VVIP DENAI CINTA

18 Mac 2011

Ayah Pin Pun Tak Berani Jamin - Kerajaan Jamin Negara Bebas Kesan Radiasi

Memang betul la orang kata yang 'orang politik' yang jenis kaki kelentong ni bukan hanya kata-kata/cakap dia kita tak boleh percaya, bahkan kentut dan batuknya pun jangan sesekali kita percaya!!! ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha hamjadah!!!!! Ade ke khabo boleh JAMIN negara kita dari RADIASI...!!! kok ye pun nak khabo negara selamat, jangan le memandai sangat sampaikan memberi JAMINAN!!!

Radiasi yang tak nampok dek mata tu kononnye boleh JAMIN tak masuk ke Malaysia...? Sedangkan mat-mat Indonesia yang badan besau2 masuk secara haram tu pun bebas-lepas masuk, inikan pula radiasi yang halusssss tak nampok dek mata!!!!! Penipu betul la ini olang, senang-senang mau JAMIN bebas radiasi!!! kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!! Jaminan yang kerajaan berikan ni aku tengok seakan ada ciri-ciri KERAJAAN LANGIT pimpinan Father PIN... Nak jamin-jamin!!! Hanya Allah SWT yang 'layak' dalam bab memberi JAMINAN ni derrrr!!!

Kerajaan Jamin Negara Bebas Kesan Radiasi
DENGKIL, 16 Mac : Kerajaan Khamis memberi jaminan bahawa Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun. Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau sms yang disebarkan mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita semasa melawat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisma tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya. Ongkili berkata mekanisma pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia menerusi sistem Permonitoran Portal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang juga terus ditingkatkan.

Semua penumpang yang tiba di negara ini akan melalui sistem berkenaan dan setakat ini belum ada sebarang penumpang yang terdedah kepada bahan radiasi, katanya. Beliau mengulas laporan agensi berita antarabangsa hari ini bahawa tiga rakyat Jepun dikesan mempunyai bacaan radiasi melebihi tahap selamat ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Incheon di Korea Selatan.

Katanya pemeriksaan turut dilakukan di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang untuk mengesan sebarang tindakan radio aktif pada barangan yang dibawa masuk dari seluruh negara terutamanya Jepun.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails