VVIP DENAI CINTA

21 Februari 2011

JAGUH FITNAH : UTUSAN MELOYA 'Putar Belit' Kenyataan TG Nik Aziz

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Feb :
Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa akhbar Mingguan Malaysia terus membuat fitnah apabila secara sengaja memanipulasi kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dilaporkan di muka depan akhbar itu hari ini.

Ia merujuk kepada laporan bertajuk "Nik Aziz Ubah Nada : Bimbang Penurunan Sokongan Masyarakat Melayu terhadap PAS" yang memetik kenyataan Nik Aziz sebagai berkata "Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan."

Akhbar itu juga memetik Tuan Guru sebagai berkata "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," yang berbeza dengan kenyataan sebenar yang diucapkan.

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akhbar pro-Umno itu sengaja memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS itu demi mencapai tujuan politik murahan tuannya. "Petikan teks ucapan beliau yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : "Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini."

"Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. - Surah al-Syuara' : ayat 214. Ayat ini memerintahkan agar Rasulullah SAW mengutamakan kaum keluarganya terlebih dahulu di dalam menyampaikan dakwah."

"Perkataan asyirah di dalam ayat ini bukanlah bermakna kaum tetapi bermakna keluarga. Dalam konteks Malaysia, kaum yang paling dominan dengan Islam ialah kaum Melayu sekalipun Islam tidak terbatas untuk bangsa Melayu sahaja," jelasnya merujuk ucapan Tuan Guru Nik Aziz di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Selain menjadi ejen fitnah, akhbar itu juga ujarnya sanggup merelakan dirinya menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Tambahnya lagi, tidak timbul soal Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

"Justeru, semoga pihak Mingguan Malaysia tidak mengambil kesempatan untuk memutar belitkan sebarang laporan selepas ini. Saya berharap agar kerjasama dan hubungan baik di antara pejabat Menteri Besar Kelantan dengan pihak akhbar Mingguan/Utusan Malaysia boleh diteruskan tanpa sebarang masalah," tegasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails