VVIP DENAI CINTA

13 Januari 2011

Chua Soi Lek TOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM!!!

Tak boleh nak salahkan mereka yang bukan Islam, kerana pemimpin yang beragama Islam dalam kabinet Malaysia (khususnya UMNO) pun 'buta' agama dan bertuhankan kebendaan. Inilah akibatnya apabila Islam dipinggirkan. AMAT MENYEDIHKAN apabila non-Muslim melihat Islam serta penubuhan negara Islam sebagai sesuatu yang menakutkan. Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menggunakan 'penubuhan negara Islam' sebagai satu strategi kempen untuk menakutkan kaum Cina!!!

Masyarakat Cina Diminta Timbang Implikasi Penubuhan Negara Islam
BERNAMA
KUANTAN, 12 Jan : Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata PAS semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.

"PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik. Jika PAS mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat, Labis pada Isnin lepas. Chua berkata MCA bukan menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina sebaliknya ia perlu diberi pertimbangan yang mendalam.

"Setiap kali mereka (PAS) akan kata MCA menggunakan ini untuk menakutkan kaum Cina. Kita bukan (menakutkan) dan tak payah menakutkan, dan saya berharap kaum Cina dapat memberi pertimbangan yang mendalam implikasinya," katanya.

......................
Chua Soi Lek mungkin terlupa yang dia tinggal di sebuah negara Islam. Suatu PENGHINAAN apabila dia menggunakan isu penubuhan negara Islam untuk 'memberi amaran' kepada pengundi Cina. Apakah penubuhan negara Islam sesuatu yang menyusahkan? Apakah non-Muslim tertindas setelah negara Islam tertubuh? Diharap pihak berkenaan menghentikan PENGHINAAN Chua Soi Lek ini ke atas agama Islam!!!

2 ulasan:

abu idris berkata...

Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

Abu Idris : Syukran atas perkongsian maklumat... Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Related Posts with Thumbnails