VVIP DENAI CINTA

28 Mac 2011

Bapa Bogel Kerana Mabuk - Tikam Anak Yang Menegur

Dalam laporan ini, wartawan tidak menyatakan bangsa serta agama sang bapa pemabuk dan anak malang ini. Semoga apa yang terjadi ini menjadi iktibar kepada kita betapa teruknya musibah yang dibawa apabila meminum air kencing syaitan ini...!!! Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (al-Baqarah : 219)

SERDANG, 28 Mac : Seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.

"Berang dengan teguran itu, bapanya yang berumur 40-an terus mencapai pisau di dapur sebelum bertindak menikamnya di dada, dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari Isnin.

Beliau berkata selepas menikam anaknya, suspek yang tidak bekerja melarikan diri sebelum berjaya dikesan di sebuah stesen minyak Petronas Teluk Panglima Garang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini. Katanya polis menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh, dan mayat anaknya dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Klik untuk baca laporan berita dari Harian Metro :
MATI DITIKAM AYAH MABUK

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails