VVIP DENAI CINTA

15 Februari 2011

Bandaraya Singapura Paling Hijau Di Asia, KL Hijau Sederhana

Kalau PAS memerintah Malaysia,
InsyaALLAH KL jadi bandaraya
paling HIJAU di DUNIA...!!! ;)
Bernama
SINGAPURA, 14 Feb : Bandaraya Singapura dikategorikan sebagai metropolis paling hijau di Asia, mengatasi kebanyakan bandar raya utama lain di benua ini, kata satu kajian oleh Siemens. Siemens hari ini mengumumkan penemuan The Asian Green City Index, kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 22 bandar raya utama Asia bagi tempoh beberapa bulan lepas.


Hong Kong, Osaka, Seoul, Taipei, Tokyo dan Yokohama dikategorikan sebagai bandar raya melebihi tahap biasa. Sementara itu, Kuala Lumpur, Bangkok, Beijing, Delhi, Guangzhou, Jakarta, Nanjing, Shanghai dan Wuhan disenaraikan sebagai bandar raya yang mencapai tahap sederhana hijau dalam indeks itu.

The Asian Green City Index membuat penilaiannya terhadap prestasi alam sekitar bandar raya berkenaan dalam lapan kategori: tenaga dan CO2 (karbon dioksida), penggunaan tanah dan bangunan, pengangkutan, bahan buangan, air, sanitasi, kualiti udara dan tadbir urus alam sekitar. Siemens berkata bandar raya Singapura terserlah kerana penetapan sasaran alam sekitarnya yang tinggi dan pendekatannya yang cekap ke arah mencapai sasaran itu.

"The Asian Green City Index memberi sokongan kepada bandar raya yang berusaha untuk membangunkan prasarananya secara lestari. Kami ingin membantu pusat bandar raya yang sedang meningkat maju mencapai kadar pertumbuhan sihat, diiringi kualiti kehidupan yang tinggi," kata Ketua Pegawai Kelestarian Siemens AG Barbara Kux.

Siemens berkata kajian itu mendapati kebanyakan bandar raya Asia semakin sedar tentang pentingnya usaha melindungi alam sekitar dan iklim dan sesetengah daripadanya telah memperkenalkan garis panduan alam sekitar yang lengkap. Katanya 22 bandar raya Asia menghasilkan purata 375 kg bahan buangan bagi setiap tahun per kapita, kurang daripada di Amerika Latin (465 kg) dan Eropah (511 kg).

Cabaran paling besar yang dihadapi bandar raya Asia ialah paras pencemaran udaranya yang relatif tinggi, dengan purata jumlah nilainya melebihi standard yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Siemens.

Indeks itu menyenaraikan Bengaluru, Hanoi, Kolkata, Manila dan Mumbai sebagai bandar raya di bawah tahap sederhana, manakala Karachi merupakan satu-satunya bandar raya yang mencapai kadar jauh di bawah tahap purata.

2 ulasan:

ir. chung-ho berkata...

kalu PAS memerintah..
ponoh ngan hijau bendero yo..hahahaha..
pak cik sokong!!

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

sobab tu la KL xdapek pengiktirafan bandarayo paling ijau sekarang ni... paling 'blue' yo la skang ni ha... :-D

Related Posts with Thumbnails