VVIP DENAI CINTA

24 Mac 2011

VIDEO SEKS : MB KEDAH & MB SELANGOR GESA POLIS BERTINDAK

ALOR SETAR, 23 Mac : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak Rabu meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menahan individu yang menonton rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang. Beliau berkata polis juga perlu mengambil tindakan terhadap Datuk T, yang memiliki video itu.

"Semua yang terlibat patut diambil tindakan dan ditangkap termasuk Datuk T. Video lucah ni... yang tayang sepatutnya kena, yang tengok pun sepatutnya kena. Itu cadangan sayalah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan identiti kumpulan Datuk T atau trio pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga meminta polis mengambil tindakan terhadap Datuk T kerana mendedahkan video seks itu. Perbuatan seumpama itu jelas menyalahi etika serta bercanggah dengan mana-mana ajaran agama yang menekankan keadilan, keamanan dan kebaikan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

2 ulasan:

cengkerangcipot berkata...

lollz.. xpaham la ngn dunia politik Malaysia ni.. yg BN macam tu, yg pembangkang camtu.. pening2..

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

buat2 paham je la bro.. ha ha..

Related Posts with Thumbnails