VVIP DENAI CINTA

24 Mac 2011

MAC : BULAN MENONTON VIDEO SEKS KEBANGSAAN

Aku sarankan agar KERA jaan menjadikan bulan MAC sebagai bulan MENONTON dan MENGAJAK ORANG MENONTON video seks peringkat kebangsaan. Berikan cuti umum untuk rakyat menikmati video-video seks pada bulan MAC. Macam tiada kesalahan dan seolah seperti kebanggaan pula bagi pemimpin negara dan pemimpin parti di Malaysia bila mengakui menonton VIDEO SEKS edaran produksi milik DATUK T.

ZAID : Saya Juga Tonton Video Itu
MALAYSIAKINI
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberapa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas. "Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan."

"Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebas yang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu," tulisnya.Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.

Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails