VVIP DENAI CINTA

18 Februari 2011

KAKI PONTENG Kekal Sebagai Adun Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 18 Feb : Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini Jumaat memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim ekoran tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas.

Pada masa yang sama, Zaleha turut memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong. Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham berhujah bahawa tempoh enam bulan itu seharusnya bermula pada 8 Nov lepas dan bukannya seperti yang didakwa Teng pada 16 Julai lepas. "Ini kerana tiada sidang DUN diadakan pada 16 Julai itu," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails