VVIP DENAI CINTA

18 Mac 2011

6 JAHANAM Ditahan Berhubung Kes Curi Kondom Bernilai RM850,000

IPOH, 17 Mac : Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata enam lelaki yang ditahan itu berusia 23 hingga 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, buruh am dan kerja sambilan.
Mereka ditahan pada 15 Februari lalu di sini, Bidor, Batu Gajah serta di Puchong dan Klang, Selangor.

"Hasil daripada pemeriksaan polis kemudiannya menemui 258 kotak berisi kondom di sebuah rumah di Puchong dan sebuah gudang di Klang, Selangor yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut sementara menunggu pembeli," kata Shukri pada sidang akhbar di sini Khamis.

Tiga daripada lelaki berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan lampau. Beliau berkata empat daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi masih direman sehingga Sabtu ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, katanya. Beliau berkata dengan tangkapan serta penemuan barangan tersebut, polis percaya kes tersebut telah selesai.

Shukri berkata kehilangan kondom itu telah dilaporkan oleh pengurus kilang Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Estet Perindustrian Bembam, Batu Gajah, Perak pada 26 Januari lalu apabila pihak berkenaan di Jepun menyedari kontena yang berisi kondom yang sepatutnya sampai di sana telah hilang. Kondom tersebut sepatutnya dihantar melalui Pelabuhan Klang.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails