VVIP DENAI CINTA

04 Februari 2011

Rakyat Johor Berjudilah Di Malaysia, Jangan Berjudi Di Singapura

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Kelakar bila pemimpin yang 'menghalalkan' judi tiba-tiba keluarkan kenyataan supaya rakyatnya menghindari judi... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Apalah yang boleh diharapkan oleh pemimpin sebegini untuk menjaga rakyat dan masyarakatnya untuk menghindari tabiat buruk sebegini.

JOHOR BAHARU, 3 Feb : Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baharu yang sering ke Singapura untuk berjudi.

"Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk untuk datang berjudi di kasino negara itu," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu pada Khamis. Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga.

Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim yang berucap sebelum Ghani di majlis tersebut. Beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengawal dan memantau penduduk Johor yang pergi ke Singapura untuk berjudi.

"Kami menganggap ini sebagai masalah sosial yang sangat serius kerana sejumlah besar yang terlibat meminjam wang dengan Ah Long untuk menjelaskan hutang judi mereka," kata Lim.

KEKURANGAN KAWASAN JIRAT

Selain itu beliau berkata masyarakat Cina di Johor Baharu dijangka menghadapi kekurangan kawasan jirat dalam tempoh lima tahun lagi berikutan pertambahan penduduk tempatan dan migrasi penduduk dari negeri lain. Katanya kebanyakan tanah jirat milik persatuan Tiong Hua yang dibuka sejak 1960-an di daerah Johor Baharu sudah hampir habis digunakan.

"Oleh itu kita berharap agar kerajaan negeri dapat memperuntukkan kawasan tanah seluas 40 hektar bagi tanah perkuburan baru masyarakat Tiong Hua di sini," katanya. Lim berkata antara kawasan yang dilihat sesuai untuk tujuan tersebut ialah di Ulu Tiram ataupun di Kulaijaya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails