VVIP DENAI CINTA

18 Januari 2011

DERMA SPERMA DAPAT PITIS!!!

Haaaa... Kenapa tersenyum bila baca berita ni? Ada berhajat nak dermakan sperma ke? Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!! Ini bukan di Malaysialah derrr... Ini hal yang berlaku nun jauh di oversea...

Kat Malaysia ni, aku cadangkan agar KERAJAAN melalui Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan insentif/saguhati kepada insan-insan yang bermurah hati mendermakan darah. Wujudkan TABUNG/DANA untuk penderma darah. Rasanya orang perseorangan serta pihak swasta boleh membantu dalam menyumbang dana tanpa mengharap 100% dari kantung kerajaan.

........................................................
LONDON : Britain melancarkan soal selidik umum bagi membantu pihak berkuasa memutuskan sama ada penderma telur dan sperma untuk klinik kesuburan perlu diberikan bayaran pampasan dan jumlah yang sepatutnya jika dipersetujui. Soalan dibuat secara atas talian oleh Pihak Berkuasa Kesuburan Manusia dan Embriologi (HFEA) turut meminta pandangan sumbangan telur dan sperma di kalangan keluarga termasuk sepupu, adik beradik, ibu dan anak.


Pakar kesuburan baru-baru ini memberi amaran bahawa kekurangan penderma sperma di Britain bermakna wanita yang mahu anak terpaksa mengimport sperma dari luar negara atau menggunakan kit permanian beradas daripada internet. Kebanyakan pakar berpendapat perubahan undang-undang pada 2005 di Britain yang mengeluarkan hak penderma tanpa nama membawa kepada kesusutan jumlah penderma. - Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails