VVIP DENAI CINTA

28 Februari 2011

Tumbuk Sambal Masuk Malaysia Book of Records?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Lawak antarabangsa sentiasa menyelubungi negaraku... keh keh keh keh keh keh keh keh keh!!! Takde benda lain dah ke nak buat untuk dimasukkan dalam Malaysia Book of Records? Lepas ni kita pakat ramai-ramai buat rekod main congkak beramai-ramai, main laga buah getah beramai-ramai, jangan buat aktiviti mengawan beramai-ramai sudah la kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Dan mat-mat rempit, jangan pulak korang berangan nak catat rekod merempit beramai-ramai dan masuk lokap beramai-ramai dalam satu malam kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Program Tumbuk Sambal Masuk Malaysia Book of Records
Bernama
KANGAR, 27 Feb : Bayangkan suasana apabila kira-kira 1,000 orang serentak menumbuk sambal belacan. Ia berlaku pada program menarik pelancong, "Pesta Angin Timur Perlis di Bendang 2011" di kawasan sawah padi di Kampung Banir Tembus dekat sini Ahad.
Para peserta membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan untuk membuat sambal seperti belacan, gula, garam, cili, asam dan limau nipis disediakan oleh pihak urusetia.

Turut menumbuk sambal ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan penyanyi Jamal Abdillah. Kesungguhan para peserta menumbuk sambal di pesta itu tidak sia-sia apabila acara itu dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai "kegiatan menumbuk sambal paling ramai peserta".

Pesta yang bermula semalam dan dirasmikan bersama Salang dan Md Isa hari ini dimeriahkan dengan demonstrasi membuat serunai batang padi, membuat penangin, pertandingan menggagau ikan, persembahan alu bunyi dan pameran peralatan menuai padi secara tradisional. Salang berkata pesta tersebut merupakan program kerjasama yang pertama seumpamanya yang melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.

2 ulasan:

redbirdfe berkata...

sabar sabar..hehe. tu ah tengok dalam berita tadi. eh tak logik sungguh?

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

tu la negara kita...
sibuk buat rekod yang kadang-kadang macam lawak 'senah-riuh' jea...

tumbuk sambal pun nak dijadikan rekod... jom buat acara masak megi beramai-ramai... :-D

Related Posts with Thumbnails