VVIP DENAI CINTA

31 Januari 2011

HANYA 50 ORANG YANG HADIRI UJIBAKAT KAK PAH!!!


BERITA HAIRAN
PETALING JAYA :
Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, di sini, semalam, lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta datang mencuba nasib. Selain populariti Sharifah Aini sebagai biduanita mungkin antara sebab bakat baru risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi dikatakan antara faktor menyukarkan orang ramai untuk hadir.

Uji bakat bersama beberapa artis lain sebelum ini berjaya menarik 300 hingga 500 peserta dengan jumlah paling ramai mencecah 900 ketika sesi bersama Afdlin Shauki, pertengahan bulan ini. Ketika ditemui, penyanyi itu berkata, beliau tidak bimbang dengan sambutan yang agak hambar kerana kebanyakan peserta yang datang adalah berbakat.

"Bagi saya bilangan peserta hadir tidak penting kerana saya lebih mementingkan kualiti vokal mereka. Saya tidak kisah walaupun tidak sampai 100 orang mencuba nasib, tetapi mereka benar-benar boleh menyanyi. Lebih baik begitu berbanding ramai yang datang namun tidak mempunyai kualiti yang saya cari," katanya.

Mentor musim kelima akan mula disiarkan pada 13 Februari ini.
Artis yang terbabit sebagai mentor kali ini ialah Afdlin, Rahim Maarof, Noh Hujan, Edry Abd Halim, Erra Fazira dan Sharifah Aini.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan peluang bergelar artis rakaman. Daripada empat musim sebelum ini, program berkenaan melahirkan juara seperti Norafizah Mohammad Yasin (Pija), Mohd Firdauz Abdul Halim (Fiq), Hanifah bin Md Hanafiah (Black) dan Mohd Izwan (Mohd).

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails