VVIP DENAI CINTA

24 Januari 2011

Dibelasah Hingga Mati Gara-Gara Mencuri Getah

Berpada-padalah serta elakkanlah membelasah teruk penjenayah yang berjaya ditangkap. Serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan menghukum pesalah ini. Hormati undang-undang dan jangan wewenang membuat penghakiman serta menjalankan hukuman sesedap hati!!!

Polis Tahan Tujuh Suspek Dipercayai Terlibat Belasah Lelaki Sehingga Mati
BERNAMA
KOTA BAHARU, 23 Jan : Polis menahan tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang lelaki yang dibelasah beramai-ramai Jumaat lepas kerana dituduh mencuri getah beku di Kampung Banat Hilir, Rantau Panjang, semalam. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Mazlan Lazim berkata semua suspek yang ditahan itu merupakan penduduk kampung berhampiran yang berumur antara 25 dan 59 tahun.


Beliau berkata mereka ditahan secara berasingan sejak petang kejadian sehingga malam tadi, dan enam suspek kini ditahan reman sehingga 28 Januari manakala seorang lagi akan direman hari ini. "Enam daripada mereka merupakan penduduk Kampung Gual Periok manakala seorang lagi adalah penduduk Kampung Bakat Hulu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Kelantan Bagi Bulan Jan 2011, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Jumaat lepas Mohd Saupi Mohamad, 38, yang berasal dari Kampung Gual Tok Deh dibelasah sekumpulan penduduk kampung selepas dituduh mencuri getah beku. Mazlan berkata siasatan awal mendapati Mohd Saupi Mohamad dibelasah menggunakan senjata keras serta tajam, dan menurutnya tahun lepas tiga kes yang hampir sama berlaku di Kelantan, membabitkan tindakan orang ramai memukul lelaki yang disyaki mencuri.

"Kami minta orang ramai supaya berhenti ambil tindakan sendiri, kami faham kemarahan masyarakat terhadap mereka yang disyaki penjenayah, tapi serahkan kepada pihak polis kerana negara ada undang-undang dan peraturan, jika tidak, tindakan yang diambil hanya akan memudaratkan diri sendiri," katanya.

Beliau berkata polis percaya kes itu melibatkan ramai suspek dan pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi individu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails