VVIP DENAI CINTA

26 Mac 2011

Gadis Melayu Islam Pemuas Nafsu Non-Muslim. Biarlah.....

Kes anak gadis ISLAM yang menjadi bohsia dan minah rempit, seakan tiada kesudahannya. Begitu juga dengan kes bersekedudukan (berzina) di kalangan gadis melayu ISLAM bersama pasangan non-Muslim, juga makin menjadi-jadi. Anak gadis kita dah jadi mainan pemuas nafsu pemuda kafir, tapi apa tindakan kita...?

DICEKUP BERSAMA BUKAN MAHRAM
myMetro

MELAKA : Keseronokan sepasang kekasih berusia 19 dan 22 tahun menjadikan bilik sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, dekat sini, sebagai tempat memuaskan nafsu berakhir apabila ia diserbu sepasukan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 tengah malam, semalam.


Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan yang diterima sejak beberapa hari lalu sepasukan anggotanya menyerbu rumah disewa pekerja sebuah syarikat jualan langsung itu kerana dikatakan terdapat sepasang pasangan bukan mahram tinggal bersama di dalam satu bilik.


Katanya, ketika serbuan pihaknya menemui dua lelaki sedang tidur di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut di sebuah bilik yang bertutup pintunya mendapati pasangan berkenaan sedang tidur dengan pakaian lengkap.


"Soal siasat dilakukan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan mahram dan mendapati lelaki berkenaan bukan Muslim dan kedua-duanya adalah rakan sekerja.
Wanita itu adalah jurujual, manakala lelaki berkenaan pula penyelianya dan mereka mengakui mempunyai hubungan sebagai sepasang kekasih," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan terbabit mengakui sudah bermalam bersama dalam satu bilik sejak beberapa hari lalu. K
atanya, mereka juga baru berkenalan sejak empat bulan lalu apabila bekerja di tempat sama dan mengakui terlanjur beberapa kali.

"Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails