Ahad, 27 Februari 2011

PM NAJIB TUDUH Dr Yusuf al-Qaradhawi Pengganas!!!

TUDUHAN NAJIB MEMALUKAN UMAT ISLAM MALAYSIA
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 27 Feb :
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.
Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam.

DPPWP, katanya kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu, bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.


"Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima.
Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPWP, katanya percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau.
Tambahnya, ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.
Tambahnya, tuduhan itu sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan.

Ikhwanul Muslimin, ujarnya telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak.
"Bagaimana Datuk Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?" soalnya.

DPPWP percaya, Najib tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat.
DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau.

"Memang wajarlah Datuk Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin," ujarnya.

....................................................................................

NAJIB DIDESAK TARIK BALIK TUDUHAN LIAR
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 27 Feb : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau menyatakan sebagai merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan yang dibuat oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Jelasnya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. "Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, katanya Dr Yusuf Al-Qardhawi selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. "Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema "Penglibatan dan Bukan Penguasaan" di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, katanya hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, beliau berkata Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

"Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir," ujarnya. Justeru, katanya kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik.

"Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera. Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran," tegasnya.

....................................................................................

Malaysian PM : Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out
By Seth Mandel

Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood "shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism."

"Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy,” Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. “It’s not just about having a vote and choosing your leaders; it’s also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well.”

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as “modern, progressive, and moderate.”

“We shouldn’t want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we’ve done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country,” he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. “I think they’re not paying enough attention to the values associated with being a moderate,” he said. “Moderate doesn’t mean that you’re a wimp - far from it. It means that you’ve chosen a path because you believe that’s the only way for global harmony and peace.”

- Seth Mandel is a fellow in the Foundation for Defense of Democracies National Security Fellowship Program.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'