VVIP DENAI CINTA

02 Mac 2011

Pengguna Kena Bijak Tentu Harga Barang Dan Pengundi Perlu Bijak Pilih Pemerintah

Pengguna Kena Bijak Guna Kuasa Tentu Harga Barang
Berita Hairan
TEMERLOH : Pengguna di kawasan luar bandar perlu bijak menggunakan kuasa mereka menentukan harga barang tertentu di pasaran supaya tidak menjadi mangsa peniaga yang menekan harga barang sesuka hati.
::: Pengguna je bijak tapi menteri bahalol tak guna jugak. Turunlah ke bawah (akar umbi), lihat keperitan rakyat. Harga barangan naik pun disebabkan harga minyak yang sentiasa naik tak turun-turun!!!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengguna juga perlu bijak memilih barang lebih murah dan tidak hanya menggunakan barang sama jika harganya tinggi disebabkan faktor tertentu.
::: Barangan yang rakyat guna ni biasanya memang barangan murah dan kini dah tak murah. Yang guna barangan mahal hanyalah Pak Menteri!!!

Sebagai contoh, katanya, sekiranya jenis bawang merah diimport daripada India mahal disebabkan bencana seperti banjir atau pergolakan politik, pengguna perlu menukar kepada bawang import lain yang lebih murah.
::: Dah bawang import India yang banyak dijual. Jangan cakap jea Pak Menteri, tolonglah lambakkan bawang merah import selain dari negara India.

"Masalahnya, ada sesetengah pengguna masih menggunakan bawang sama seperti bawang import dari India walaupun harganya mahal dengan alasan sudah biasa menggunakan bawang itu. Sepatutnya, pengguna bertukar kepada bawang import lain yang banyak di pasaran dengan harga murah, sekali gus tindakan itu dapat 'mengajar' peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang, minuman dan makanan."
:::
Masalahnya, ramai pengundi masih bahalol dengan memilih pemerintah sama seperti UMNO dari BN walaupun tak prihatin kebajikan rakyat dengan alasan sudah biasa menyokong parti itu. Sepatutnya, pengundi bertukar kepada pemerintahan parti lain yang menawarkan lebih manfaat kepada rakyat, sekali gus tindakan itu dapat 'mengajar' BN yang sesuka hati menaikkan harga barang, minuman dan makanan.

"Jika pengguna memainkan peranan mereka seperti memboikot kedai yang menjual barang yang mahal, lama kelamaan peniaga itu terpaksa akur dan menurunkan harga kerana tekanan daripada pengguna itu sendiri," katanya pada Penutup Program Kepenggunaan Luar Bandar Bersama Penduduk di Kampung Benom, di sini, semalam.

::: Jika pengundi memainkan peranan mereka seperti menukar pemerintah yang menekan rakyat dengan pelbagai kenaikan, ini pasti memberi kebaikan kerana kuasa memilih dan menentukan pemerintah yang menjaga kebajikan rakyat terletak di tangan pengundi.

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails