VVIP DENAI CINTA

21 Februari 2011

RM4 Bilion Tidak Dituntut Pemilik Dan Pewaris!!!

RM4 bilion, bukan kecil jumlahnya. Kepada pemilik atau waris si mati, buatlah semakan agar wang ini tidak 'hilang' begitu sahaja! Dan kerajaan sewajarnya turut membantu agar wang ini sampai ke tangan mereka yang benar-benar berhak. Jika benar kerajaan menggunakannya (meminjam?) atas alasan untuk kepentingan dan faedah rakyat, itu tak mengapa. Yang dibimbangi adalah untuk tujuan yang tidak selari kehendak Allah swt.
BACHOK, 20 Feb : Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Katanya wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu. Beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails