VVIP DENAI CINTA

24 Mac 2011

VIDEO SEKS - PDRM Baru Bertindak?

PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Video
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 24 Mac : Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ghazali Md Amin berkata pihaknya akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensi yang berwibawa.


Polis mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. "Sehingga hari ini, pihak polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Siasatan itu dibuat berhubung pendedahan rakaman video itu, yang ditayangkan untuk tontonan pihak media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini Isnin lepas. Ia dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails