VVIP DENAI CINTA

23 Mac 2011

TANGKAP SEGERA Datuk T - Enggan Serah Pita Seks Kepada PDRM

Malaysiakini
Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.



Datuk T TAK AKAN SERAH Pita Seks Kepada Polis
Malaysiakini

Pita video seks yang didakwa memaparkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diserahkan kepada polis, menurut satu email yang didakwa ditulis oleh Datuk T dan diedarkan di kalangan wartawan hari ini. Sebaliknya, dalam email itu, Datuk T berkata beliau bersedia menyerahkan video tersebut untuk diperiksa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan NGO.

Datuk T berkata keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi ini bagi menafikan sebarang pembabitannya. Katanya, jika klip video berkenaan diserahkan kepada polis, Anwar akan mendakwa pihak berkuasa berkonspirasi menentangnya jika keputusan yang dibuat tidak menyebelahinya.

"Justeru, saya memutuskan tidak menyerahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa. Saya akan serahkannya kepada suruhanjaya awam yang dianggotai oleh media dan NGO," petik email itu. "Saya jangkakan beliau dan isterinya tidak berminat menerima salinan rakaman itu daripada saya Isnin depan. Oleh demikian, saya meminta mereka di kalangan media dan NGO untuk dengan segera membentuk suruhanjaya awam yang bebas bagi menyiasat ketulenan pita itu."

"Suruhanjaya itu boleh membawa pakar forensik daripada mana-mana negara bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan," katanya. Menurut Datuk T, beliau juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat.

"Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya. Bagaimanapun ketulenan email tersebut juga tidak dapat dipastikan dan dipercayai diedarkan oleh wartawan kanan daripada sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, beberapa jam selepas laporan polis Anwar dibuat.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails