VVIP DENAI CINTA

21 Januari 2011

TELUK CHEMPEDAK (TC) TERUS MENAGIH KORBAN DAN KERA LIAR MENGGANGGU PENGUNJUNG

Teluk Chempedak (TC) terus menagih korban? Terkini adalah kematian seorang pemuda berbangsa cina yang mayatnya ditemui awal pagi ini setelah dilaporkan hilang petang semalam. Sama ada benar atau tidak TC menagih korban, mungkin itu hanya kebetulan. Al-maklum TC sememangnya kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar dari negeri Pahang untuk menikmati keindahan pantai di sini.

Sebagai pengunjung, kita sewajarnya berhati-hati agar kecelakaan dapat dielakkan. SATU TEGURAN UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN, khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar dapat memastikan keselamatan pengunjung dari serangan kera liar yang sering berkeliaran mencari dan mencuri makanan di lokasi perkelahan popular ini. Kita tidak mahu ada kecelakaan serius menimpa pengunjung lantaran kebuasan kera-kera liar yang berkeliaran di situ.

Mayat Pemuda Hilang Ditemui Di Pantai Teluk Chempedak
BERNAMA
KUANTAN, 21 Jan : Mayat seorang pemuda, yang dilaporkan hilang selepas ditelan ombak di pantai Teluk Chempedak petang semalam, ditemui terdampar di pantai awal pagi ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata mayat Hoh Kum Fatt, 22, ditemui di pantai kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat bermula selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.18 petang semalam.

"Operasi mencari berterusan malam tadi dengan tinjauan di pesisiran pantai sehingga mangsa dijumpai pada 5.11 pagi tadi," katanya kepada Bernama pada hari Jumaat. Katanya mangsa bersama rakan-rakannya daripada Pusat Pemulihan Charis di Kuala Lumpur datang ke Kuantan untuk menghadiri satu ceramah anti dadah di sini pada Isnin depan.

Hoh berserta 25 ahli rombongan lain singgah di pantai peranginan itu dan dipercayai berdiri bersama enam rakannya di kawasan berbatu di pantai itu. "Mangsa bersama dua lagi rakannya tiba-tiba ditarik ombak yang memukul kawasan batuan berkenaan, namun dua rakannya itu berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Ketua rombongan berkenaan, Chow Kok Min, 42, berkata mereka singgah di pantai itu dan berjalan-jalan sehingga ke Teluk Tongkang untuk menikmati pemandangan di situ. "Tujuh ahli rombongan termasuk mangsa berdiri di kawasan berbatu manakala selebihnya berada agak jauh dari lokasi itu," katanya ketika ditemui di sini.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails