VVIP DENAI CINTA

25 Januari 2011

Jenayah Di Mana-Mana, BERWASPADALAH

Baru semalam (25 Januari) melalui Jalan Jerangau-Jabor dalam perjalanan ke Kota Bharu. Tak sangka juga ada kes samun hari sebelumnya. Semoga kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada demi mengelakkan diri terdedah kepada niat jahat sang penjenayah yang sentiasa menantikan peluang melakukan kejahatan. Sekiranya keletihan memandu, carilah tempat yang selamat untuk berhenti/berehat. Semoga Allah SWT memelihara kita dari segala niat jahat manusia.

Peniaga Rugi RM9,300 Disamun Empat Lelaki

BERNAMA
KUANTAN, 24 Jan : Seorang peniaga kerugian wang tunai RM9,300 selepas disamun empat lelaki di Jalan Jerangau-Jabor, dekat sini pagi Ahad. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata dalam kejadian 10.50 pagi itu peniaga berusia 29 tahun tersebut memandu seorang diri dari Kemaman ke Kuantan.


"Sampai di tempat kejadian mangsa telah berhenti untuk berehat sebelum dihampiri sebuah kereta Waja yang dinaiki empat lelaki," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin. Beliau berkata tiga daripada lelaki terbabit telah keluar dari kenderaan tersebut dan menyamun peniaga berkenaan. Noor Asyikin berkata berlaku pergelutan antara tiga lelaki itu dan peniaga terbabit sebelum mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM9,300 dan sebentuk cincin emas miliknya.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails