VVIP DENAI CINTA

09 Mac 2011

4,118 Kes Bunuh Diri Dari 2001 Hingga 2010

KUALA LUMPUR, 8 Mac : Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa, beliau berkata antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah :
  • Tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup,
  • Masalah keluarga dan kematian orang tersayang,
  • Mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma,
  • Terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman),
  • Terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat,
  • Masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak,
  • dan terlibat dengan judi.
Beliau berkata terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri. "Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails