VVIP DENAI CINTA

15 Mac 2011

Menunggu 11 Tahun Untuk Melihat Perogolnya Dihukum

Satu mekanisma baru serta satu penyelesaian perlu dicari untuk 'memendekkan' tempoh perbicaraan sesuatu kes agar hukuman kepada pesalah serta keadilan kepada mangsa tidak memakan tempoh yang terlalu lama. Lihat sahaja kes rogol ini, 11 tahun diambil untuk tertuduh dijatuhkan hukuman. Mangsa yang semasa kejadian berumur 9 tahun, kini telah 20 tahun usianya. KEMBALILAH KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM, KERANA HANYA MELALUI UNDANG-UNDANG ALLAH INILAH MANUSIA AKAN SELAMAT DUNIA-AKHIRAT...!!!

Pemotong Rumput Kekal Penjara 15 Tahun Dan Enam Sebatan Rogol Anak Tiri
BERNAMA
PUTRAJAYA, 14 Mac : Seorang pemotong rumput kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak tirinya berumur sembilan tahun, 11 tahun lalu.

Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan di sini Isnin untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Termerloh pada 12 Mei 2009.


Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 42 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman. Dua hakim lain dalam panel tersebut alah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Lelaki itu didakwa atas dua tduhan iaitu merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut kanak-kanak perempuan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Maran, Pahang, kira-kira pukul 10 malam, antara 9 Feb dan 11 Feb 2000.

Dalam prosiding rayuan, lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, berkata beliau telah insaf dan perlu menjaga ibunya yang uzur. Menurut fakta kes, lelaki itu melakukan perbuatan itu semasa ibu mangsa sedang menjalani rawatan di hospital akibat keguguran. Dalam keterangan, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku tiga malam berturut-turut dan dia memaklumkan insiden itu kepada ibunya selepas ibunya keluar dari hospital.

Pada 12 Jun 2006, Mahkamah Sesyen Temerloh melepas dan membebaskan lelaki itu atas dua tuduhan itu di akhir kes pembelaan. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Temerloh membenarkan rayuan pendakwaan dan menjatuhi hukuman 15 tahun dan tiga sebatan rotan setiap pertuduhan terhadap lelaki itu. Lelaki itu, yang bekerja di Awana Golf Club di Genting Highlands, diperintah menjalani hukuman itu serentak.

Ketika memohon mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya, Andi Razalijaya A Dadi, berkata perayu telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu. Akibat perbuatan perayu, kanak-kanak itu menghadapi trauma dan masa depannya terjejas, katanya

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails