VVIP DENAI CINTA

26 Mac 2011

Trend/Musim Bunuh Diri Akibat Putus Cinta?

Cinta itu indah, namun cinta jua bisa membawa padah dan musibah andai tidak dijalani dengan berlandaskan iman padaNYA. Bertindaklah berlandaskan iman dan jangan sesekali menurut hati (yang dipengaruhi hasutan syaitan). "Ikut hati; MATI. Ikutkan rasa; BINASA."

Cukup bimbang dengan perkembang mutakhir ini kerana seringkali berlaku kes-kes 'bermusim' di Malaysia. Contohnya apabila berlaku kes kemalangan jalanraya membabitkan bas ekspress, maka saban hari kita akan terbaca dan melihat laporan akhbar perihal kemalangan membabitkan bas ekspress. Semalam bas ekspress putus brek dan masuk gaung. Hari ini bas ekspress terbabas langgar belakang lori. Esoknya bas ekspress terjun longkang. Lusa, tulat dan seterusnya pasti ada lagi kisah berkaitan bas ekspress!!!

Dan kini masuk pula perihal kes membunuh diri dan cubaan membunuh diri. Kelmarin 24 Mac 2011 berlaku cubaan membunuh diri di KBMALL, Kota Bharu. Mujurlah mangsa dapat diselamatkan bomba dan orang awam. Dan semalam satu lagi kes membunuh diri yang dilaporkan di dalam Harian metro hari ini. Semoga kes bunuh diri ini bukan kes bermusim dan pihak berkaitan perlu mencari punca serta kaedah penyelesaian agar rakyat Malaysia memiliki mental serta pegangan agama yang utuh untuk menghindari 'jenayah ke atas diri' ini dari terus berlaku!!!

PEMUDA PUTUS CINTA NEKAD TERJUN BANGUNAN
MYMETRO
SERDANG : Kecewa selepas putus cinta dengan teman wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad terjun dari sebuah pangsapuri 15 tingkat di Serdang Perdana, dekat sini awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa baru putus cinta dengan teman wanitanya berusia 19 tahun. Katanya, sebelum kejadian mangsa menghantar SMS kepada rakan-rakannya memaklumkan mahu membunuh diri akibat putus cinta.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ibu Pejabat Polis Daerah di Balai Polis Serdang, semalam. Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails