VVIP DENAI CINTA

04 Februari 2011

BAKAT TV 2011 : Program Realiti Anjuran |KERA|jaan?

Nampaknya |KERA|jaan kita tidak mahu kalah dalam bersaing dengan pihak swasta yang menganjur dan menerbitkan program realiti hiburan. TERKINI, |KERA|jaan melalui Unit Hiburan RTM menganjurkan Pencarian Bakat TV 2011.

Entahlah, dah tak reti dan tak tahu nak kata apa... Lambakan program realiti di Malaysia ni memang dah terlampau-lampau banyak. Budaya berhibur ni dah kian parah, |
KERA|jaan pun nak join sama pulak nampaknya dalam mendidik rakyat cenderung berTUHANkan hiburan. Baguslah, jika itu yang difikirkan terbaik. Terbaik untuk dunia, untuk akhirat? Wallahu a'lam.

PENCARIAN BAKAT TV 2011 BERMULA FEBRUARI INI
BERNAMA
SEREMBAN, 4 Feb : Generasi muda yang berbakat dalam bidang tarian, nyanyian berkumpulan, bermain alat muzik, lawak jenaka, silap mata dan ventriloquism dijemput menyertai Pencarian Bakat TV 2011 yang akan memulakan sesi uji bakat di Ruang Legar Terminal 1, Seremban pada 13 Feb. Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan Norbaiyah Datuk Baharudin berkata uji bakat anjuran NEGERIfm itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang.


"Pencarian dalam bakat seni tarian dan alatan muzik terbuka secara solo atau berkumpulan, bagi kategori nyanyian hanya berkumpulan, kategori komedi secara solo manakala silap mata secara solo atau duo," katanya di sini Jumaat. Beliau mengingatkan peserta yang datang supaya membawa peralatan persembahan dan CD lagu sendiri atau alat muzik 'hand instrument' moden atau tradisional bagi uji bakat kategori alatan muzik.

Katanya pencarian di Seremban diharap dapat menarik ramai bakat baru di seluruh negeri sebelum pemilihan ke peringkat seterusnya dijalankan oleh Unit Hiburan TV, RTM. Episod pertama Pencarian Bakat TV 2011 akan bermula pada bulan Mei. Norbaiyah berharap mereka yang berminat akan membuat persediaan awal dan mendapatkan borang penyertaan menerusi laman web facebook radiomalaysianegerifm atau www.negeri.fm. Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 06-6753066 pada waktu pejabat.

2 ulasan:

marcel@oyoe berkata...

Bakat TV dah lamer buat lah dik... RTM dulu yang buat program ne..so cannot blame them...asalkan produk yang diorang buat tu benar2 bkualiti n tak di sia2kan itu sudah baguss...

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

'so cannot blame them'... ic... RASANYA KALAU BAB KUALITI, RTM DAH JAUH KETINGGALAN... TENGOK SAHAJA SEKARANG, ARTIS REALITI YANG KE HADAPAN ADALAH DARI PROGRAM ANJURAN SYARIKAT PENYIARAN SWASTA SAMA ADA ASTRO ATAU MEDIA PRIMA...

Related Posts with Thumbnails