VVIP DENAI CINTA

19 Februari 2011

PAS Popular Di Kalangan ROCKERS!!!

Otai rock jenis 'berani mati' dan punya pendirian, tu sebabnya aku tengok diorang ni lebih ke hadapan dalam menyokong pembangkang. Artis-artis otai dan yang suka berfikir (bukan hanya sibuk memikiri perihal dunia seni sahaja) dilihat berani menganggotai parti pembangkang BERBANDING artis kontrol macho, kontrol cun dan artis gay... heh!

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu. Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi nafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat. "Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepada Malaysiaini.

Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabella nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS. Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. Sementara Amy Search pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.

"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka. Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.

2 ulasan:

cengkerangcipot berkata...

perghh terbaeklah abg bob lokman..

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

otai-otai rock dan artis pun join parti Islam... Alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails