VVIP DENAI CINTA

15 Mac 2011

Nik Aziz Harap Chong Wei Kekal Prestasi

KUALA LUMPUR, 14 Mac : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Seluruh England, malam tadi. "Kekalkan prestasi selaku pemain No 1 dunia!" tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Pemain perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Pada kejohanan edisi ke-100 tahun lepas, beliau berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun pada perlawanan akhir dengan 21–19, 21–19.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails