VVIP DENAI CINTA

31 Mac 2011

DR. ASRI : Poco-Poco HARUS, Bukan HARAM

BEKAS MUFTI PERLIS Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram. Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

MonaVIE : Jus Dari 19 Jenis Buah-Buahan - TERBAIK UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA


Normala Omar - Pelakon : Sebelah matanya BUTA kerana diabetis.
Sebelah mata dapat diselamatkan setelah mengamalkan jus Mona.VIE (dengan izin Allah)

MonaVIE
adalah jus 100% asli kerana dihasilkan menggunakan buah-buahan semulajadi yang amat bermanfaat untuk kesihatan.
Super Anti Kerosakan Sel "MonaVIE merupakan makanan paling berkhasiat dan bertenaga di dunia. Acai berry merupakan bijirin bertenaga paling sempurna di alam semulajadi." - Dr. Nicholas Perricone

Acai berry adalah unsur utama di dalam MonaVIE. "Acai berry (buah-buahan liar di hutan Amazon) merupakan buah yang mengandungi anti-oksida paling hebat yang pernah ditemui manusia." - Dr. Mehmet Oz

Acai berry juga dikenali sebagai
VIAGRA SEMULA JADI
oleh kaum asli di Amazon.



MonaVIE yang dihasilkan 100% dari 19 jenis buah-buahan ini juga amat bermanfaat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit antaranya :
  • Kanser & mencegah pertumbuhan tumor
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Jantung & saluran darah
  • Gout & Arthritis sendi
  • Sakit sendi & sengal badan
  • Migrain / sakit kepala
  • Strok & Parkinson
  • Masalah saraf
  • Alzheimer/nyanyuk
  • Gastrik & masalah usus
  • Sembelit/cirit-birit/buasir
  • Menurunkan kolestrol
  • Asma/lelah/penat/semput
  • Stress & kemurungan
  • Cantik & licinkan kulit
  • Kawal HIV
  • Senggugut/PMS
  • Menopause & ketidak seimbangan hormon
  • Kulit bermasalah/Alahan/Jerawat
  • Alergic makanan laut
  • Resdung
  • Sakit buah pinggang
  • Jangkitan pundi kencing
  • Penyakit gusi
  • Demam
  • Masalah tidur & kelesuan
  • Jangkitan virus/bakteria/parasit
  • Lemah tenaga batin
  • Lain-lain penyakit.
Segera hubungi saya SMS @ CALL 017 680 5335 sekiranya anda berminat!!!
Jus ajaib MonaVIE, boleh didapati dengan harga
hanya RM135.00 sebotol + RM5.00 kos kurier
[Penghantaran/temujanji untuk yang berada
di sekitar bandar Kota Bharu dan Kuantan sahaja]


MENCEGAH LEBIH BAIK
DAN LEBIH MURAH DARI MENGUBATI
  • Lazimnya orang kita bila dah dapat penyakit baru mencari ubat dan rawatan. Bila dah terkena penyakit, berapa sekalipun harga ubat dan rawatan dah tak kisah asalkan dapat keluar dari derita penyakit tersebut.
  • Agak-agaknyalah, kos mana yang lebih murah ANTARA membeli makanan kesihatan untuk mencegah datangnya penyakit ATAU mendapatkan rawatan dan ubatan selepas terkena penyakit...???
  • Alangkah baiknya andai kita semasa sihat, berusaha mencari makanan kesihatan untuk mencegah datangnya penyakit.
  • Untuk anda yang masih sihat dan terhindar dari sebarang penyakit, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengekalkan tahap kesihatan anda dengan mengambil makanan tambahan/vitamin.
  • Jadikan Mona.vie sebagai minuman harian anda untuk mencegah datangnya penyakit. InsyaALLAH....





MALEK NOOR Masuk ICU - Rebah Semasa Main Bola

IPOH, 31 Mac : Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Rabu selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini. Malek, 54, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pathmanabhan Dan 3 Pekerja Ladang Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Sosilawati

SHAH ALAM, 31 Mac : Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini Khamis terhadap empat tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada 30 Ogos tahun lepas.

30 Mac 2011

BAHALOL : Polis Dipenjara 3 Tahun Sorok Kes Rogol

JOHOR BAHRU, 30 Mac : Dua pegawai polis telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM25,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibacakan bersama Seksyen 107 Kanun Keseksaan pada pagi ini, menurut kenyataan SPRM.

Ekoran Kata Pemandu Wanita Bahaya - Bung Diganggu Secara Seksual Pula


Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! DIGANGGU SECARA SEKSUAL...? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Ahli parlimen kontroversi Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

INTERLOK : NGO Cina Pula Berang

Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula. Sekumpulan NGO Cina dan India tampil pertama kali pertama bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

29 Mac 2011

PEMANDU WANITA BAHAYA???!!!

HANGAT apabila Datuk Bung Mokhtar Radin (suami pelakon Zizie Ezette) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya dan mengundang kemalangan. Benarkah sedemikian...? Bagi aku ia sebenarnya terlalu subjektif untuk dibahaskan.

Kemalangan jalanraya bukan disebabkan faktor jantina pemandu semata-mata, ia sebenarnya melibatkan sikap sang pemandu tersebut, tak kiralah jantinanya lelaki, perempuan mahupun yang anunya dah potong letak ...Dalam Botol.


Sikap memainkan peranan penting. Patuhi undang-undang, bertimbang rasa, insyaALLAH selamat perjalanan kita di jalan raya. Amalkan doa-doa semasa menaiki kenderaan. Baca sentiasa ayatul Kursi mahupun baca surah al-Ikhlas.

PENTING juga untuk memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang sempurna agar kelak tidak menyusahkan diri serta membahayakan pengguna jalanraya lain. Jaga sikap kita semasa memandu, andai berlaku juga kemalangan walaupun kita berhati-hati, mungkin itu sudah TAKDIR-NYA.

Sekadar gambar hiasan, adik pompuan aku yang baru dapat lesen 'P',
eksiden tahun lepas (2010), langgar MyVi putih
yang pemandunya juga pompuan... hu~ NO KOMEN ;)



PEMANDU WANITA BAHAYA - Bung Mokhtar

UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 28 Mac : Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Pelajar Lelaki Sering Dicubit Manja Dalam Kelas

Kuala Lumpur : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa 'mengusik' pelajar lelaki, terutamanya yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah.

Satu daripada aduan yang diterima NUTP membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat mendakwa pipinya selalu 'dicubit-cubit manja' oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. - petikan majalah AL-ISLAM april 2011

........................................................................
Eh! Patutlah aku pun dulu selalu kena cubit dek guru wanita... aha ha ha ha...!!! Aku rasa, bagi menangani masalah tersebut, disarankan agar guru yang memiliki naluri 'kegeraman melampau' sama ada terhadap pelajar lelaki mahupun guru lelaki yang 'geram' kepada pelajar perempuan, SEELOKNYA mereka ini ditempatkan di sekolah lelaki dan sekolah perempuan sahaja.

Karnival BN BUKTI Pengangguran Serius!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 25 Mac 2011 sehingga 27 Mac 2011 yang lalu telah diadakan karnival mencari pekerjaan besar-besaran anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia. BN Youth Job Fair yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur khabarnya dikunjungi oleh 300,000 mereka yang mencari kerja.

Jika aku hanya membaca Utusan Meloya dan Berita Hairan, maka aku akan mengatakan bahawa karnival besar-besaran ini suatu kejayaan kerana kehadiran begitu ramai peserta/pencari kerja ditambah dengan penglibatan sekian banyak syarikat yang menawarkan pekerjaan. Sehinggakan Pengerusi/Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan mungkin akan membuat karnival seumpama ini ditempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur.

Namun di sisi lain, dalam 'kejayaan' penganjuran serta kehadiran
300,000 pencari kerja, ia JELAS memperlihatkan betapa meruncingnya pengangguran di kalangan graduan-graduan kita. Kroniknya permasalahan peluang kerja sehinggakan 300,000 pencari kerja menyerbu karnival anjuran Pemuda BN ini. APAKAH CUKUP SEKADAR MENGANJURKAN KARNIVAL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PELUANG PEKERJAAN DI KALANGAN GRADUAN MENGANGGUR...?

KARNIVAL BN BUKTI PENGANGGURAN SERIUS
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac :
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa 300,000 orang dilaporkan mengunjungi karnival BN Youth Jobs membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.

Tidak Mustahil Fitnah Dikembalikan Kepada Tuannya

Gambar Sekitar Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Melawan Fitnah
Anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati
28 Mac 2011




SHAH ALAM, 28 Mac : Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

28 Mac 2011

Kad Pengenalan DiKLON? JPN Hadapi Tindakan Saman

Bab-bab dan kisah politik Malaysia sehari dua ini penuh dengan kisah loya, mual dan geli-geleman..... menyakitkan hati dan penuh kesengalan. OK la, ni pula kisah seorang seorang pemandu teksi, saudara Mohammad Daud, 42, yang mengalami kesusahan serta kesukaran apabila KAD PENGENALANnya 'diklon' dan dimiliki oleh individu lain.

Yang 'mengklonkan' KAD PENGENALAN
Mohammad Daud ni bukan orang lain, tetapi ia dilakukan sendiri oleh JABATAN PENDAFTARAN NEGARA. Entahlah, nak kata kesilapan teknikal, takkan bangang sangat serahkan kad pengenalan dengan nombor pendaftaran yang sama kepada individu lain walhal saudara Mohammad Daud dah sekian lama menggunakan nombor kad pengenalan tersebut.

Apakah ada unsur-unsur 'pecah amanah' dilakukan oleh kakitangan JPN? Semoga perkara sebegini tidak berulang agar kredibiliti JPN tidak diragui. Kes ini masih dalam perbicaraan, nak komen lebih-lebih pun kang dituduh menghina dan mendahului mahkamah. So, kita tunggu keputusannya!!!

Mahkamah Tolak Permohonan Ketepi Saman Berhubung Kad Pengenalan Pendua
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 28 Mac : Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

VIDEO SEKS : Datuk T Boleh Dilindungi Undang-Undang - Menteri

Sebagai rakyat, aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Lawak atau tragis? Sengal atau sadis...? Apabila menggunapakai undang-undang yang dibawa penjajah, beginilah jadinya. Undang-undang ciptaan manusia, sewenang-wenangnya digunakan untuk kepentingan kelompok tertentu. Dedahkan video seks pun boleh dilindungi?

Gunakanlah bro, sebab kuasa ditangankau. Sebabkau tak mahu mengkaji dan kautak mahu menggunakan Undang-undang Jenayah Islam maka kauwewenang memihak mereka yang memberi kelebihan kepada keberuntungankau di dalam politik. Kaujawablah depan
ALLAH swt nanti. Aku nak jugak tengok, kaunak gunakan AKTA PERLINDUNGAN mana di depan ALLAH swt kelak.

Isu Video Seks: Trio Datuk T Boleh Dilindungi Undang-undang, Kata Nazri
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 28 Mac : Trio 'Datuk T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Bapa Bogel Kerana Mabuk - Tikam Anak Yang Menegur

Dalam laporan ini, wartawan tidak menyatakan bangsa serta agama sang bapa pemabuk dan anak malang ini. Semoga apa yang terjadi ini menjadi iktibar kepada kita betapa teruknya musibah yang dibawa apabila meminum air kencing syaitan ini...!!! Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya." (al-Baqarah : 219)

SERDANG, 28 Mac : Seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.

26 Mac 2011

Trend/Musim Bunuh Diri Akibat Putus Cinta?

Cinta itu indah, namun cinta jua bisa membawa padah dan musibah andai tidak dijalani dengan berlandaskan iman padaNYA. Bertindaklah berlandaskan iman dan jangan sesekali menurut hati (yang dipengaruhi hasutan syaitan). "Ikut hati; MATI. Ikutkan rasa; BINASA."

Cukup bimbang dengan perkembang mutakhir ini kerana seringkali berlaku kes-kes 'bermusim' di Malaysia. Contohnya apabila berlaku kes kemalangan jalanraya membabitkan bas ekspress, maka saban hari kita akan terbaca dan melihat laporan akhbar perihal kemalangan membabitkan bas ekspress. Semalam bas ekspress putus brek dan masuk gaung. Hari ini bas ekspress terbabas langgar belakang lori. Esoknya bas ekspress terjun longkang. Lusa, tulat dan seterusnya pasti ada lagi kisah berkaitan bas ekspress!!!

Dan kini masuk pula perihal kes membunuh diri dan cubaan membunuh diri. Kelmarin 24 Mac 2011 berlaku cubaan membunuh diri di KBMALL, Kota Bharu. Mujurlah mangsa dapat diselamatkan bomba dan orang awam. Dan semalam satu lagi kes membunuh diri yang dilaporkan di dalam Harian metro hari ini. Semoga kes bunuh diri ini bukan kes bermusim dan pihak berkaitan perlu mencari punca serta kaedah penyelesaian agar rakyat Malaysia memiliki mental serta pegangan agama yang utuh untuk menghindari 'jenayah ke atas diri' ini dari terus berlaku!!!

PEMUDA PUTUS CINTA NEKAD TERJUN BANGUNAN
MYMETRO
SERDANG : Kecewa selepas putus cinta dengan teman wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad terjun dari sebuah pangsapuri 15 tingkat di Serdang Perdana, dekat sini awal pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Gadis Melayu Islam Pemuas Nafsu Non-Muslim. Biarlah.....

Kes anak gadis ISLAM yang menjadi bohsia dan minah rempit, seakan tiada kesudahannya. Begitu juga dengan kes bersekedudukan (berzina) di kalangan gadis melayu ISLAM bersama pasangan non-Muslim, juga makin menjadi-jadi. Anak gadis kita dah jadi mainan pemuas nafsu pemuda kafir, tapi apa tindakan kita...?

DICEKUP BERSAMA BUKAN MAHRAM
myMetro

MELAKA : Keseronokan sepasang kekasih berusia 19 dan 22 tahun menjadikan bilik sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, dekat sini, sebagai tempat memuaskan nafsu berakhir apabila ia diserbu sepasukan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 tengah malam, semalam.

25 Mac 2011

Wanita Terengganu Menagih Syabu Untuk Kuruskan Badan

Ambil SYABU untuk kurus? Macam-macam perangai manusia yang suka ambil jalan singkat untuk merealisasikan impian tanpa memikirkan kesan buruk dari tindakan tersebut. Ikuti laporan oleh BERNAMA ini.

MARANG, 25 Mac : Kebanyakan wanita di Terengganu yang menagih dadah jenis syabu menggunakan dadah jenis itu untuk menguruskan badan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Roslan Abdul Wahid. Roslan berkata golongan wanita dikesan menggunakan dadah jenis syabu sebagai pil menguruskan badan paling cepat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Video Panas - DATUK T & KONSPIRASI TERHADAP ANWAR

MURID PEREMPUAN 11 Tahun Didakwa Cabul GURU LELAKI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Salam penuh barokah di hari jumaat penghulu segala hari. Murid perempuan 11 tahun didakwa cabul guru lelaki...? Haaaaa!!! ini barulah berita!!! Namun hakikatnya tidak sedemikian, saje je letak tajuk terbalik tu... heh heh. Berita dan tajuk sebenarnya adalah sebagaimana dalam artikel/laporan di bawah...

GURU DIDAKWA CABUL MURID
BERITA HARIAN
TAMPIN: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang murid perempuannya di Gemas, dekat sini, awal bulan ini.

CUBAAN BUNUH DIRI DI KBMALL

Tanggal 24 Mac 2011 yang menggemparkan penduduk bandar Kota Bharu khususnya mereka yang berada di sekitar pusat membeli-belah KBMALL.




KOTA BHARU : Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

24 Mac 2011

Viagra Semulajadi : PUNCA PENGHASILAN VIDEO SEKS FITNAH TERHADAP ANWAR?

PERSOALAN : APAKAH dek kerana KEDENGKIAN melampau serta DENDAM KESUMAT yang mendalam di dalam hati pemimpin UMNO mengenai tahap kemantapan SEKSUAL yang dimiliki oleh pemimpin dan ahli PAKATAN RAKYAT membuatkan mereka mengambil jalan singkat dengan melakukan FITNAH melalui VIDEO SEKS???

Jika ini benar, maka saya punya penyelesaiannya!!!!! Ahli dan pemimpin UMNO sebenarnya dapat menyelesaikan masalah 'kekenduran' serta ketidakmampuan mereka untuk 'ereksi' (atau dalam bahasa Kelantan COKENG) bolehlah kiranya mendapatkan VIAGRA SEMULAJADI yang telah dibawa masuk SECARA SAH ke Malaysia.

MAC : BULAN MENONTON VIDEO SEKS KEBANGSAAN

Aku sarankan agar KERA jaan menjadikan bulan MAC sebagai bulan MENONTON dan MENGAJAK ORANG MENONTON video seks peringkat kebangsaan. Berikan cuti umum untuk rakyat menikmati video-video seks pada bulan MAC. Macam tiada kesalahan dan seolah seperti kebanggaan pula bagi pemimpin negara dan pemimpin parti di Malaysia bila mengakui menonton VIDEO SEKS edaran produksi milik DATUK T.

ZAID : Saya Juga Tonton Video Itu
MALAYSIAKINI
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur.

Sebutan Kes Bunuh Sosilawati Ditangguh Ke 31 Mac

BERNAMA
SHAH ALAM, 24 Mac : Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis ditangguhkan pada 31 Mac ini.

VIDEO SEKS - PDRM Baru Bertindak?

PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Video
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 24 Mac : Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ghazali Md Amin berkata pihaknya akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensi yang berwibawa.

VIDEO SEKS ANWAR - DOWNLOAD

VIDEO SEKS? Anwar? Nak DOWNLOAD? Mintak la dengan 3 sekawan ni...
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah
kah!!!!!

VIDEO SEKS : MB KEDAH & MB SELANGOR GESA POLIS BERTINDAK

ALOR SETAR, 23 Mac : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak Rabu meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menahan individu yang menonton rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang. Beliau berkata polis juga perlu mengambil tindakan terhadap Datuk T, yang memiliki video itu.

ESKAY : "Saya Dalam Video Itu"

Eskay salah seorang anggota 3 Strooges
"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

23 Mac 2011

VIDEO SEKS : Senjata Makan Tuan?

Malas nak komen sebenarnya perihal politik 'geli' + lucah yang dihidangkan kini. Tetapi menarik juga untuk diperhatikan tingkah laku mereka yang kononnya mendedahkan perihal VIDEO SEKS Anwar ini. BERCAKAP MACAM BAGUS je Three Strooges ni. Salah seorangnya yang malas aku nak sebutkan namanya (sebab tak ingat pun sapa namanya), mukanya memang ada iras-iras ANWAR. Entah-entah mamat dalam gambar ni KELIRU, video seks sendiri dikatakan video ANWAR... kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

[TERPANAS - Terbongkar] Siapa Datuk T? Apa yang Berlaku di Seri Carcosa Negara? SILA BACA Kenyataan Akhbar Ini!!!

Datuk T?

Saya petik:

KENYATAAN AKHBAR

[TT] Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

TANGKAP SEGERA Datuk T - Enggan Serah Pita Seks Kepada PDRM

Malaysiakini
Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

TAK SALAH Tonton, Miliki Dan Tayang Video SEKS - Menteri

'Jangan bunuh Datuk T si pembawa berita'
Malaysiakini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.

22 Mac 2011

TEKANAN EKONOMI MENGHANCURKAN NILAI KETIMURAN MASYARAKAT MALAYSIA?

Apakah Rakyat Semakin Tamak, Kurang Prihatin?
Malaysiakini | BERNAMA
Benarkah ada di antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain? Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi 'tamak haloba'. Beberapa kejadian yang berlaku awal tahun ini telah memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita.

Februari lalu, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras yang bertaburan di atas jalan raya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan, tanpa mempedulikan mayat rakannya yang tersepit di kenderaan itu.

NUKLEAR : ELEKTRIK MURAH? TIDAK BERASAS!!!

KUALA LUMPUR, 21 Mac : Kenyataan para pemimpin Umno BN yang mengatakan negara perlu melibatkan diri dalam pembinaan nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah, ternyata amat tidak berasas. Sebaliknya, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar dan mengalami kerugian berlipat kali ganda jika memajukan tenaga nuklear dan membina empangan besar seperti yang dirancangkan itu, memandangkan Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain.

21 Mac 2011

KELANTAN MUNDUR : Mydin Buka Cawangan Ke-5 Tahun Depan!!!

Selalu aku dengar di media arus perdana yang mengatakan KELANTAN dan rakyatnya mundur. Rakyat Kelantan miskin, negeri Kelantan tak maju. Tapi satu lagi perkara pelik yang berterusan berlaku apabila pasaraya borong terbesar di Malaysia iaitu Mydin membuat keputusan membuka cawangannya yang ke-5 di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Di negeri tak membangun ini jugalah pihak HABIB JEWELS membuka hotelnya yang pertama di Malaysia, begitu juga TUNE HOTELS yang kini beroperasi di Jalan Hamzah. Mengapa ya, syarikat-syarikat gergasi ini sanggup membuka perniagaan di negeri yang dikatakan mundur dan rakyatnya miskin? Atau ada kesilapan dalam laporan media-media arus perdana...? Renung-renungkankan... JOM CUTI-CUTI MALAYSIA KE KELANTAN SERAMBI MAKKAH!!!

Mydin Akan Buka Cawangan Ke-5 Di Kelantan Tahun Depan
BERNAMA
KOTA BAHARU, 21 Mac : Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka satu cawangan di Daerah Pasir Mas, Kelantan pada tahun hadapan, yang akan menjadikannya cawangan ke-lima di negeri ini. Mydin kini mempunyai empat cawangan lain, iaitu dua di daerah ini dan masing-masing satu di Rantau Panjang dan di Kubang Kerian.

Bonda Yang di-Pertuan Agong Mangkat

KUALA LUMPUR, 21 Mac : Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin. Kemangkatan baginda, 78, diumumkan Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini.

20 Mac 2011

Janda Anang (Kris Dayanti) Akhirnya Nikahi Kekasih

Gambar KONTROVERSI aksi SANGAP janda & duda gersang ini
pernah menggemparkan dunia hiburan tanah seberang.

Kris Dayanti Dan Raul Bernikah
Bernama
JAKARTA, 20 Mac : Diva Indonesia Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lemos menyempurnakan kisah percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pada majlis yang sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, Ahad.

Bodohnya Artis Ni - Tak Sedar Terlampau Seksi?

Eh! Kenapa bodoh sangat. Mengaku jea la, kenapa nak berdalih dan bagi alasan 'tak sedar'...? Khayal ke...? Atau mabuk sampai 'tak sedar'...? Jangan suatu hari nanti artis sebegini keluarkan kenyataan, "maaf...! Saya tak sedar saya berbogel...!!!" Kah kah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kah!!!!!

Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi
mStarOnline
KUALA LUMPUR : Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.
Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

18 Mac 2011

Cina Kelantan Faham Kerajaan Haram Premis Judi

Tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang 20 tahun mentadbir negeri kerana berjaya 'mendidik' masyarakat sehinggakan semua kaum termasuk kaum Cina memahami mengapa kerajaan pimpinan PAS Kelantan mengHARAMkan premis-premis perjudian. BERBEZA dengan UMNO-BN yang memerintah negara hampir 54 tahun tetapi masih ramai kalangan rakan komponennya yang KABUR perihal ISLAM. Sehinggakan ada yang mempertikai Muslimah yang enggan bersalaman dengan lelaki bukan mahram. Renung-renungkan bersama..... Bila agaknya Cina 1Malaysia berminda seperti kaum Cina Kelantan ;)

ORANG CINA FAHAM KELANTAN HARAM PREMIS JUDI
Harakahdaily

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnum atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

Ayah Pin Pun Tak Berani Jamin - Kerajaan Jamin Negara Bebas Kesan Radiasi

Memang betul la orang kata yang 'orang politik' yang jenis kaki kelentong ni bukan hanya kata-kata/cakap dia kita tak boleh percaya, bahkan kentut dan batuknya pun jangan sesekali kita percaya!!! ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha hamjadah!!!!! Ade ke khabo boleh JAMIN negara kita dari RADIASI...!!! kok ye pun nak khabo negara selamat, jangan le memandai sangat sampaikan memberi JAMINAN!!!

Radiasi yang tak nampok dek mata tu kononnye boleh JAMIN tak masuk ke Malaysia...? Sedangkan mat-mat Indonesia yang badan besau2 masuk secara haram tu pun bebas-lepas masuk, inikan pula radiasi yang halusssss tak nampok dek mata!!!!! Penipu betul la ini olang, senang-senang mau JAMIN bebas radiasi!!! kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!! Jaminan yang kerajaan berikan ni aku tengok seakan ada ciri-ciri KERAJAAN LANGIT pimpinan Father PIN... Nak jamin-jamin!!! Hanya Allah SWT yang 'layak' dalam bab memberi JAMINAN ni derrrr!!!

Kerajaan Jamin Negara Bebas Kesan Radiasi
DENGKIL, 16 Mac : Kerajaan Khamis memberi jaminan bahawa Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun. Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

6 JAHANAM Ditahan Berhubung Kes Curi Kondom Bernilai RM850,000

IPOH, 17 Mac : Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.

Kes Artis Melacur

Kes Lacur Artis : Waran Tangkap Dikeluarkan Ke Atas Mohd Amin
BERNAMA
PUTRAJAYA, 17 Mac : Mahkamah Rayuan di sini pada hari Khamis mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas perunding kewangan kerana gagal hadir pada prosiding rayuannya hari ini berhubung sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menjadi perantara kepada empat artis bagi tujuan pelacuran 16 tahun lepas.

Polis Kutip RM476.6 juta Saman Trafik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta diperolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

16 Mac 2011

Bekas OCPD Diarah Bayar RM200,000

Harakahdaily
KUANTAN, 15 Mac : Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Rosmah Patut Minta Maaf Pada Kerajaan, Rakyat Jepun



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah patut minta maaf kepada rakyat dan kerajaan Jepun kerana sikap tidak sensitivitinya dan juga kepada rakyat Malaysia kerana memalukan negara.

Jom Kahwin Di Selatan Thailand - Oppppsssss!!!!!

Selatan Thailand Semakin Popular Sebagai Destinasi Nikah
BERNAMA
SONGKHLA, 15 Mac : Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, antara 2001 dan tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayah selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan.

15 Mac 2011

Menunggu 11 Tahun Untuk Melihat Perogolnya Dihukum

Satu mekanisma baru serta satu penyelesaian perlu dicari untuk 'memendekkan' tempoh perbicaraan sesuatu kes agar hukuman kepada pesalah serta keadilan kepada mangsa tidak memakan tempoh yang terlalu lama. Lihat sahaja kes rogol ini, 11 tahun diambil untuk tertuduh dijatuhkan hukuman. Mangsa yang semasa kejadian berumur 9 tahun, kini telah 20 tahun usianya. KEMBALILAH KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM, KERANA HANYA MELALUI UNDANG-UNDANG ALLAH INILAH MANUSIA AKAN SELAMAT DUNIA-AKHIRAT...!!!

Pemotong Rumput Kekal Penjara 15 Tahun Dan Enam Sebatan Rogol Anak Tiri
BERNAMA
PUTRAJAYA, 14 Mac : Seorang pemotong rumput kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak tirinya berumur sembilan tahun, 11 tahun lalu.

Nik Aziz Harap Chong Wei Kekal Prestasi

KUALA LUMPUR, 14 Mac : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Seluruh England, malam tadi. "Kekalkan prestasi selaku pemain No 1 dunia!" tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Pemain perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk membenamkan musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.
Pada kejohanan edisi ke-100 tahun lepas, beliau berjaya memenanginya selepas menewaskan Kenichi Tago dari Jepun pada perlawanan akhir dengan 21–19, 21–19.

Mengapa Terlalu Banyak Perkara Tahyul & Mistik Disogokkan?

Pameran Mistik Terengganu Akan Diputuskan Majlis Jawantankuasa Fatwa Kebangsaan
KUALA TERENGGANU, 15 Mac : Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) masih belum dapat memberi kata putus mengenai cadangan sebuah syarikat mengadakan pameran mistik di Dataran Shahbandar di sini pada bulan depan. Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Dr Alias Abdullah petang semalam.

14 Mac 2011

Kartun Tsunami BERITA MINGGU Cetus Bantahan

13 Mac 2011 : Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya. Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

12 Mac 2011

Isteriku, Maaf Tembikai Ini Tidak Manis

"Abang ni memang tak reti nak beli buah la, tembikai ni, tawar!!! Lain kali beli la yang manis... Asyik kena tipu jea dek mamat jual tembikai ni." Suami tersenyum, lalu berkata, "sayang, pada siapa sebenarnya sayang marah ni...? Marah pada abang kerana beli tembikai yang tak manis, dan marah juga kepada penjual tembikai yang kononnya menipu jual buah tak elok? Mana mungkin abang tahu rasa tembikai yang belum dibelah kulitnya ini, peniaga itu pun pastinya tidak mengetahui rasanya."

Kebimbangan RADIASI Menular Di Gebeng : DEMI UNTUNG, KERAJAAN SANGGUP KORBANKAN NYAWA RAKYAT?

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan. Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.

11 Mac 2011

Derita 3 Penyakit, Bayi Ini Perlukan Sumbangan Anda

BALING, 11 Mac : Baru berusia empat bulan, Ria Qistina Kaisara Noorhisham, disahkan menghidap penyakit bengkak hati, injap jantung sempit serta bengkak buah pinggang. Bapanya Noorhisham Salamun, 31, seorang mekanik, mengaku tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi kerana sering membawa anaknya berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Hospital Sungai Petani dan Hospital Besar Pulau Pinang.

10 Mac 2011

Merong Mahawangsa Disaman RM20 juta!!!

Saksi : Sultan Johor Ada Kepentingan Dalam 'Jambatan Bengkok'
MALAYSIAKINI
Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

JANGAN BAYAR KOMPAUN SAMAN EKOR - KASE

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Mac : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

09 Mac 2011

Fahami Istilah 'Wang Pembayar Cukai'

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mantan Mufti Perlis Indera kayangan
27 Feb 2011 @Malaysiakini

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

4,118 Kes Bunuh Diri Dari 2001 Hingga 2010

KUALA LUMPUR, 8 Mac : Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa, beliau berkata antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah :
  • Tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup,
  • Masalah keluarga dan kematian orang tersayang,
  • Mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma,
  • Terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman),
  • Terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat,
  • Masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak,
  • dan terlibat dengan judi.
Beliau berkata terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri. "Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.

08 Mac 2011

SAMAN EKOR : Dera Bukan Didik Rakyat - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 8 Mac : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta kerajaan mencari pendekatan lain yang lebih sesuai berbanding saman ekor kerana ia lebih mendera rakyat bukannya mendidik. "Sepatutnya kerajaan mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya bukannya mendera rakyat sebagaimana berlaku dalam kes saman ekor ini," kata beliau.

SISTEM PENGUATKUASAAN LALULINTAS DISWASTAKAN - Bermula Hari Ini Di Seluruh Negara!!!

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor (Kase). Baru-baru ini, Kase menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat.

"Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35% daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65% pulangan.

"Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara.


4 Sasterawan Negara Tampil Pertahan INTERLOK

Malaysikini
Empat sasterawan negara hari ini tampil mempertahankan novel Interlok, karya, Datuk Abdullah Huseein dan menganggap tidak ada masalah dilihat pada istilah dan lukisan yang digambarkan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Mengapa Hanya PAS Yang Bersungguh Mengharamkan JUDI Di Malaysia?

Mengapa hanya PAS yang bersungguh mengharamkan judi di NEGARA YANG AGAMA RASMINYA ADALAH ISLAM? Kemana perginya UMNO yang menerajui pemerintahan negara? Apakah 'ajaran' ISLAM SEDERHANA membenarkan perjudian? Kini PAS berdepan tindakan mahkamah dari sekutu UMNO iaitu MCA yang akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas untuk mengharamkan JUDI!!!

PAS Kelantan Kekal Haram Judi
Bernama

KOTA BAHARU, 7 Mac : Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.

Kerajaan Kecewa - Hanya 700,000 Saman Dibayar

Ah!!! Kenapa aku berkerajaankan mereka (pemimpin) yang tak memahami permasalahan rakyat? Rakyat makin terhimpit dan tersepit dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan harian. Entah-entah esok lusa harga minyak naik lagi.

Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia pastinya menikmati keuntungan apabila pasaran minyak mentah dunia mengalami kenaikan. Negara untung tetapi rakyatnya? Sepatutnya apabila harga minyak dunia melonjak naik maka rakyat turut sama menikmati faedahnya kerana kita adalah negara pengeluar dan bukannya pengimport minyak!!! (ini tidak, bila harga minyak dunia mengalami kenaikan, maka itu dijadikan alasan untuk kerajaan menaikkan harga minyak di Malaysia!!!)


Berbalik kepada bayaran saman ni, rakyat semakin susah dan terhimpit. Bukannya tak mahu bayar, tetapi kocek rakyat dah makin kempis
wahai kerajaan yang mendahulukan rakyat!!!!! Bukan setakat diskaun 50%, kalau bagi diskaun 70% pun rakyat belum tentu mampu melunaskan bayaran saman tersebut!!!

Antara saman dan membeli susu serta pampers anak serta beras untuk keluarga, mana yang harus didahulukan. Nak beli barangan keperluan harian, atau bayar saman 'PERANGKAP HAD LAJU'? Rakyat sememangnya sentiasa diperangkap dan terperangkap.....


Bernama
PUTRAJAYA, 7 Mac : Hanya 700,000 saman trafik dibayar dalam tempoh enam hari selepas diskaun bayaran kompaun berkenaan dilanjutkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof. Beliau berkata jumlah saman yang dibayar itu hanya melibatkan 4% daripada 17.3 juta saman yang masih tertunggak pada 28 Feb lepas.

07 Mac 2011

'Bermadu' Anak Sendiri

KUALA LUMPUR : Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

05 Mac 2011

Guru DISIPLIN Didakwa CABUL 11 Pelajar

AMPANG : Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Lisdawati Menang Saman Fitnah

myMetro
KUALA LUMPUR: "Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini," kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.
Related Posts with Thumbnails