VVIP DENAI CINTA

31 Januari 2011

RON97 Naik 10 Sen Lagi, Padan Muka Ahli PAS, PKR Dan DAP


Berkejaran aku ke stesen minyak sebentar tadi setelah terbaca perihal kenaikan harga RON97 menjelang 12malam ini. Sedih bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat, ye lah.. tidak seperti ahli UMNO-BN yang masih mampu tersenyum walaupun harga minyak dinaikkan oleh pimpinan mereka.

Tunjuk sahaja kad keahlian UMNO, maka mereka akan dapat membeli minyak pada harga subsidi. Padan muka ahli PAS, PKR dan DAP!!! Ahli UMNO-BN selesa dan tidak perlu memikirkan kenaikan harga minyak mahu pun harga barangan.

Tu la, kan dah kata, bodoh sangat pergi sokong Pakatan Rakyat siapa suruh!!! Kan dah terbeban dengan kenaikan harga minyak.
Kepada sekalian rakyat, sedarlah. Hanya dengan memilih UMNO-BN, maka hidup anda akan senang.

Ahli UMNO-BN sememangnya menikmati pelbagai manfaat dan subsidi. Pembelian minyak pada harga yang amat murah asalkan membawa kad keahlian UMNO, MIC, MCA mahupun parti-parti komponen yang lain.

TAHNIAH SEKALI LAGI UNTUK BN YANG BARU MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat, bersedialah kamu!!! BN akan menang lagi di DUN Merlimau dan kamu akan lebih teruk merasai kenaikan harga barang serta harga minyak selepas kemenangan BN di DUN Tersebut. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

..................................................

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails