berjaya dipulihkan tahun lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagaimanapun terdapat 7,735 atau 37.7 peratus pelatih yang tidak dapat mengekalkan kepulihan atau menagih semula ketika menjalani pengawasan dalam komuniti.

26 April 2011

Kereta Jatuh KB Mall Pemilik Kereta Dipenjara Setahun





Pemilik Kereta Jatuh Dalam KB Mall Dihukum Setahun Penjara

BERNAMA
KOTA BAHARU, 26 April : Seorang penjaga burung layang-layang dijatuhi hukuman penjara setahun kerana cuai sehingga menyebabkan kematian dua penuntut kolej kejururawatan selepas keretanya menjunam di Kompleks Membeli belah KB Mall pada 2009. Masjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

JOM MELAWAT KELANTAN



NIK AZIZ UNDANG PENGKRITIK KE KELANTAN
Malaysiakini

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.

Islamic Fashion Festival - Monte Carlo


Fesyen berpakaian sebeginikah yang dianjurkan ISLAM?

Atau sekadar Fesyen Fuaka Hantu Kak Mah Balik Rumah...?



PM Bijan tentu berbangga dengan peranan yang dimainkan
oleh First Lady of Malaysia yang merupakan penaung dalam
merealisasikan Islamic Fashion Festival ini.


RUMAH RANAP DILANGGAR tSUAMI

Sekali tengok gambar ni, aku sangkakan gambar kejadian TSUNAMI di Jepun.
Apabila membaca tajuk dan artiklel mengenainya,
rupa-rupanya rumah ini ranap dilanda TSUAMI!!!

SEGAMAT : "Saya terkejut apabila tiba-tiba bumbung runtuh menyebabkan saya bergegas mencari tiga anak dan seorang anak saudara untuk menyelamatkan diri," kata Kasminah Saman, 44, menceritakan detik mencemaskan apabila rumahnya di Felda Chemplak, Labis di sini, roboh dirempuh lori yang dipandu suaminya, kelmarin.

25 April 2011

AURAT LELAKI SERING DIREMEHKAN

Artikel oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Aurat lelaki agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

24 April 2011

AC Mizal Sertai UMNO, Tolak Sertai Pakatan Rakyat

AC Mizal Dan Isteri Sertai UMNO
IPOH, 24 April : Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu pada Ahad. AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Media Arus Perdana SESEKALI Perlu Kritik Kerajaan, JANGAN KRITIK BERKALI-KALI

Kritik kerajaan 'SESEKALI' je yea media arus perdana. Kalau kritik 'BERKALI-KALI', kang tak berasap la pulak dapur mereka terlibat mengkritik. Dah pencen dari jawatan PM baru Tun M nak perkatakan soal media harus 'SESEKALI' kritik kerajaan...? Nampak sangat media arus perdana ni dok celah kangkang UMNO-BN, sampaikan langsung tak berani nak lontar sebarang kritikan. Demokrasi rosak yang disemai ini harus segera dibanteras. Rakyat tidak lagi mudah diperbodohkan.

Media Arus Perdana Sesekali Perlu Kritik Kerajaan, Kata Dr Mahathir
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 24 April : Media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.

LELAKI TAKUT 'DEKATI' CIKGU SHIDA

Errr... Metro Ahad hari ni ada dua artikel perihal dua anak dara. Satu cerita perihal anak Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Dekritawati Yuliana Bukhari dan satu lagi kisah perihal Cikgu GILA yang syok buat video miming di Youtube iaitu Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz. Dua-dua cerita adalah berkisar kepada soal 'hati'.

Berbicara soal
Dekritawati Yuliana Bukhari atau Rita, rasanya ramai jugaklah lelaki normal di luar sana yang mengimpikan beliau sebagai suri hidup. Walaupun mungkin ada juga yang lebih memandang keberadaan Rita kerana mewarisi harta peninggalan bondanya.

Tetapi andai dilihat kepada cikgu lupa diri seperti Cikgu Syida ni, emmmmmmm... Sape yea yang sanggup beristerikan cikgu ini...? Mungkin peminatnya...? Entah!!! Apapun, jodoh pertemuan serta hidayah tu di tangan Allah swt. Semoga Allah swt membuka jalan untuk cikgu ini kembali ke pangkal jalan dan menghormati status Muslimah yang dipegangnya. ~ Wallahu a'lam~

TIADA PEMINAT 'ISTIMEWA'
PARIT : "Mana ada... lelaki mungkin takut nak mendekati saya selepas menyaksikan klip video yang saya hasilkan," itu reaksi spontan Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, apabila ditanya kemungkinan ada lelaki cuba mendekatinya untuk dijadikan pasangan hidup selepas akhbar ini mendedahkan klip video gila-gila diciptanya dalam laman web Youtube.

RITA IDAM LELAKI PENYAYANG

KUALA LUMPUR : "Saya letak dua syarat penting jika ditakdirkan ada lelaki menyukai saya dan kalau ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti. Dia mestilah benar-benar menyayangi saya sepenuh hati tanpa ada sebab lain."

23 April 2011

Nasi Lemak Bukan Punca Utama Obesiti

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Marahkan badan gemuk, Nasi Lemak disalahkan...!!!
KUALA LUMPUR, 23 April : Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti di kalangan murid sekolah kerana ia boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian berkalori tinggi yang tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee E Siong. "Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama, sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku."

22 April 2011

MENGAPA PIRING ASTRO MENGHALA KE ARAH KIBLAT?

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap pelanggan Astro memiliki 'piring' untuk menerima isyarat/maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

VIDEO SEKS : Apa Beza Trio UMNO Dengan Rakyat Lain

PERMATANG PAUH, 21 April : Kenyataan pro dan kontra dalam isu sama ada mendakwa trio Umno, Datuk 'T' atau sebaliknya bukan suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan. Trio Umno itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Dato Shazril Eskay Abdullah

21 April 2011

MAYAT ISTERI DALAM ALMARI - SUAMI LAKUKAN SEKS BERSAMA KEKASIH

APABILA SAKSI HILANG
myMetro
P
IHAK pendakwa menampilkan 16 saksi termasuk seorang yang memberikan keterangan 'menggemparkan' dengan keyakinan untuk mendapatkan pensabitan. Namun, mahkamah memutuskan rantaian bukti yang dikemukakan tempang tanpa keterangan seorang saksi disifatkan amat penting yang gagal ditampilkan pendakwa untuk mencipta prima facie kes.

6 Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

  • [1] BML HB Lotion
  • [2] Krim Malam Shana
  • [3] Natasya Gold Krim Herba
  • [4] Biotox Whitening Hydro Cream
  • [5] Yoko Whitening Cream
  • [6] Sue Beauty Night Treatment Cream
KUALA LUMPUR, 20 April : Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pembayar Cukai Diingat JANGAN DEDAH MAKLUMAT Dalam e-Filing

KUALA LUMPUR, 20 April [Bernama] : Pembayar cukai yang menggunakan sistem e-filing bagi mengisi borang cukai pendapatan dan membuat pembayaran diminta supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan sulit mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata pembayar cukai perlu mengamal langkah-langkah selamat online apabila menggunakan perkhidmatan itu.

Peluru Sebabkan Kematian Ramli Tidak Sepadan Senjata Milik Tengku Muhammad Fakhry

TUMPAT, 20 April : Mahkamah Koroner Rabu diberitahu peluru yang menyebabkan kematian pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad disahkan tidak sepadan dengan senjata api milik bekas Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ASP Kamarulnizam Alias berkata, oleh itu, semua senjata api dan peluru milik baginda dikembalikan selepas siasatan selesai.

20 April 2011

Peralatan Seks Antara Barangan Yang Dirampas Kastam Selangor

Benda terlarang dan haram ni biasanya selalu mendapat permintaan tinggi di pasaran. Dan sememangnya tak peliklah andainya pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas sekian banyak peralatan seks yang cuba dibawa masuk ke Malaysia.

Nilai barangan tersebut RM274,362.00 banyak jugak tu...!!! Itu yang berjaya dirampas. Yang berjaya diseludup masuk pun tentu banyak jugak, kan? Semoga barangan yang diharamkan ini dapat disekat kemasukannya ke Malaysia demi mengelak mudarat kepada masyarakat.

Peralatan Seks Antara Barangan Yang Dirampas Kastam Selangor
PELABUHAN KLANG, 20 April : Pelbagai jenis peralatan seks antara barangan dagangan yang dirampas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor membabitkan nilai RM274,362 termasuk cukai dalam lima kejadian berasingan di sini antara 11 Februari hingga hari ini.

CABUL DALAM KELAS


Dilema betul kepada para ibubapa apabila melihatkan sekian banyak masalah sosial yang terjadi di kalangan remaja hari ini. Semoga Allah SWT memelihara anak-anak kita dari terjerumus di dalam kebejatan sosial atau menjadi mangsa permasalahan sosial ini.

ARAU : Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Kubur Warga Emas Digali, Barang Berharga Dicuri

KAJANG, 19 April : Barangan berharga di dalam keranda milik seorang warga emas hilang setelah kuburnya digali oleh mereka yang tidak kenali dalam satu kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Chua di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata polis telah dimaklumkan oleh anak simati bahawa kubur bapanya, Liew Ah Chow, 64, yang meninggal dunia pada 8 April lepas, telah digali.

19 April 2011

Angkasawan Akan Ke ISS Dengan Bantuan AYAH PIN?

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Negara
dan di kirinya Mejar Dr Faiz Khaleed

Ha ha ha ha ha ha ha!!!
KESIAN aku kepada a
ngkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed ni. Eh!!! Layak ke nak panggil dia angkasawan kedua? Dia belum pun lagi naik ke angkasa!!! Nampaknya terus kempunan la Mejar Dr Faiz Khaleed untuk ke angkasa.

Nak tunggu ekonomi negara mengizinkan? Ha ha ha ha ha ha ha ha!!! Hentikanlah anganan indahmu Mejar Dr Faiz Khaleed, simpan saja impianmu untuk bergelar angkaSAWAN, kelak dirimu jua yang merana dan terkena penyakit sawanANGKASA.

Atau ada baiknya juga minta pertolongan AYAH PIN untuk membawamu ke sana atas pembiayaan pihak KERAJAAN LANGIT!!! Kah
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

UltraPIN, bantulah Faiz ke angkasa

Mejar Dr Faiz Akan Ke ISS Jika Ekonomi Mengizinkan - YAM
LABUAN, 19 April : Angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bekas Pemain Bola Sepak Dan Isteri Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Kes Dadah

Nak hidup mewah, nak duit cara senang?
Edar dadah...? Tapi biasanya,
Sepandai-pandai mengedar dadah,
Akhirnya ke tali gantung jua...
MARANG, 19 April : Bekas pemain bola sepak Terengganu dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 120 gram di Bukit Payong, dekat sini pada 9 April lalu.

MENGAPA LELAKI KAHWIN LAMBAT?

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh. Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Sang Mantan - Nidji

|S|A|N|G|..|M|A|N|T|A|N|
Dulu aku kau puja *
dulu aku kau sayang * dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
* kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
* kini aku kau buang * jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
* roda memang telah berputar

Mana janji manismu
* mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi * saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
* Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi

ketika cinta telah pergi


Mana janji manismu
* setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi * saat ku jatuh dan sendiri

Mana janji-janjimu....

|N|I|D|J|I|

Tahniah NGV Tech : Buktikan Melayu Mampu Bersaing

KUALA LUMPUR, 19 April : PAS mengucapkan tahniah kepada syarikat NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi jika diberi peluang tanpa campur tangan politik.

PR Menang BERMARUAH, BN Menang Dengan RASUAH

KUALA LUMPUR, 19 April : Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Sarawak tetapi jangan memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR). Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

ASTRO KENA BAYAR AHMAD DHANI

Normah Becok
KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.

Lynas Jauh Lebih Teruk Dari Bukit Merah - PAKAR

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

ADUN AL-KATAKI Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu

KLANG, 18 April : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan isterinya, Ramizah Mazlan, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin. Peguam Syarie Mahyuddin Md Zahari, yang mewakili Badrul Hisham, berkata Badrul Hisham melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh selepas Ramizah bersetuju menarik balik permohonan cerai secara fasakh yang difailkannya sebelum ini.

18 April 2011

MUNGKAR - Dikir Barat Wanita

Macammana pihak berkuasa tempatan dan masyarakat Islam di Kelantan khususnya penduduk di daerah Ketereh (Kota Bharu) boleh terlepas pandang persembahan dikir barat yang jelas terdapatnya unsur MAKSIAT dan pergaulan bebas di antara peserta - penyanyi - penonton. Majlis ini dipercayai di adakan di Kampung Kubang Bongor, Mulong, Ketereh.

Penglibatan penyanyi wanita

Unsur judi turut 'disemai' : TEKA JUMLAH BIJI BETIK!!!

MAKCIK KAYO!!! Korang jugak yang bahlol dok teka biji betik... keh keh keh!!!


Kumpulan dikir barat wanita dari Kampung Jeram, Pasir Putih

Kanak-kanak turut menyaksikan persembahan dikir barat ini

Link
Foto dari Facebook
saudara Mohd Nor Yahya

17 April 2011

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

Dr Mohd Asri Zainul Abidin | 14 APRIL 2011 | 3:33pm | Malaysiakini
Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

BN Kekal Majoriti 2 / 3 Tetapi Hilang 8 Kerusi

Keputusan keseluruhan, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

16 April 2011

Muka Digigit Kera - Bayi Terima 30 Jahitan

MELAKA : "Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga," kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.

PENGUNDI HANTU MULA DIKERAH DI SARAWAK???!!! Penduduk Tupong Berubahlah - Usah Biar Tapak Kubur Dijadikan Kondo!!!!!

TERKINI!!!!! Mengikut laporan dan maklumat sahabat yang mengikuti kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, di kawasan Tupong (N06), Kuching.

Telah ada laporan 'keluarnya' pengundi-pengundi yang diragui statusnya, yang mungkin boleh kita katakan mereka ini adalah pengundi-pengundi hantu!!!

Penduduk di kawasan Tupong seharusnya bijak membuat pilihan yang betul dan memilih pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan mereka.

Isu utama penduduk di sini adalah pemindahan kubur-kubur lama yang berusia lebih 100 tahun untuk diambil tapaknya bagi didirikan kondominium mewah!!!!!

: : RAKYAT SARAWAK : : BERUBAHLAH!!! : :


Waran Tangkap Untuk Norman Hakim Dan Memey


KUALA LUMPUR, 15 April : Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu setelah mereka gagal hadir ke mahkamah Jumaat. Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 BERMULA HARI INI

Sejarah untuk negeri Sarawak dan rakyat negerinya apabila hari ini berlangsungnya proses pengundian bagi Pilihanraya Negeri untuk kali ke-10. Semoga akan ada sinar baru untuk rakyat Sarawak dalam sistem pentadbiran serta pemerintahan negerinya. Dan semoga ALLAH SWT memberi mereka kekuatan dalam hati untuk berani memilih pemimpin yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat, bukannya pemimpin yang berjuang 'mengembungkan poket' dan asyik berbini muda!!!

K
UCHING, 16 April [BERNAMA] : Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

14 April 2011

Siapa 10 Artis Terkenal Ikut Bob Lokman Sertai PAS?

KUALA LUMPUR, 14 April : Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS. Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

AMINULRASYID : Tidak Berniat Membunuh, Tembakan Dihala Pada Belakang Kereta - Tertuduh

SHAH ALAM, 14 April [BERNAMA] : Koperal Jenain Subi, yang dituduh dalam kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah tahun lepas, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia hanya bertindak jujur dan munasabah ketika melepaskan tembakan pada hari kejadian, dan bukannya untuk membunuh sesiapa.

Polis Telah Kenal Pasti Identiti Pelaku Dalam Video Seks

Baru dikenalpasti? Lembab juga PDRM ni. Walhal si Eskay yang edarkan video seks ni awal-awal lagi dalam sidang medianya dah mengaku dia salah seorang dalam video seks tu. Kalau soalsiasat si Eskay, rasanya dah lama rakyat dapat tahu siapa lelaki yang kononnya mirip Anwar tu. Kes berkaitan politik FITNAH memburukkan pimpinan pembangkang, memanglah dilambatkan demi menguntungkan UMNO-BN.

KUALA LUMPUR, 14 April [
BERNAMA] : Polis telah mengenal pasti identiti lelaki dan wanita dalam rakaman video seks yang mirip seorang pemimpin pembangkang yang didedahkan trio Datuk T baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kesahihan itu diperolehi berdasarkan kepada bukti-bukti dan fakta-fakta kukuh sepanjang siasatan dilakukan. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video tersebut memandangkan ia akan mengganggu siasatan.

"Sebelum ini pihak pakar telah sahkan video itu tulen dan kini berasaskan bukti dan fakta yang diperolehi, kita punya asas untuk mengenal identiti. Bagaimanapun kita tidak boleh umumkan hasil siasatan sekarang kerana siasatan masih berjalan dan setelah siap nanti, kertas siasatan akan dimajukan pada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

ISTIMEWA SEORANG WANITA

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "abang, letih la, dah lewat ni, nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup cermin tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti. Dah tu, ade pulak rice cooker dalam sinki, yang direndam lepas makan tadi, basuh jap..

TUHAN Najib Bawa Nikmat Ke Sarawak?

Kadang-kadang rasa melampau juga tajuk sesuatu berita yang dikeluarkan hatta oleh portal Bernama ni. "Rakyat Terima Nikmat Daripada Lawatan Najib Ke Sarawak"... Terima nikmat? Eh!!! Najib tu TUHAN ke...? Yang bagi nikmat tu Najib ke...?

Dah setaraf Ayah Pin ke PM 1Malaysia ni...? Agak-agak le kalau nak letak tajuk berita, sekalipun nak menggambarkan 'kemuliaan' hati pemimpin dalam memberi 'nikmat' tapi agak-agak la. Jangan sampai MENGKUFURKAN diri pula. Siapa sebenarnya yang memberi dan mengurniakan nikmat kepada kita...?!!! LU PIKIRLAH SENDIRI!!! Tepuk dada, tanya IMAN!!!

Rakyat Terima Nikmat Daripada Lawatan Najib Ke Sarawak
BERNAMA
K
UCHING, 13 April : Rakyat di beberapa daerah luar bandar di Sarawak mendapat nikmat daripada lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan mereka apabila pelbagai masalah penduduk telah dapat diselesaikan dan keperluan mereka dipenuhi Perdana Menteri.

Apabila Bogel Dianggap SENI

Foto dari FaceBook Oh! Media

13 April 2011

Pelanggan Akui Jamuan Patin RM13,000 Berpatutan

TEMERLOH, 12 April [BERNAMA] : Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, Selasa mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

BAPA FRANCISCA - PETER MATINYA SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Salam takziah dan bersama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, bapa kepada penyanyi Francisca Peters yang ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun Isnin malam.

Hidayah Allah tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah, arwah meninggalkan alam yang fana ini sebagai seorang Muslim. Pegawai Agama daerah mengesahkan Muhammad Gaberial memeluk Islam sejak tahun 2007 (diusianya 74 tahun). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkanNYA di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. - wallahu a'lam.

BAPA FRANCISCA PETER DITEMUI MATI DI RUMAH SEWA
KUALA TERENGGANU, 12 April [BERNAMA] : Bapa penyanyi popular sekitar era 80-an Francisca Peters, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun Isnin malam. Mayat Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, ditemui dalam keadaan tertiarap dalam rumah sewanya itu oleh seorang rakan anaknya pada pukul 10.30 malam.

11 April 2011

Kes Sosilawati : Hakim Mahkamah Tinggi Diarah Kemukakan Alasan Penghakiman

PUTRAJAYA, 11 April : Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki mengemukakan asas penghakiman berhubung keputusannya menambah tempoh penjara kepada 20 tahun ke atas dua pekerja ladang kerana melupuskan mayat usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

TIADA TELUR TIRUAN DI MALAYSIA

Jabatan Veterinar Sahkan
Tiada Telur Tiruan Di Negara Ini

BERNAMA
PUTRAJAYA, 11 April : Jabatan Veterinar hari ini mengesahkan tidak terdapat telur tiruan dijual di pasaran negara ini berdasarkan ujian pensampelan yang dibuat setakat ini. Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata sampel telur itu diambil dari pasar-pasar seluruh negara termasuk sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang yang didakwa menjual telur tiruan sepertimana laporan media minggu lalu.

Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000!!!!!

my uncle Pakwe Fuad, pinjam foto ni tampal kat sini yea...
jangan plak saman koi RM13,000!!! kui3x

-10april2011- Lokasi : Pekan Sehari Temerloh


TEMERLOH, 11 April : Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

10 April 2011

Rakyat Mahu Petrol Murah Bukan Petrol Baru!!! LOL

Rakyat lebih mahukan harga petrol yang murah berbanding 'petrol baru' yang kononnya dihasilkan dari teknologi F1. Teknologi F1? Korok lu!!! F1 kat jalanraya, ape kau nak kena saman ekor...? Sudah-sudahlah dengan 'penjenamaan' sebegini, kalau kau jual petrol RON 95 lama dan kata itu adalah petrol baru berteknologi F1 pengguna nak tahu camane...? Bukan pengguna boleh uji sendiri kandungannya.

Hentikanlah derrr membodohkan rakyat/pengguna... Rakyat lebih mahukan harga yang murah berbanding dok lancar petrol baru!!! Lainlah kalau kaulancar petrol Primax 95 Xtra pada harga RM0.95sen seliter, itu sememangnya memberikan rakyat lebih kilometer!!!

Perdana Menteri Lancar Minyak Primax 95 Xtra
K
UALA LUMPUR, 10 April [BERNAMA] : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95. Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way". Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

JANGAN TENGOK VIDEO INI


09 April 2011

KEMARUK SEKS : Budak Tingkatan 4 Langgan PELACUR!!!

Kebejatan soSIAL!!! Umur 16 tahun dan belajar di tingkatan 4 tapi sudah pandai melanggan pelacur!!! Itu belum lagi dibongkar sekian banyak kes penzinaan suka-sama-suka di kalangan pelajar sekolah. Apa sudah jadi dengan anak-anak remaja kita kini...? Pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan, jenguk-jenguklah masalah soSIAL anak remaja yang bakal mewarisi kepimpinan Malaysia di masa hadapan ini!!!

ALAHAI BUDAK BANTING
KUALA LUMPUR [myMetro] : "Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur."

Identiti Murid SEKOLAH HARAPAN Jasin Melaka Tak Akan Didedahkan

KUALA LUMPUR : Ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Harapan di Jasin, Melaka - bagi kes remaja hamil luar nikah - tidak perlu bimbang dengan identiti mereka akan terbongkar - kerana segala maklumat adalah dirahsiakan.

08 April 2011

GAMBARAN HARI QIAMAT - Sebarkan Untuk Manfaat Bersama

Bacalah sehingga noktah terakhir,
semoga ada sesuatu yang bisa dikutip dari pembacaanmu ini...

Gambaran Hari Qiamat
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

KERAJAAN MALAYSIA BAYAR KOMISYEN KAPAL SELAM RM493 JUTA - Rue89

KUALA LUMPUR, 8 April : Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam. Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini. Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

07 April 2011

Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar Bahalol!!!

Tumbuk le hidung i kalau berani!!!

Guru Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar
KANGAR, 7 April [BERNAMA] : Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu Khamis. Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Samy Vellu Dibayar Gaji, Elaun RM27,227.20 Sebulan!!!

Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu
diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu
yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC!!!

Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu dibayar gaji dan elaun RM27,227.20 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Selain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta.

PPSMI : SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa akan YAB Datuk Seri umumkan. Dan terkini, kempen pilihan raya Dun Sarawak sedang berlangsung dan hangat bermula.

Namun apa jua maksud tersurat dan tersirat, saya bagi pihak orang-orang Melayu, bangsa peribumi, umat lslam, golongan pendidik, ibu bapa, penulis, sasterawan, budayawan, aktivitis masyarakat, para pejuang dan pecinta bahasa dan orang awam yang telah bersama-sama menzahirkan sukma rasa lahir dan jiwa sokongan penuh tidak berbelah bahagi kepada pemansuhan muktamad isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa lnggeris (PPSMI) yang telah diputuskan oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri menerusi pengumuman yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Jangan Sampai Rakyat Yang Bertindak Tangkap Datuk T

Banyak Masalah Selagi Trio UMNO Tidak Didakwa
KUALA LUMPUR, 7 April [Harakahdaily]: Rakyat merasa khuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul sekiranya Datuk T atau Trio Umno tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah. Trio Umno yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.

06 April 2011

| A | N | J | i | N | G |


Anjing
Hidupku tidak tenteram
kerana ada anjing di kiri kanan
ada anjing di muka halaman
ada anjing di tengah jalan

Apabila tv kubuka
ada anjing di tiap saluran
melalak melolong meminta tulang

Apabila suratkhabar kubaca
ada anjing di setiap halaman
menjerit memekik
meminta habuan

Anjing ada di mana-mana
membiak dan membiak semakin banyak
sehingga menutupi pandanganku
dari melihat kebenaran

Anjing tak punya rasa
tak pedulikan
rintihan pilu di kiri kanan
yang penting mendapat tulang

Anjing tidak mengenal rupa
siapa beri tulang itulah tuannya
teman sendiri kadang dimakan
demi perut kenyang

Sayang
anjing hanya garang di kandang
tapi takut bila berhadapan

Zunar
1 April 2011


AWAS : Telur Ayam TIRUAN!!!

Ce Teka, Ce Teka, Ce Teka : Yang Mana Satu Telur Ayam?
GEORGE TOWN, 6 April : Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.

Aksi Bogel Si Pembuat Tauhu

Anda suka makan tauhu sumbat...? Memang tersumbat anak tekak tengokkan gambar seksi-meksi pembuat tauhu ni, kan...? Patut la tauhu tu rasenye masin-masin jea, kan...? Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!! Mungkin juga ini rahsia turun temurun (pakcik dalam gambar di bawah) menghasilkan tauhu yang uuummmmmppphhhhh!!!! TERBAIK!!!


Moral : Dapatkan tauhu yang dibuat/dikilangkan oleh USAHAWAN MUSLIM.
Related Posts with Thumbnails