VVIP DENAI CINTA

18 Januari 2011

KENAIKAN HARGA GETAH, PENCURI, BELASAH DAN MATI SURI

CHANGLUN : Seorang lelaki yang sebelum ini berjaya melarikan getah sekerap yang dicurinya di kebun getah Kampung Baru, beberapa kali untuk dijual, tidak bernasib baik kali ini apabila dibelasah hingga koma oleh dua lelaki dipercayai pemilik kebun getah itu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua penduduk kampung berkenaan dikatakan ternampak mangsa baru selesai memungut getah sekerap di kebun getah mereka dan mengejarnya hingga ke lokasi kejadian.

Seorang daripada pemilik kebun itu dikatakan mengejar mangsa dengan menunggang motosikal kira-kira 500 meter dari kebun getah itu, manakala seorang lagi berada di tempat kejadian.
Sebelum itu, mangsa yang berusia 45 tahun masih memegang guni berisi getah sekerap dan cuba melawan dua suspek berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibelasah bertubi-tubi.

Bagaimanapun, seorang daripada pemilik kebun itu yang ternampak sebatang rotan memukul kepalanya menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa dipercayai mempunyai masalah mental itu dikatakan pernah mencuri getah sekerap itu beberapa kali sebelum ini menyebabkan seorang daripada suspek berang dengan tindakannya itu. Berikutan itu, mangsa yang parah di kepala dibawa ke Hospital Jitra sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana mengalami pendarahan otak.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin berkata, anggotanya dari Balai Polis Changlun yang menerima laporan berhubung kes curi getah sekerap bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi jalan.


Beliau berkata, lelaki itu ditemui berlumuran darah dipercayai dipukul dan di sebelahnya terdapat setengah guni getah sekerap serta motosikal dipercayai milik mangsa yang ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.


"Anggota kami membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini masih belum sedarkan diri akibat kecederaan serius di kepalanya.
Ada saksi memberitahu ternampak dua lelaki memukul mangsa menyebabkan anggota kami mengesan mereka untuk membantu siasatan," katanya.

Sawaludin berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun di rumah masing-masing di Kampung Baru dan Kampung Changhai, malam kelmarin.
Kedua-dua lelaki itu masing-masing bekerja sebagai juruteknik dan pembantu di kedai alat ganti kenderaan di daerah ini. Beliau berkata, mereka direman tujuh hari bermula semalam.

.......................
MATI SURI adalah dialek Indonesia yang bermaksud KOMA



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails