VVIP DENAI CINTA

28 Februari 2011

Ibu Menangis Seorang Diri Terkenang Sosilawati

myMetro 27.02.2011
BATU PAHAT : "Saya pernah nampak ibu mentua (Yatmah Abdul Rahman, 81) menangis seorang diri, namun tidak pasti sama ada dia bersedih atas apa yang berlaku terhadap Datuk Sosilawati Lawiya atau perkara lain. "Yang pasti, ibu meluahkan perasaan tidak puas hati setiap kali teringatkan kejadian yang menimpa anaknya," kata menantu bongsu Yatmah, Muslimah Shawan, 29, ketika ditemui di rumahnya di Seri Medan, semalam.

Kes Tuntutan Wang - Nash Enggan Ulas

myMetro 27.02.2011
KUALA LUMPUR : "Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau diminta hadir ke mahkamah bagi meneruskan kes tuntutan wang dan pelaburan saham amanah yang diberikan bekas isteri, saya akan memenuhinya," kata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 52.

Rita Mimpikan Bondanya Almarhumah Sosilawati Lawiya

KUALA LUMPUR : Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya anaknya melebarkan empayar perniagaannya.

Anggota Polis Diperintah Bela Diri Kes Kematian Aminulrasyid

Bernama
SHAH ALAM, 28 Feb : Mahkamah Sesyen di sini Isnin memerintahkan seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tumbuk Sambal Masuk Malaysia Book of Records?

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Lawak antarabangsa sentiasa menyelubungi negaraku... keh keh keh keh keh keh keh keh keh!!! Takde benda lain dah ke nak buat untuk dimasukkan dalam Malaysia Book of Records? Lepas ni kita pakat ramai-ramai buat rekod main congkak beramai-ramai, main laga buah getah beramai-ramai, jangan buat aktiviti mengawan beramai-ramai sudah la kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Dan mat-mat rempit, jangan pulak korang berangan nak catat rekod merempit beramai-ramai dan masuk lokap beramai-ramai dalam satu malam kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Program Tumbuk Sambal Masuk Malaysia Book of Records
Bernama
KANGAR, 27 Feb : Bayangkan suasana apabila kira-kira 1,000 orang serentak menumbuk sambal belacan. Ia berlaku pada program menarik pelancong, "Pesta Angin Timur Perlis di Bendang 2011" di kawasan sawah padi di Kampung Banir Tembus dekat sini Ahad.
Para peserta membawa sendiri lesung batu manakala bahan-bahan untuk membuat sambal seperti belacan, gula, garam, cili, asam dan limau nipis disediakan oleh pihak urusetia.

27 Februari 2011

Sejak Bila OKU Diterima Menjadi Pegawai Penyiasat PDRM?

Lokasi KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Tarikh 27.02.2011 Masa 15:43
Pak Guard pun agaknya takut nak 'Kunci Tayar' OKU ni.. heh!!!

Renung-renungkan dan selamat beramal...!!!

25 Februari 2011

Tahniah Wanita Malaysia - Saingi Kaum Lelaki Dalam Penagihan Arak!!!

Mengapa alkohol atau arak tidak DIHARAM sebagaimana DADAH yang dikategorikan sebagai MUSUH NEGARA? Sedangkan jelas di dalam AL-QUR'AN mengenai pengharaman air kencing syaitan ini!!! Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [Surah al-Maaídah : 90]. Apakah kita mahu menunggu masyarakat kian punah dan hancur barulah air kencing syaitan ini mahu DIHARAMKAN?!!!

myMetro
KUALA LUMPUR : Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekali gus menyaingi golongan lelaki, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin.
Menurutnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati orang Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.

Suara Lunak PM Jamin Tiada Kenaikan Petrol RON95 Menjelang Pilihanraya Kecil

Kerajaan Ambil Kira Beban Rakyat Sebelum Buat Keputusan Mengenai Harga Minyak? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! FAKTA atau sekadar AUTA? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Sudah-sudahlah bodohkan rakyat, bukan main baiklah percakapan, yea la... tak lama lagi nak hadapi pilihanraya kecil DUN Merlimau (Melaka) dan DUN Kerdau (Pahang). Buat masa ni memanglah boleh jamin tiada kenaikan petrol RON95, dah menang pilihanraya nanti atau selepas pilihanraya nanti maka bersiap-sedialah kita untuk menerima hadiah kenaikan petrol!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

Kerajaan Ambil Kira Beban Rakyat Sebelum Buat Keputusan Mengenai Harga Minyak
Bernama
KUALA LUMPUR, 25 Feb : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengambil kira bebanan kepada rakyat dalam membuat apa jua keputusan berkenaan harga minyak RON95 yang pada masa ini tidak akan dinaikkan. Harga RON95 sekarang adalah RM1.90 seliter.

Krisis Libya : Tentera Bedil Masjid Guna Peluru Berpandu Antipesawat!!!

BENGHAZI (Libya) : Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu. Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.

Tempoh Pemasangan PERCUMA Tali Pinggang Belakang Sehingga 1 Jun - Proton

KUALA LUMPUR, 24 Feb : Hanya 16.4 peratus atau 37,604 daripada 226,000 pemilik kereta keluaran Proton memasang tali pinggang tempat duduk penumpang belakang sehingga 16 Feb lepas walaupun tawaran pemasangan dibuat oleh Proton Holdings Berhad sejak Januari 2009.

24 Februari 2011

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

BANTING, 24 Feb : Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Khamis memerintahkan kes bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof. Hurman menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kantoi Selepas 5 Minit Menyamun

Polis Tahan Dua Daripada Empat Perompak Yang Baru Lima Minit Menyamun Di Subang Jaya
KUALA LUMPUR, 23 Feb : Dua daripada empat perompak yang baru lima minit menyamun tiga beradik berputih mata apabila ditahan polis dalam satu kejadian di Jalan USJ 10, Subang Jaya pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supt Abdul Aziz Abdul Majid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga beradik berumur lingkungan 30an disamun selepas mengeluarkan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang.

Lagi Kes Kematian Pelatih PLKN!!!!!

Mati Imamkan Solat Zuhur
myMetro
RAWANG : Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, di sini, rebah ketika mengimamkan solat Zuhur di surau kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dan sejurus Syed Abdul Rahman Wan Ahmad, 17, rebah, dia dibantu rakan-rakannya mendapat rawatan di klinik kem berkenaan.

23 Februari 2011

Hukum Suspek Utama Secepat Mungkin - Erni

myMetro
KUALA LUMPUR : "Saya bersyukur dua suspek yang terbabit pembunuhan ibu saya dihukum penjara 20 tahun, namun hati saya tidak akan puas selagi suspek utama tidak dijatuhkan hukuman lebih berat," kata anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Kumpulan Penyamun Aktif Sekitar Lembah Klang Tumpas!!!

KUALA LUMPUR, 22 Feb : Tiga lelaki yang aktif menyamun di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lepas tumpas apabila mereka diberkas di Cheras di sini hari Isnin. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dua suspek yang berumur 22 dan 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Tun Razak manakala seorang lagi berumur 17 tahun ditahan ketika sedang menyamun di Cheras.

22 Februari 2011

RM60,000 Melayang Bahana Ayat-Ayat Cinta Kasanova

Bernama
KUALA LUMPUR, 22 Feb : Bermodalkan rupa paras menarik dan ayat-ayat yang meruntun jiwa, seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000 daripada lima wanita dan seorang lelaki lain sejak Julai tahun lepas sehingga awal tahun ini. Kesemua mangsa yang membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA di sini mendakwa berkenalan dengan lelaki yang dikenali Ken Isaac itu menerusi laman sosial sebelum menjalin perhubungan dan persahabatan.

Bayar Saman Sebelum 28 Februari Elak Disenaraihitam

PENGUMUMAN PENTING : Anda mempunyai tempoh 5 hari sahaja lagi untuk menjelaskan saman-saman trafik yang tertunggak sebelum 28 Februari 2011. Kegagalan berbuat demikian membolehkan anda disenaraihitamkan. Pembayaran saman boleh dilakukan secara online dan di mana-mana Kaunter Polis Trafik berhampiran anda. Terima kasih. [Sumber : FaceBook PDRM]

Kenapa Bob Lokman sertai PAS?

Bob Lokman menyerahkan borang keahlian menyertai PAS
kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
yang juga Menteri Besar Kedah.

KUALA LUMPUR, 21 Feb : Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Tamparan Wanita : Peragut Warga Indonesia Maut Dalam Longkang

AMPANG : Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Anak Ayah Pin Antara Pelajar Cemerlang STPM Terengganu

BERNAMA
KUALA LUMPUR, 21 Feb : Anak Arifin Mohamad atau 'Ayah Pin' adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Terengganu. Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.

21 Februari 2011

Sarawanan Dan Suresh Dipenjara 20 Tahun

BERNAMA
SHAH ALAM, 21 Feb : Dua pekerja ladang yang sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain terpaksa merengkok lebih lama di dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi pada Isnin meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.

Kes Sosilawati : Tukang Lupus Mayat Dipenjara 20 Tahun!!!

Gambar fail : MALAUN YANG MELUPUSKAN MAYAT
Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan 3 rakannya

SEDIKIT 'SINAR' UNTUK KES PEMBUNUHAN KEJAM INI APABILA HUKUMAN PENJARA 7 TAHUN DISEMAK SEMULA DAN MALAUN PELUPUS INI DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 20 TAHUN!!! [SEPATUTNYA DITAMBAH JUGA DENGAN 20 SEBATAN!!!!!] SHAH ALAM, 21 Feb : Dua pekerja ladang, K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka. Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Janda Diperlukan

Iklan oleh Abang Yunus yang menginginkan janda.
Iklan KOPI JANDA pun tak sehebat iklan Abang Yunus ni... Ha ha ha!!!

Teater : Pementasan Solo FAUZIAH NAWI

Kepada peminat teater, usah lepaskan peluang untuk menyaksikan PERSEMBAHAN SOLO oleh pelakon dan penggiat teater tersohor tanah air, bonda FAUZIAH NAWI. Fauziah Nawi akan muncul sebagai Tukang Sapu, Ceti Berlesen dan Isteri YB dalam 3 WAJAH.

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN TIKET :
012 242 9621 / 012 617 0697
SMS TIDAK AKAN DILAYAN!!!


JAGUH FITNAH : UTUSAN MELOYA 'Putar Belit' Kenyataan TG Nik Aziz

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Feb :
Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa akhbar Mingguan Malaysia terus membuat fitnah apabila secara sengaja memanipulasi kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dilaporkan di muka depan akhbar itu hari ini.

AKU TANPA CINTA-MU

Telah kumungkiri janjiku lagi :: Walau 1000 kali
Kuulang sendiri :: Aku takkan tempuh lagi

Apakah KAUterima cintaku lagi :: Setelah kuberpaling
Dari pandanganMU :: Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMU tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku :: Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah KAU di sana
Aku tanpa cintaMU :: Bagai layang-layang terputus talinya

Masihkah ada sekelumit belas :: Mengemis kasihMU Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMU :: Walau ranjaunya menusuk pedih

ARTIS :: MIRWANA



RM4 Bilion Tidak Dituntut Pemilik Dan Pewaris!!!

RM4 bilion, bukan kecil jumlahnya. Kepada pemilik atau waris si mati, buatlah semakan agar wang ini tidak 'hilang' begitu sahaja! Dan kerajaan sewajarnya turut membantu agar wang ini sampai ke tangan mereka yang benar-benar berhak. Jika benar kerajaan menggunakannya (meminjam?) atas alasan untuk kepentingan dan faedah rakyat, itu tak mengapa. Yang dibimbangi adalah untuk tujuan yang tidak selari kehendak Allah swt.
BACHOK, 20 Feb : Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

20 Februari 2011

GAJI SEMUA GURU AKAN DINAIKKAN RM500!!!

BN BUKTIKAN BUKU JINGGA DAPAT DILAKSANA
HARAKAHDAILY
TEMERLOH, 20 Feb : Walaupun dikecam hebat sebelum ini, tindakan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dalam memberikan insentif-insentif kepada rakyat semakin melegitimasikan reformasi yang dijanji oleh Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Antara janji dalam 100-hari Pakatan Rakyat yang dikecam hebat oleh BN sebelum ini ialah pemberian insentif RM500 gaji tambahan bulanan kepada para guru sekiranya diberikan mandat untuk memerintah pada pilihanraya umum ke 13.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan janji Pakatan Rakyat kepada guru tersebut tidak realistik dan akan melingkupkan kewangan negara.

ANGKAT MARTABAT MELAYU & ISLAM : 12 JAMINAN PAS UNTUK MALAYSIA BARU

Harakahdaily
SHAH ALAM, 19 Feb
: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap 12 perkara untuk rakyat Malaysia. 12 jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini. Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

19 Februari 2011

Jom Makan Popia Stadium!

Jika berkunjung ke Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Jom pekena Popia Stadium yang sememangnya popular. Tapi bagi aku yang dah sekian lama menikmati Popia Stadium, walaupun popular, rasanya Popia Stadium ni dah semakin 'kurang menyengat'... Sebabnya? Popia ni tak dihidangkan panas-panas (masak/goreng kat tempat lain dan dibawa kat restoran ni untuk dijual). Tentu popia ni lebih sedap sekiranya dihidangkan panas...!!!

Sultan Kedah Rasmi Masjid Al-Khalidiah Yang Dibiayai Siti Nurhaliza Dan Suaminya Datuk Seri Khalid

SUNGAI PETANI, 19 Feb : Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Sabtu merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu dekat sini yang pembinaannya dibiayai oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

PAS Popular Di Kalangan ROCKERS!!!

Otai rock jenis 'berani mati' dan punya pendirian, tu sebabnya aku tengok diorang ni lebih ke hadapan dalam menyokong pembangkang. Artis-artis otai dan yang suka berfikir (bukan hanya sibuk memikiri perihal dunia seni sahaja) dilihat berani menganggotai parti pembangkang BERBANDING artis kontrol macho, kontrol cun dan artis gay... heh!

Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu. Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

23 Pramugari Malaysia 'Tertonggek' Tunggu Gaji Tertunggak RM92,000!!!

Seramai 23 pramugari Malaysia di sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi hari ini menuntut pembayaran gaji dan elaun mereka yang tertunggak sejak empat bulan lalu. Menurut wakil mereka, sejak November lalu, syarikat penerbangan swasta itu tidak membayar gaji mereka sebanyak SAR$5,000 (RM4,000) sebulan serta pelbagai elaun yang dijanjikan dalam kontrak pekerjaan.

18 Februari 2011

KAKI PONTENG Kekal Sebagai Adun Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 18 Feb : Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini Jumaat memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim ekoran tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas.

Kelakarnya Tun M : Dah Makin Nyanyuk Atau Terkena Sindrom MELAYU MUDAH LUPA?

PAS menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad - bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya - adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu. "Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang," sindir ketua penerangannya Idris Ahmad.

NGO Pelawa Mahathir Sertai Kempen Mansuh ISA

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

BAPA Didakwa Bunuh Bayi Berusia 10 Hari

Yang tiada zuriat, bersusah-payah berusaha nak dapatkan zuriat. Dan yang memiliki zuriat, ada antaranya yang kejam dengan membunuh zuriatnya sendiri. Itulah manusia, bila baik dia boleh menjadi sebaik malaikat, dan sekiranya jahat dia akan jadi lebih jahat dari sang iblis!!!
KUALA LUMPUR, 18 Feb : Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan membunuh bayi perempuannya berusia 10 hari dengan menanam bayi itu dalam lubang yang baru digali di belakang rumah, lima hari lalu. Pertuduhan dibacakan terhadap Muhammad Rafiq Suresh Abdullah, di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin, namun tiada pengakuan direkodkan daripada bapa anak lima itu.

BOLASEPAK KELAYAKAN OLIMPIK : Malaysia - Pakistan 23Feb

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan, dijadual berlangsung pada rabu, 23 Februari 2011, perlawanan bermula jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Tiket akan dijual mulai 22 & 23 Feb
di Wisma FAM, Kelana Jaya (Petaling Jaya) dari 9 pagi hingga tamat waktu kerja. Tiket berharga RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tiket yang belum terjual akan dijual di Pintu A Stadium Shah Alam mulai 4 petang pada hari perlawanan kelayakan tersebut. - Harap maklum.

Sumber : Bernama

Mokhzani Mahathir : 3 Melayu Antara 20 Individu Terkaya Di Malaysia

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan Malaysian Business. Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu. Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

17 Februari 2011

Keputusan Kes Kematian Aminulrasyid Ditangguh 28 Februari

BERNAMA
SHAH ALAM, 17 Feb : Mahkamah Sesyen di sini Khamis menangguhkan sehingga 28 Feb ini untuk memutuskan sama ada anggota polis, Koperal Jenain Subi dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk membuat keputusan di akhir kes pendakwaan.

Kerajaan KELANTAN Sediakan RM1.5Juta Galakkan Pasangan Muda Berkahwin

BERNAMA
KOTA BAHARU, 16 Feb : Kerajaan PAS Kelantan melancarkan 'Gerbang Az-Ziwaaj' dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin. Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

16 Februari 2011

Aiskrim Sherbet - Menambat Rasa!!!

Nak kongsi sikit perihal aiskrim perisa buah-buahan yang sempat 'dijamah' 10.02.2011 yang lalu. Dah lama perhatikan aiskrim terbaru keluaran Magnolia ni (bukan MONGOLIA yea)... Aiskrim SHERBET ni didatangkan dengan empat perisa buah-buahan; Laici, Oren, Manggis dan Kiwi.

15 Februari 2011

Bandaraya Singapura Paling Hijau Di Asia, KL Hijau Sederhana

Kalau PAS memerintah Malaysia,
InsyaALLAH KL jadi bandaraya
paling HIJAU di DUNIA...!!! ;)
Bernama
SINGAPURA, 14 Feb : Bandaraya Singapura dikategorikan sebagai metropolis paling hijau di Asia, mengatasi kebanyakan bandar raya utama lain di benua ini, kata satu kajian oleh Siemens. Siemens hari ini mengumumkan penemuan The Asian Green City Index, kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 22 bandar raya utama Asia bagi tempoh beberapa bulan lepas.

13 Februari 2011

Hanya 13,916 Penduduk Pahang Jadi Ahli Rakan Cop

Rakan Cop tu ape? Oh! Mungkin rakan kepada posmen atau pekerja pejabat pos. Malaslah aku nak jadi Rakan Cop, ape barang cop-cop surat ni. Baik aku gi cop sawit!!! Lagiii masyuuuukkkk!!! kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Uiks! Hanya 13,916 daripada 1.5juta penduduk Pahang yang menjadi ahli Rakan Polis (tak suka aku sebut rakan COP, COP tu bahasa omputeh. Dalam Bahasa Melayu, kalau sebut COP tu dah maknanya lain, bukan polis. Cop setem, atau cop mohor).

ADUN Kerdau Meninggal Dunia

KUANTAN, 12 Feb : Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia Sabtu selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kerdau akibat serangan jantung. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang. "Datuk Zaharuddin disahkan meninggal akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

12 Februari 2011

SISWI JAJA GAMBAR BOGEL GODA SUAMI ORANG

KAJANG : Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat. Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.

Payudara Besar Sebelah Selepas 'Pembodohan'

Terlalu taksub untuk kelihatan cantik dan seksi, padah pula yang menimpa. Pembedahan yang dilakukan kononnya untuk membesarkan payudara rupa-rupanya adalah tindakan PEMBODOHAN diri sendiri yang akhirnya mengundang sengsara!!! Semoga kisah-kisah sebegini menjadi iktibar kepada kita supaya tidak mengambil jalan salah demi dilihat cantik di mata manusia.

myMetro
KUALA LUMPUR : Sebuah pusat rawatan kecantikan swasta dikesan menawarkan rawatan maut membesarkan payudara wanita dengan kaedah berbahaya, memindahkan tisu lemak perut ke payudara yang kecil.
Bagaimanapun, pembedahan 'liposuction' yang bukan dilakukan pakar bertauliah itu menyebabkan ada antara mangsa menderita apabila payudara mereka membengkak tidak sekata dan timbul ketumbuhan kecil umpama kanser.

KETUANAN RAKYAT : Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan

MESIR : Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera. Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

11 Februari 2011

Tok Guru Akui Tandas Masjid Di Kelantan Kotor

Mengakui kesilapan dan kelemahan bukan bermakna seseorang itu lemah. Bahkan ramai di kalangan kita yang ego sehingga tidak mahu mengakui kelemahan diri. Kagum dengan pengakuan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui kelemahan pentadbiran masjid di negeri Kelantan terutamanya yang berkait dengan kebersihan tandas-tandasnya. JIKA DIPERHATIKAN, permasalahan tandas kotor ini bukan hanya terjadi di negeri Kelantan, bahkan di negeri-negeri lain tahap kebersihan tandasnya juga mengecewakan.

KOTA BAHARU, 11 Feb : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya. Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

SERAH TUBUH KEPADA KETUA

KUALA LUMPUR : "Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya. Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan."

Santai Pagi Jumaat


10 Februari 2011

Doakan Keselamatan Rakyat MESIR Esok

Dilaporkan sejumlah 300 orang rakyat Mesir
telah meninggal dunia sejak bantahan aman
bermula Jumaat, 28 Januari lalu.
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Feb :
Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya beragama Islam mengadakan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan rakyat Mesir yang akan berarak menuju ke Istana Presiden, Hosni Mubarak di Abdeen, Cairo esok. Exco Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, esok merupakan kemuncak bantahan rakyat Mesir yang mahu Mubarak berundur dan dijangkakan akan berlaku pertembungan besar antara rakyat dan tentera regim.

JENAYAH DI MALAYSIA TERKAWAL?

Jenayah di Malaysia terkawal...? Betul ke...? Mungkin ada betulnya, tetapi mungkin juga tiada benarnya. Jenayah TERKAWAL dan jenayah DIKAWAL, mana pilihan kita dan mana yang terbaik untuk kita. Jika hanya TERKAWAL, bermakna ia masih berlaku dan sentiasa akan berlaku. Andainya DIKAWAL, ia bukan sesuatu yang wewenang untuk dilakukan. Alangkah baiknya jika JENAYAH di MALAYSIA 'DIKAWAL' dan bukan sekadar TERKAWAL!!! ;)

Jenayah Di Malaysia Terkawal, Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 9 Feb : Kes dan perlakuan jenayah di negara ini berada dalam tahap terkawal dan tidak terlalu membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata ini kerana setiap tindakan yang diambil pihak berkuasa dalam memerangi jenayah adalah yang terbaik dan berterusan dalam memastikan keadaan keselamatan negara terkawal.

Ah! Ngeri!!! Tapi Sempat Lagi Send SMS!!!

Adehhh...!!!!! Seram dan ngeri, tragis apa yang menimpa lelaki ini. Hancur kakinya, mungkin akibat digilis. Namun masih sedar dan sempat menggunakan handphone. Mungkin menghantar SMS atau call saudara-maranya, maklumkan dia terbabit kemalangan. Kalau berani, teruslah menatap gambar di bawah ini... hu~

Angkara Judi Anak Gadis Diserah Kepada Along

JOHOR BAHRU : Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Sarjan Retak Tengkorak Ditetak Bertubi-Tubi

Orang kurang siuman yang mengalami masalah mental sememangnya sukar dikawal dan perlakuannya di luar jangkaan kita. Pihak polis nampaknya memerlukan satu unit khusus untuk menangani situasi sebegini. Anggota PDRM juga wajar dilatih untuk menghadapi individu yang mempunyai masalah mental untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sama ada kepada individu tersebut mahu pun anggota PDRM terlibat.

SEREMBAN : Drama amuk selama tiga jam di sebuah rumah di Taman Cempaka, Bahau, dekat sini, kelmarin berakhir dengan seorang lelaki mati ditembak, manakala seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera parah.

09 Februari 2011

Info IT Dan Teknologi Dalam Bahasa Ibunda

Jarang kita jumpa website berbahasa Melayu yang aktif membicarakan perihal komputer dan teknologi semasa. Ini adalah salah satu website yang aktif hasil usaha anak tempatan. Jenguk-jenguklah website ini amanz.my insyaALLAH ada sumber maklumat yang bakal anda perolehi di sana.


Ibu merajuk Campak Anak

Aduhai...! Mengapa mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Setiap permasalahan pasti ketemu jalan penyelesaiannya. Lebih tragis lagi apabila anak kecil yang tidak bersalah turut menjadi mangsa keadaan. Gunakanlah akal fikiran anugerah Tuhan sebelum bertindak, buatlah pertimbangan yang wajar. Nyawa anugerah Tuhan, tiada galang gantinya.

08 Februari 2011

BERITA TIPAH TERTIPU : Kerajaan Belum Cadang Naik Harga Petrol

"Rakyat Malaysia sebenarnya masih beruntung
kerana kerajaan prihatin memberikan subsidi,
sepatutnya kita bersyukurlah."
- Ismail Sabri -

Kerajaan Belum Cadang Naikkan Harga Petrol Dan Diesel - Ismail Sabri
BERNAMA
BERA, 6 Feb : Kerajaan belum bercadang menaikkan harga petrol dan diesel sekalipun harga minyak mentah dunia kini telah mencecah USD$100 setong. Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kabinet juga belum membincangkan mengenai kenaikan harga bahan tersebut.

BERKHALWAT DI ALAM SIBER?

myMetro
KUALA LUMPUR : Wanita dan lelaki bukan mahram yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

PRK DUN MERLIMAU : Ramai Mahukan Rosmah Sebagai Calon BN

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Feb :
Adalah amat dikesali apabila isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

07 Februari 2011

SUAMI DAN ANAK - CEKUP ISTERI BERKHALWAT

KUALA LUMPUR : Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini. Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

06 Februari 2011

IBUKU BOMOH TAK ORI

Metro 06 Februari 2011 (Gambar : Sekadar Hiasan)
Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab
IBU TIPU JADI BOMOH UNTUK CARI REZEKI
SOALAN :
Ibu saya menipu sebagai bomoh. Sebagai anak, saya pernah menasihatinya supaya bertaubat dan berhenti menipu orang, malangnya saya pula dikata anak derhaka. Sejak itu kami adik-beradik tidak berani menasihatinya kerana bimbang akan mengeruhkan hubungan.

Kegiatan ibu bermula 30 tahun lalu dan ia semakin teruk. Saya tahu ibu mempunyai wang simpanan yang banyak hasil kegiatannya tetapi sering berkelakuan seperti kais pagi makan pagi dan selalu mengharapkan duit daripada anak. Selain itu ibu suka melaga-lagakan kami adik-beradik hinggalah kami tidak sehaluan. || Faizah, Seremban, Negeri 9 ||

05 Februari 2011

PESERTA HIMPUNAN DISEMBUR & DITANGKAP

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat. Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Bahana Facebook : ISTERI LARI IKUT KEKASIH LAMA


KUALA LUMPUR : Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu. Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

04 Februari 2011

AKSI BOGEL SAMBIL BERINTERNET

Adehhhh!!! Harapnya ibubapa pantau le anak-anak yang asyik berinternet / bermain game... Taksub dan ketagihan punye pasal, seluar-baju pun tak sempat nak pakai... Goli den!!! :D

BAKAT TV 2011 : Program Realiti Anjuran |KERA|jaan?

Nampaknya |KERA|jaan kita tidak mahu kalah dalam bersaing dengan pihak swasta yang menganjur dan menerbitkan program realiti hiburan. TERKINI, |KERA|jaan melalui Unit Hiburan RTM menganjurkan Pencarian Bakat TV 2011.

Entahlah, dah tak reti dan tak tahu nak kata apa... Lambakan program realiti di Malaysia ni memang dah terlampau-lampau banyak. Budaya berhibur ni dah kian parah, |
KERA|jaan pun nak join sama pulak nampaknya dalam mendidik rakyat cenderung berTUHANkan hiburan. Baguslah, jika itu yang difikirkan terbaik. Terbaik untuk dunia, untuk akhirat? Wallahu a'lam.

PENCARIAN BAKAT TV 2011 BERMULA FEBRUARI INI
BERNAMA
SEREMBAN, 4 Feb : Generasi muda yang berbakat dalam bidang tarian, nyanyian berkumpulan, bermain alat muzik, lawak jenaka, silap mata dan ventriloquism dijemput menyertai Pencarian Bakat TV 2011 yang akan memulakan sesi uji bakat di Ruang Legar Terminal 1, Seremban pada 13 Feb. Pengarah Penyiaran Negeri Sembilan Norbaiyah Datuk Baharudin berkata uji bakat anjuran NEGERIfm itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang.

Krisis Mesir : APA PENDIRIAN NAJIB?

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 4 Feb : PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

Rakyat Johor Berjudilah Di Malaysia, Jangan Berjudi Di Singapura

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Kelakar bila pemimpin yang 'menghalalkan' judi tiba-tiba keluarkan kenyataan supaya rakyatnya menghindari judi... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Apalah yang boleh diharapkan oleh pemimpin sebegini untuk menjaga rakyat dan masyarakatnya untuk menghindari tabiat buruk sebegini.

JOHOR BAHARU, 3 Feb : Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baharu yang sering ke Singapura untuk berjudi.

03 Februari 2011

Saman Ke Atas Nash Mungkin Diteruskan


myMetro
SHAH ALAM : Anak Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya berkemungkinan besar akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52.
Bagaimanapun, peguam ahli perniagaan itu, Datuk Zaidi Zain ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26.

Bapa Rogol Anak Berulangkali - Sudah Sampai Masanya Malaysia Laksana Hukuman Mati Ke Atas PEROGOL!!!

"Ya Allah, Kau peliharalah aku dan keturunanku dari kegilaan nafsu dan nafsu yang menggila. Hindarilah kami dari kebejatan nafsu dan janganlah Engkau Ya Allah meletakkan kami lebih hina dari binatang."

Sudah sampai masanya Malaysia melaksanakan hukum Syariah Islam. Pelakuan jenayah semakin berleluasa dan seakan tak terbendung. Laksanakanlah HUKUMAN BUNUH KE ATAS PENJENAYAH ROGOL.

KUALA LUMPUR, 2 Feb : Seorang bapa kepada sembilan anak dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun tiga bulan, hujung tahun lalu. Hakim Mohamad Sekeri Mamat memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu berjalan secara berasingan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Jan, 2011.

02 Februari 2011

Sudah Sampai Masanya Dacing Senget Ini Dilupuskan!!!

Dah makin senget-benget dacing buruk ni, bagi kat beruk pun beruk buat derrrkkk jea. Orang dah tak guna sangat dah dacing macamni. Fungsi dan ketepatan dah semakin diragui. Al-maklum, dacing lama dan berkarat. Ada baiknya kita guna digital scale...

Digital scale atau penimbang digital ni dilihat lebih memberi keADILan. Menepati juga tuntutan ISLAM kerana ia lebih telus dan memberikan kebaikan kepada pengguna mahupun empunyanya. Sudah masanya kita menggunakan penimbang baru ini yang lebih ADIL dan menepati tuntutan ISLAM yang menekankan aspek kejujuran dalam segenap aspek kehidupan.

Tinggalkanlah penimbang senget tersebut. Dunia dah makin maju. Apa barang guna penimbang senget camtu. Gunakah penimbang digital atau paling tidak pun guna penimbang merah ni yang tertera angka sukatannya. LEBIH ADIL, TELUS DAN TIDAK MENIPU, BERSESUAIAN TUNTUTAN AGAR UMMAH MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

RAKYAT DIDAHULUKAN, BUKANNYA DIHARU-BIRUKAN ;)

Pekerja Ladang Lupus Mayat Sosilawati Minta Tukar Peguam

SHAH ALAM, 31 Jan : Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sedang mendengar permohonan semakan hukuman dan sabitan ke atas pekerja ladang, K. Sarawanan pada Isnin dikejutkan dengan tindakan U. Suresh yang mengumumkan hasratnya ingin menukar peguam belanya. Suresh, 27, yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, Oktober lepas kerana melupuskan mayat jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain, berbuat demikian daripada kandang salah kira-kira pukul 4.05 petang Isnin.

KEMARUK PUCUK MUDA

Ya Allah... Mintak jauh le keturunan dan saudara mara serta sahabat-handai kita dari buat kelaku camni. Memalukan bangsa, dan agama jea. Rumah kata pi, kubuQ kata mai mai mai... Tapi perangai masih gila babi (babi pun tak gila camtu) sehingga sanggup buat kelaku melampau yang akhirnya memalukan serta menjatuhkan martabat diri.

..............................................

PASIR PUTEH : Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam. Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.

01 Februari 2011

KERA JAAN SENGAJA LEWATKAN BERITA KENAIKAN HARGA PETROL?

Terima kasih dan tahniah Malaysiakini.com kerana lebih cepat dan pantas dalam menyiarkan berita kenaikan harga petrol RON97. Malaysiakini mula melaporkan kenaikan harga bahan api ini pada jam 7.29mlm.

Apa sudah jadi dengan PERTUBUHAN BERITA NASIONAL (Bernama)
yang hanya menyiarkan laporan kenaikan harga minyak pada jam 10.33mlm.

Dalam keadaan teknologi di sekeliling kita, televisyen, radio, telefon bimbit mahupun internet... TETAPI mengapa KERA jaan begitu lembab menyebarkan maklumat mengenai kenaikan harga minyak ini...? Oh! Lewatkan penyampaian maklumat kepada rakyat, maka peluang untuk membeli RON97 pada harga RM2.40 tertutup kerana waktu telah semakin suntuk.
Related Posts with Thumbnails