VVIP DENAI CINTA

18 Januari 2011

Bapa Tunggal Kena Penjara Enam Tahun Kerana Rompak Telefon Bimbit Bernilai RM300

Ah! Malang la kau derrr... Merompak sangat. Kang dah tak pepasal kena penjara 6 tahun!!! Barangan yang dirompak : Sebuah henpon berharga RM300!!! Tragis, umur baru 21 tahun, bapa tunggal kepada seorang anak berumur 5 tahun (5 tahun? bermakna kau kahwin sebaik sahaja baligh? perrrggghhhhh).

Tapi aku pelik dengan undang-undang ciptaan kafir la'natullah yang dipraktikkan kat negara kita ni. Tengok dalam kes Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam, tukang pelupus mayatnya (dan 3 mayat yang lain) hanya dikenakan 7 tahun penjara...!!! SENGAL je. Tak terbuka hati ke pemimpin negara nak beralih mengamalkan undang-undang Syariah (hudud)???

SHAH ALAM, 18 Jan : Gara-gara merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM300 milik seorang wanita, seorang bapa tunggal berusia 21 tahun dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa. Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan hukuman itu terhadap Mohamad Mazlan Mustafa selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Mohamad Mazlan, dari Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Gombak, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 19 Jun tahun lepas. Tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak telefon bimbit jenis Nokia 5730 milik Zuliana Zainal Abidin di Jalan Keretapi, belakang Kuil Batu Caves, kira-kira pukul 12.01 tengah malam pada 4 Mei, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Peguam tertuduh, M Hafiz Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya masih muda dan mempunyai seorang anak berumur lima tahun. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails