VVIP DENAI CINTA

31 Januari 2011

RON97 Naik 10 Sen Lagi, Padan Muka Ahli PAS, PKR Dan DAP


Berkejaran aku ke stesen minyak sebentar tadi setelah terbaca perihal kenaikan harga RON97 menjelang 12malam ini. Sedih bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat, ye lah.. tidak seperti ahli UMNO-BN yang masih mampu tersenyum walaupun harga minyak dinaikkan oleh pimpinan mereka.

Tunjuk sahaja kad keahlian UMNO, maka mereka akan dapat membeli minyak pada harga subsidi. Padan muka ahli PAS, PKR dan DAP!!! Ahli UMNO-BN selesa dan tidak perlu memikirkan kenaikan harga minyak mahu pun harga barangan.

Tu la, kan dah kata, bodoh sangat pergi sokong Pakatan Rakyat siapa suruh!!! Kan dah terbeban dengan kenaikan harga minyak.
Kepada sekalian rakyat, sedarlah. Hanya dengan memilih UMNO-BN, maka hidup anda akan senang.

Ahli UMNO-BN sememangnya menikmati pelbagai manfaat dan subsidi. Pembelian minyak pada harga yang amat murah asalkan membawa kad keahlian UMNO, MIC, MCA mahupun parti-parti komponen yang lain.

TAHNIAH SEKALI LAGI UNTUK BN YANG BARU MEMENANGI PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat, bersedialah kamu!!! BN akan menang lagi di DUN Merlimau dan kamu akan lebih teruk merasai kenaikan harga barang serta harga minyak selepas kemenangan BN di DUN Tersebut. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

..................................................

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Ariel 'PeterPORN' Dipenjara 3 Tahun

Aksi seks yang dirakam sendiri. Akhirnya membawa padah kepada vokalis kumpulan Peterpan ini. Hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Daerah Bandung ke atas penyanyi yang cukup popular di Indonesia dan Malaysia ini.

Namun dapat kita lihat betapa masyarakat di sana, walaupun negaranya bukanlah negara Islam sebagaimana Malaysia, tetapi apabila berlaku perlakuan tidak bermoral sebegini mereka lantas bangkit mengutuk dan pihak pengadilan juga tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman penjara kepada artis seperti Ariel Peterpan ini.

Berbeza di Malaysia apabila kita dilihat lebih bersikap 'tak apa' dan ambil mudah dengan perilaku penggiat seni (artis) dan membiarkan mereka berleluasa melakukan pelbagai perangai buruk (bukan semua artis sebegitu) sehingga tersebar perilaku, gambar serta video mereka di internet dan menjadi tatapan umum.

Lihat sahaja kes video seks seorang pelakon wanita tanah air bersama kekasihnya (yang kemudian menjadi suaminya dan kini telah bercerai). Apa tindakan kerajaan kepada artis wanita ini? Tak lain hanya bertindak melarang drama lakonannya disiarkan di stesen televisyen. Dan sekarang, artis ini telah kembali mewarnai dunia lakonan dengan membintangi beberapa drama.

BANDUNG, 31 Jan : Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Hakim Syarie Didakwa Khalwat Di Kuarters Kerajaan

BERNAMA
GEORGE TOWN, 31 Jan : Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan di sini pada 5 Dis lepas.

Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Shahriza Mahmud Kahwini Abang Anna Raffali

Tahniah sahabat, Mr Saddiq Raffali. Tanpa diduga, pertemuan dengan Cik Shahriza sebagai guru semasa menyertai Kursus Asas Seni Lakon di FINAS mengikat 'hati' kalian berdua sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan. Semoga ikatan kasih yang kalian bina akan kekal hingga ke syurga-NYA.


PETALING JAYA : Dramatis Shahriza Mahmud, 40-an, bakal bernikah dengan abang penyanyi Anna Raffali, Saddiq Raffali, 30, pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah. Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.

HANYA 50 ORANG YANG HADIRI UJIBAKAT KAK PAH!!!


BERITA HAIRAN
PETALING JAYA :
Sesi uji bakat terakhir program realiti Mentor bersama Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, di sini, semalam, lengang apabila hanya kira-kira 50 peserta datang mencuba nasib. Selain populariti Sharifah Aini sebagai biduanita mungkin antara sebab bakat baru risau berdepan dengannya, cuaca kurang baik dengan hujan sejak pagi dikatakan antara faktor menyukarkan orang ramai untuk hadir.

PADANLAH BN MENANG DI DUN TENANG, BERAPA JUTA WANG YANG DITABUR?

Sebahagian GULA-GULA PILIHANRAYA yang diberikan UMNO-BN kepada para pengundi di DUN Tenang. 'KOTAK HADIAH' yang diedarkan oleh Puteri UMNO. Bayangkan, berapakah agaknya kos untuk menyediakan ratusan/ribuan set kotak sebegini untuk diagihkan kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang.

Upacara menyelongkar


Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor, Bravo!!!

Bandingkan gambar yang digunakan Shahrizat pada kotak
dan pada banner untuk program masjid di bawah ini...

Gaya seorang Muslimah gitu... Hilang jambul... Kah kah kah!!!


Tengok, apa yang dihadiahkan oleh Puteri UMNO ni, antaranya : Minyak masak, Cereal (Koko Crunch), Milo saiz XL, Beras 5 kg, Biskut Tiger, Susu, Sardin saiz 10 tin, Vitamin, Susu mahal setin dan beberapo item lagi. Agaknya, berapa kos untuk 1 kotak hadiah dari Puteri UMNO ni...?

Sumber Gambar & Maklumat dari Facebook MR. ALI ABU.

30 Januari 2011

Terbuka Korea : LEE CHONG WEI Tewas Lagi Di Tangan LIN DAN!!!

SEOUL : Lin Dan dari China muncul juara badminton Terbuka Korea selepas kalahkan Lee Chong Wei 21-19, 14-21, 21-16 pada final sebentar tadi.

Nampaknya 'badi' aroma ketiak Bik Mama terus 'mempuakai' Datuk Lee Chong Wei. Semoga ada pihak yang akan tampil ke hadapan untuk membantu Chong Wei mengatasi 'trauma aroma ketiak' yang maha dahsyat dan seterusnya turut menjejaskan tumpuan pemain ini dalam memenangi permainan terutama apabila berhadapan seteru ketatnya Lin Dan.

Atau kita cadangkan kepada pejabat First Lady of Malaysia (FLOM) agar Bik Mama dapat membuat pelukan ketiak masyamm sebegini kepada Lin Dan. Mungkin Lin Dan akan mudah ditewaskan oleh Chong Wei lantaran dirinya turut dibelenggu trauma yang cukup tragis!!!

MAJULAH SUKAN TANPA KETIAK BIK MAMA!!!

Bad News (BN) Dahului PAS Dalam UNDI POS


Gila khinzir betul, memanglah UNDI POS akan memihak kepada Bad News (BN). Gelak dek khinzir jea la laporan camni (tu pun kalo khinzir mampu membaca berita ni, gelak guling-guling natang khinzir tu!!!). Tak sesuai dah UNDI POS digunakan, kita bukan berada dalam zaman darurat! Angkatan tentera pun bukan dok berkampung dalam hutan. SPR, silalah lakukan pembaharuan. UNDI POS ni tak lain hanya sekadar sebagai alat untuk memenangkan calon Bad News jea. Usah perbodohkan rakyat!

TAZKIRAH : Perkataan 'SALAM' Apa Maksudnya?

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'?
Apakah maksud di sebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka
dan katakanlah : "Salam (selamat tinggal)."
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43 : 89)

Gunakanlah : ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu 'Assalamualaikum''Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh'.
Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan : 'Assalamualaikum' dan… menjawab salam dengan ucapan - 'Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh'.

RAHSIA PAKCIK POWER!!!

NI DIA... Alias bersama isteri, Salmah menunjukkan buku risalah
yang masih disimpannya berkaitan penentangan Malayan Union

myMetro
SEGAMAT :
Percaya atau tidak, lelaki berusia 97 tahun ini masih terang penglihatannya serta mampu pergi ke kebun serta bercucuk tanam selain memandu kenderaan, termasuk kereta mahupun motosikal, tanpa berteman.
Daya ingatannya juga masih tajam selain mengingati detik bersejarah negara, termasuk perjuangan Melayu dalam menentang Malayan Union sekitar 1948.

Alias Bujal tidak mengamalkan apa-apa senaman istimewa, malah tidak pernah menuntut ilmu pusaka yang berkebolehan tinggi.
Dia hanya mengamalkan pengambilan makanan berasaskan sayuran, termasuk ulam-ulaman seperti pucuk paku, ulam pegaga, ulam raja, petai dan jering.

GO MORE KELATE GO MORE !!! : Kelantan Juara Piala Sumbangsih Buat Kali Pertama

KELANTAN [2] - SELANGOR [0]

BERNAMA
KUALA LUMPUR, 30 Jan :
Kelantan membuka tirai bola sepak Liga Super musim 2011 dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam Sabtu malam. Ini merupakan hadiah buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu yang baru beberapa hari melatih skuad The Red Warriors apabila jurulatih sebelumnya, B. Sathianathan digantung enam bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

29 Januari 2011

KEBAS HARTA SUAMI RM315,000.00

Rambut pelesu... Motif? ;)

myMetro

BALIK PULAU : Seorang rakyat Indonesia berasal dari kawasan Palembang, Sumatera Selatan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM315,000 milik syarikat suaminya seorang rakyat tempatan sejak Mac 2009.


Tertuduh, Devi Mulya Tristiati, 38, pengarah syarikat Ibrahim Hashim Sdn Bhd terletak di 96, Tingkat 2, Jalan Mayang Pasir, Taman Sri Tunas, Bayan Baru yang menyediakan perkhidmatan mengutip sampah bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

27 Januari 2011

TUNJUK LURAH PAYUDARA ALIH PERHATIAN PESAKIT

Munich : Seorang doktor gigi tempatan membeli pakaian seksi untuk dirinya dan jururawat bagi mengalih perhatian pesakit ketika merawat mereka. Dr Marie Catherine Klarkowski (memang klako idea Dr Marie ni), mendapat idea terbabit selepas melihat cara pelawat lelaki ke pesta OktoberFEST yang gemar melihat gaun tradisional mendedahkan lurah dada.

Justeru beliau membuat pesanan pakaian itu untuk dirinya dan 10 kakitangan lain, blaus beropol dengan potongan dada rendah dan baju dalam ketat berfungsi sebagai bra penolak (push-up bra) payudara.

Dr Klarkowski, 41 tahun, berkata : "Perkara paling penting ialah mengalih ketakutan pesakit. Pemandangan lurah payudara menyebabkan pesakit terpaku dan mengalih kesakitan dengan segera." - AGENSI

Lagi gambar lurah payudara Dr Klarkowski...

Pizza-HUT Atau Setepatnya PIZZA-jaHAT...?

KENANGAN 'TERINDAH' tanggal 11.01.11, lebih kurang jam 9:50malam, kununnye nak makan pizza, so pegi la ke Pizza-Hut (Giant, Kuantan). Hampeh tul, ada ke dihantarnya Pizza yang hangus-keras-& xperfect bentuknya!!! Pizza-Hut cawangan Giant, Kuantan ni aku tengok lebih mementingkan pelanggan yang 'tapau' (take-away). Servis dah la lambat, hantar pulak pizza yang hangus, keras pulak tu. Macammana la anak aku yang umur 2 tahun ni nak makan lempeng keras camtu.

Rupa pizza PERTAMA yang dihantar, tengoklah betapa rangupnya
pizza ini, aku pi hantar balik pizza ni. Bahan untuk
intinya pun kurang xsebagaimana biasa...!!!


Setelah dikomplen, inilah pizza KEDUA yang dihantar, kurang keras berbanding pizza yang PERTAMA, inti pizza tetap kurenggg dan pizza pun bentuknya xsempurna. Lapar punya pasal (COZ' LAMA MENUNGGU), terpaksalah juga aku dan anak-anak makan.

Pizza ni belum digigit, tetapi bentuknya macam kita dah makan.
Langsung tiada ungkapan maaf dari pekerja pizza-hut ni.
Kambing punya staff!!!


KES BUNUH SOSILAWATI : SEBUTAN SEMULA 24 FEBRUARI

BERNAMA
BANTING, 27 Jan : Mahkamah Majistret Telok Datok di sini Khamis menetapkan 24 Feb depan untuk sebutan semula kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada Ogos tahun lepas.

CUCU DIHADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA MEMBUNUH DATUK

BERNAMA
BAHAU, 26 Jan : Dua remaja berusia 17 tahun, termasuk cucu mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majisteret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Jempol pada 13 Jan lepas. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.


Mereka juga turut didakwa mengikut Seksyen 34, kanun yang sama kerana mencederakan isteri mangsa dengan menggunakan pisau pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Tiada pengakuan dicatatkan daripada kedua-dua tertuduh. Majistret Elyana Razali menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 28 Feb ini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.

: : Apa sudah jadi dengan remaja hari ini...?



3 Beradik Nyaris Di'BBQ' (Barbeque)

Nasib baik tak terjadi perkara tak diingini. Kalau tak, tak je pepasal si ibubapa kepada tiga beradik ni menyesal tak sudah kerana meninggalkan anak mereka bersendirian di rumah. Mujurlah jiran-jiran prihatin dan menyelamatkan mereka dari hangus terpanggang. Jadikan iktibar bersama agar situasi buruk sebegini dapat kita elakkan. Elakkanlah meninggalkan anak-anak kecil sendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.

Tiga Beradik Tanpa Ditemani Ibu Bapa Nyaris Maut Dalam Kebakaran
BERNAMA
BANDAR BAHARU (Kedah), 26 Jan : Tiga orang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian oleh ibu bapa mereka di rumah nyaris maut dalam kebakaran di Kampung Bagan Samak dekat sini petang Rabu. Kanak-kanak tersebut Nurul Syamini binti Rusaini, 9, adik-adiknya Nurulsalimi, 7, dan Mohd Nor Hasyimi, 4, sempat diselamatkan oleh jiran-jiran mereka yang menyedari kebakaran itu.
Bagaimanapun rumah papan mereka hangus terbakar dalam kejadian pukul 2.30 petang tersebut.

26 Januari 2011

Garis Panduan Mengenai Tiga Akta Berhubung Penyebaran Maklumat, Internet

AKTA... Nampak macam ada pihak yang takut dengan 'suara rakyat'. Dan sepertinya takut rakyat dapat maklumat tentang sesuatu isu yang melanda. Seakan menyekat kebebasan bersuara. Terlebih bersuara, boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, sesaje je meringkuk dalam lokap. Tak bebas dah nampaknya lepas ni nak mengomen. Facebook pun turut dipantau... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! JOM DUDUK BAWAH TEMPURUNG!!! Kah kah kah kah kah kah kah!!!

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Jan : Kerajaan akan menyediakan garis panduan berhubung penyebaran maklumat dan internet untuk memudahkan orang ramai memahami undang-undang yang diliputi tiga akta berkaitan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tiga akta berkenaan adalah :
Akta Hasutan 1948,
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata cadangan itu dipersetujui Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang bermesyuarat hari ini dan akan dibentangkan pada Jemaah Menteri supaya ia boleh diguna pakai. "Kami perlu cepat, harap-harap (semuanya) akan selesai sebelum penghujung Februari," katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Permohonan Mencelah N. Pathmanabhan Ditolak

SHAH ALAM 26 Jan : Permohonan peguam, N. Pathmanabhan bagi mencelah dalam semakan kehakiman dan rayuan pekerja ladangnya yang dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan itu. Beliau turut menolak permohonan peguam Amer Hamzah Arshad agar prosiding rayuan dan semakan ditangguh sementara rayuan terhadap keputusan itu didengar. - Utusan

25 Januari 2011

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA, KENAPA DIA TIDAK MEMILIH MALAYSIA...?

JET LI KINI RAKYAT SINGAPURA

mStar Online
SINGAPURA : Bintang filem Hong Kong, Jet Li (gambar) secara terbuka mengisytiharkan, Selasa, yang beliau telah pun memperoleh kerakyatan Singapura kerana mahu anak-anaknya memperoleh pendidikan dwi-bahasa di negara ini.


Li - yang filem-filem lakonannya termasuklah filem Hollywood seperti "The Expendables" dan "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" berkata, keputusannya untuk menukar kerakyatan itu turut dipengaruhi oleh suasana 'aman' di Singapura yang bebas daripada di hendap paparazzi.
"Anak-anak saya akan memperoleh pendidikan dwi-bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin yang baik di republik ini dengan kestabilan sosial dan yang lebih penting kehidupan mereka akan bebas daripada gangguan paparazzi," katanya.

HALAL STEAMBOAT @Kuantan : East Coast Buffet Steamboat Restaurant

Nikmati gambar-gambar ini dahulu, broadband lombab cam cimpanzee, banyak lagi gambar yang belum diupload. InsyaAllah maklumat dan gambar-gambar lain mengenai restoran ini akan dimasukkan kemudian.





KELANTAN vs SELANGOR : Harga Tiket RM20

Info : Perlawanan bagi merebut PIALA SUMBANGSIH di Stadium Shah Alam, Sabtu ini (29 Januari 2011). Kelantan dan Selangor akan diperuntukan 40,000 tiket masing-masing dengan setiap satu berharga RM20 untuk orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Tiket mula dijual di kaunter stadium pada Jumaat ini mulai jam 9 pagi hingga 7 malam. Sumber, BERNAMA

PELAJAR HISTERIA CUBA TERJUN TINGKAT 2 SEKOLAH

myMetro
TEMERLOH : Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, dekat sini, yang dipercayai diserang histeria bertindak luar dugaan apabila berdiri di koridor bangunan sekolah itu sebelum cuba untuk terjun, semalam. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengakibatkan hampir 1,000 pelajar sekolah itu terpaksa berhenti memberi tumpuan dalam kelas selepas melihat aksi menakutkan pelajar terbabit yang turut berlari atas koridor sambil mendepakan tangan seperti mahu terjun.

FASHA : CINTA CIMPANZEE YANG PUTUS DI TENGAH JALAN


myMetro
KUALA LUMPUR : Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

"
Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain," katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Jenayah Di Mana-Mana, BERWASPADALAH

Baru semalam (25 Januari) melalui Jalan Jerangau-Jabor dalam perjalanan ke Kota Bharu. Tak sangka juga ada kes samun hari sebelumnya. Semoga kita sentiasa berhati-hati dan berwaspada demi mengelakkan diri terdedah kepada niat jahat sang penjenayah yang sentiasa menantikan peluang melakukan kejahatan. Sekiranya keletihan memandu, carilah tempat yang selamat untuk berhenti/berehat. Semoga Allah SWT memelihara kita dari segala niat jahat manusia.

Peniaga Rugi RM9,300 Disamun Empat Lelaki

BERNAMA
KUANTAN, 24 Jan : Seorang peniaga kerugian wang tunai RM9,300 selepas disamun empat lelaki di Jalan Jerangau-Jabor, dekat sini pagi Ahad. Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata dalam kejadian 10.50 pagi itu peniaga berusia 29 tahun tersebut memandu seorang diri dari Kemaman ke Kuantan.


"Sampai di tempat kejadian mangsa telah berhenti untuk berehat sebelum dihampiri sebuah kereta Waja yang dinaiki empat lelaki," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin. Beliau berkata tiga daripada lelaki terbabit telah keluar dari kenderaan tersebut dan menyamun peniaga berkenaan. Noor Asyikin berkata berlaku pergelutan antara tiga lelaki itu dan peniaga terbabit sebelum mereka berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM9,300 dan sebentuk cincin emas miliknya.

24 Januari 2011

GURU BUAS ROGOL ANAK MURID DIJEL 12 TAHUN

myMetro
KOTA BHARU : "Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual," kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.
BERSALAH... Mohd Saidi selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan, semalam.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006. Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.

Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.

Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi. Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata. Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Dibelasah Hingga Mati Gara-Gara Mencuri Getah

Berpada-padalah serta elakkanlah membelasah teruk penjenayah yang berjaya ditangkap. Serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan menghukum pesalah ini. Hormati undang-undang dan jangan wewenang membuat penghakiman serta menjalankan hukuman sesedap hati!!!

Polis Tahan Tujuh Suspek Dipercayai Terlibat Belasah Lelaki Sehingga Mati
BERNAMA
KOTA BAHARU, 23 Jan : Polis menahan tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang lelaki yang dibelasah beramai-ramai Jumaat lepas kerana dituduh mencuri getah beku di Kampung Banat Hilir, Rantau Panjang, semalam. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Mazlan Lazim berkata semua suspek yang ditahan itu merupakan penduduk kampung berhampiran yang berumur antara 25 dan 59 tahun.

22 Januari 2011

Ada Baiknya Cina Diingatkan PAS Mahukan Negara Islam - TPM

Astaghfirulllahal a'ziiimmmm... Kenapa bahalol sangat Muhyiddin anaknya Yassin ni? Sokong pulak MCA dalam 'menakutkan' kaum Cina berhubung penubuhan negara Islam? Agama apa yang dianuti oleh Muhyiddin anaknya Yassin ini? Buruk dan zalim serta tidak adil sangatkah Islam ini...? Kenapa sanggup menyokong perbuatan MCA...? Sanggup gadaikan Islam dan lihat Islam dijadikan modal berkempen (menakutkan kaum Cina) hanya untuk meraih undi...?

Andai benar sekalipun anda tidak 'sekepala' dengan PAS, janganlah sampai menidakkan keadilan dan selamatnya negara apabila menjadikan Islam sebagai perlembagaan utamanya. Betulkanlah pandangan MCA itu agar tidak berterusan menganggap Islam itu zalim. Ini engkau pergi sokong pulak MCA...!!! Bahalol dan jahil tukil!!!

.................................................................
MALAYSIAKINI
Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka. Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

BAWA PULANG KEKASIH - ISTERI SANGGUP HENTAK KEPALA SUAMI DENGAN KUALI

HAYUN KUALI HENTAK KEPALA SUAMI
mymetro
AMPANG : Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

KERAJAAN 'SUAMI ISTERI' WAJAR DIGANTIKAN DENGAN KERAJAAN BARU

HARAKAHDAILY
PARIT BUNTAR, 22 Jan : Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.
"Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini. Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

"Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya yang juga Adun Titi Serong.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.


"Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?" soal beliau.
Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.

"Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet,"ujarnya.
Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.

"Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.
Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti. Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.

21 Januari 2011

JLKN Tak Temui Bukti, Kes Diserah Siasatan Polis - Atau Mungkin Memerlukan Bantuan Uncle Seekers?

Wowww!!! Hebat!!! Tak meninggalkan kesan...? Tiada bukti? Woooowwww!!! Siapa yang sedemikian pakar dan hebat...? Menggunting rambut pelatih PLKN beragama Sikh tanpa meninggalkan sebarang jejak...? Atau ini kes paranormal yang memerlukan bantuan Uncle Seekers...? Entahlah, mungkin Allah SWT nak tunjuk, betapa celarunya Program PLKN ni, tutup jea la wehhhhh!!! Buang karan!!! Buang duit rakyat jea!!!

BERNAMA
TAPAH, 21 Jan : Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh bahawa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di kem program latihan khidmat negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas. Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada polis untuk membuat siasatan lanjut dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum.

WAJIB PASANG BEG UDARA MULAI 2012 : RAKYAT DIKENAKAN, KANTUNG KRONI DIPENUHKAN!!!

BERNAMA DAN AKU
RANTAU PANJANG, 21 Jan : Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Macam SHIYALLLLL jea kau punya alasan. Kalau dah nak mati tu, mati jugak!!! Kalau dah kecuaian memandu laju, pakailah beg udara pun, mati jugak!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Woi Kong Cho Ha, kenapa kau tak wajibkan PENGELUAR kereta kat Malaysia ni had laju kenderaan yang dikeluarkan hanya 90km/jam sahaja???? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!! Bawak slow, lagi kurang risiko kemalangan... Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

GURU YOGA 55 TAHUN DIDAKWA ROGOL PELAJARNYA YANG BERUSIA 15 TAHUN

BERNAMA
SHAH ALAM, 21 Jan : Seorang guru yoga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun pada Februari dan November tahun lepas. Abdul Malik Abdullah, 55, dari Batu Caves dekat sini, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

TELUK CHEMPEDAK (TC) TERUS MENAGIH KORBAN DAN KERA LIAR MENGGANGGU PENGUNJUNG

Teluk Chempedak (TC) terus menagih korban? Terkini adalah kematian seorang pemuda berbangsa cina yang mayatnya ditemui awal pagi ini setelah dilaporkan hilang petang semalam. Sama ada benar atau tidak TC menagih korban, mungkin itu hanya kebetulan. Al-maklum TC sememangnya kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar dari negeri Pahang untuk menikmati keindahan pantai di sini.

Sebagai pengunjung, kita sewajarnya berhati-hati agar kecelakaan dapat dielakkan. SATU TEGURAN UNTUK PIHAK BERKUASA TEMPATAN, khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar dapat memastikan keselamatan pengunjung dari serangan kera liar yang sering berkeliaran mencari dan mencuri makanan di lokasi perkelahan popular ini. Kita tidak mahu ada kecelakaan serius menimpa pengunjung lantaran kebuasan kera-kera liar yang berkeliaran di situ.

Mayat Pemuda Hilang Ditemui Di Pantai Teluk Chempedak
BERNAMA
KUANTAN, 21 Jan : Mayat seorang pemuda, yang dilaporkan hilang selepas ditelan ombak di pantai Teluk Chempedak petang semalam, ditemui terdampar di pantai awal pagi ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata mayat Hoh Kum Fatt, 22, ditemui di pantai kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat bermula selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.18 petang semalam.

20 Januari 2011

ANGGOTA POLIS KANTOI KETIKA SYOK BERJUDI

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Nak merompak, nak merogol, nak membunuh, nak meliwat, nak mencuri, nak merasuah dan menerima rasuah, nak minum arak, nak berjudi, nak menyundal, pendek kata kalo nak buat MAKSIAT dan JENAYAH, janganlah jadi anggota polis atau letak dulu jawatan sebagai anggota polis, lepas tu lantak engkaulah kalo nak jadi iblis atau syaitan sekalipun!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! BUAT MALU PDRM je malaun macam ni!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!

4 ANGGOTA POLIS ANTARA 9 DITAHAN BERJUDI
BERNAMA
KUCHING, 20 Jan : Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini Khamis. Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain 'holo' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau awal pagi ini.


Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan reman sehari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata kesemua anggota terlibat akan dikenakan tindakan tegas. "Saya tidak boleh kata dalam sebakul epal tidak ada buah yang busuk, tetapi kita akan lakukan apa yang perlu. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Tiada kompromi atau double standard dalam menyiasat kes yang melibatkan anggota polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuching di sini.

ISU PELATIH SIKH PLKN DIPOTONG RAMBUT : UNSUR APA LAGI SELAIN UNSUR KHIANAT?

Tiada unsur khianat? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Kalau bukan unsur khianat, unsur apa lagi...? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!! Unsur SEKS? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Unsur apa weh? Cuba beritahu sikit...!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Takkan saja-saja je gatal tangan nak potong rambut orang? Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Ini dah kes berniat jahat, paling tidak pun kes buli dan tersalah tindakan tanpa mengetahui yang penganut Sikh tidak boleh memotong rambut. HENTIKANLAH PLKN, baiki modulnya dulu... Ha ha ha ha ha ha hammmjadaaahhhhh!!!!! Habiskan duit rakyat jea!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

Tiada Unsur Khianat Ke Atas Pelatih - JLKN
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 19 Jan :
Tidak terdapat unsur-unsur khianat sama ada oleh pelatih ataupun jurulatih berhubung dakwaan seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Basant Singh bahawa sebahagian rambutnya telah digunting ketika dia tidur Ahad lepas. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata perkara itu dirumuskan hasil siasatan lembaga siasatan dalaman yang ditubuhkan JLKN ke atas 16 orang saksi di Kem Latihan Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang tempat Basant menjalani latihan.

19 Januari 2011

Pelatih PLKN Beragama Sikh Dakwa Rambut Dipotong

Bala apa lagi yang ditunggu? Pelbagai musibah yang telah terjadi, kes rogol, kematian, kecuaian, kawalan keselamatan yang longgar dan yang terbaru adalah kes rambut remaja Sikh dipotong semasa remaja ini nyenyak tidur!!!

TUTUP PLKN!!! Lakukan penambahbaikan, modul dan pengisian program ini perlu dikaji semula. Banyak kepincangan dan pembaziran wang rakyat!!! Anak-anak remaja yang keluar dari kem PLKN ni pun aku tengok takdelah berubah sangat pun. Kalau ada perubahan pun, perubahan dari sebelum ni tak ramai kawan kepada ramai kawan. Yang perempuannya yang sebelum ni tak pandai berkawan dengan lelaki, sekarang dah ada pakwe. Begitu juga yang lelaki, makin bertambah ramai kenalan perempuannya. PLKN ni tak ubah hanya seperti 'summer camp'...!!! SUDAH-SUDAHLAH MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT!!!


IPOH, 18 Jan : Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan program latihan khidmat negara selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas. Basant Singh, 18, berkata kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.

"Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan... saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini. Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad.

18 Januari 2011

Bapa Tunggal Kena Penjara Enam Tahun Kerana Rompak Telefon Bimbit Bernilai RM300

Ah! Malang la kau derrr... Merompak sangat. Kang dah tak pepasal kena penjara 6 tahun!!! Barangan yang dirompak : Sebuah henpon berharga RM300!!! Tragis, umur baru 21 tahun, bapa tunggal kepada seorang anak berumur 5 tahun (5 tahun? bermakna kau kahwin sebaik sahaja baligh? perrrggghhhhh).

Tapi aku pelik dengan undang-undang ciptaan kafir la'natullah yang dipraktikkan kat negara kita ni. Tengok dalam kes Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam, tukang pelupus mayatnya (dan 3 mayat yang lain) hanya dikenakan 7 tahun penjara...!!! SENGAL je. Tak terbuka hati ke pemimpin negara nak beralih mengamalkan undang-undang Syariah (hudud)???

SHAH ALAM, 18 Jan : Gara-gara merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM300 milik seorang wanita, seorang bapa tunggal berusia 21 tahun dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa. Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan hukuman itu terhadap Mohamad Mazlan Mustafa selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau memerintahkan Mohamad Mazlan, dari Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Gombak, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 19 Jun tahun lepas. Tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak telefon bimbit jenis Nokia 5730 milik Zuliana Zainal Abidin di Jalan Keretapi, belakang Kuil Batu Caves, kira-kira pukul 12.01 tengah malam pada 4 Mei, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Peguam tertuduh, M Hafiz Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya masih muda dan mempunyai seorang anak berumur lima tahun. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi.

DERMA SPERMA DAPAT PITIS!!!

Haaaa... Kenapa tersenyum bila baca berita ni? Ada berhajat nak dermakan sperma ke? Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha!!! Ini bukan di Malaysialah derrr... Ini hal yang berlaku nun jauh di oversea...

Kat Malaysia ni, aku cadangkan agar KERAJAAN melalui Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan insentif/saguhati kepada insan-insan yang bermurah hati mendermakan darah. Wujudkan TABUNG/DANA untuk penderma darah. Rasanya orang perseorangan serta pihak swasta boleh membantu dalam menyumbang dana tanpa mengharap 100% dari kantung kerajaan.

........................................................
LONDON : Britain melancarkan soal selidik umum bagi membantu pihak berkuasa memutuskan sama ada penderma telur dan sperma untuk klinik kesuburan perlu diberikan bayaran pampasan dan jumlah yang sepatutnya jika dipersetujui. Soalan dibuat secara atas talian oleh Pihak Berkuasa Kesuburan Manusia dan Embriologi (HFEA) turut meminta pandangan sumbangan telur dan sperma di kalangan keluarga termasuk sepupu, adik beradik, ibu dan anak.


Pakar kesuburan baru-baru ini memberi amaran bahawa kekurangan penderma sperma di Britain bermakna wanita yang mahu anak terpaksa mengimport sperma dari luar negara atau menggunakan kit permanian beradas daripada internet. Kebanyakan pakar berpendapat perubahan undang-undang pada 2005 di Britain yang mengeluarkan hak penderma tanpa nama membawa kepada kesusutan jumlah penderma. - Reuters

KENAIKAN HARGA GETAH, PENCURI, BELASAH DAN MATI SURI

CHANGLUN : Seorang lelaki yang sebelum ini berjaya melarikan getah sekerap yang dicurinya di kebun getah Kampung Baru, beberapa kali untuk dijual, tidak bernasib baik kali ini apabila dibelasah hingga koma oleh dua lelaki dipercayai pemilik kebun getah itu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua penduduk kampung berkenaan dikatakan ternampak mangsa baru selesai memungut getah sekerap di kebun getah mereka dan mengejarnya hingga ke lokasi kejadian.

PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN BERKUATKUASA FEBRUARI 2011 INI!!!

mymetro
CYBERJAYA : Pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang
berkuatkuasa 1 Februari ini akan mengambil kira kepentingan orang ramai, termasuk membenarkan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertindak terhadap pesalah trafik di semua jalan seluruh negara termasuk di kawasan kebun, ladang, kampung, kawasan perumahan dan tempat letak kenderaan bertingkat.

17 Januari 2011

Lumrah Dalam Cinta

Lumrah cinta, ada suka ada duka,
ada tawa, ada jua tangisan...
Cinta kadang hadir tanpa diduga
menerima dengan rela, kadang waktu seakan dipaksa
Cinta itu indah, kerana cinta itu rasa yang dianugerahkanNYA...

Kita kan sepi tanpa cinta
kita kan sunyi tanpa dia yang menyinta...

Jangan terlalu mengharapkan 100%
sempurna dalam cintamu

SEMPURNA itu hanya milik Dia...
Mungkin ia tidak sempurna di mata kasarmu
namun yang tersirat sebaliknya
mungkin ia paling ideal untukmu...


Hargailah cinta,
selagi punya nafas, selagi nyawa masih bersisa...
cinta yang pergi, mungkin kan kembali
dan tak mustahil juga ia terus berlalu...

pergi dan tetap pergi...

Semailah cinta, dengan sabar dan penuh ketabahan...
walau 1000 tahun cintamu terbina,
1 minit kemarahan bisa menjahanamkannya...

Sabar, tabah, memahami dan bersangka baiklah...
bahagia itu tidak hadir begitu sahaja,
apakah layak kaumenuntut bahagia
tanpa menempuh 1,000,000 dugaan...?!!!


.....................................
cinta dan airmataku...
kumohon agar ia untukMU Tuhan...
3.10pagi 17.01.2011 @Sofa rumahku ;)

Teater Muzikal LASKAR PELANGI Cetus Fenomena

LAMPU pentas di panggung utama Teater Jakarta malap perlahan-lahan. Muzik orkestra terus mengalun tanpa henti. Begitu lampu padam, seluruh panggung gemuruh dengan tepuk sorak menyambut tamatnya pementasan lebih dua jam Muzikal Laskar Pelangi. Apabila lampu dinyalakan semula, semua penonton bangun hampir serentak memberikan standing ovation kepada para pemain yang masuk pentas untuk curtain call. Tepuk gemuruh itu berakhir lebih 15 minit.

16 Januari 2011

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Tak pasti di mana gambar ini dirakam, tarikh serta masanya. Apa yang pasti, gambar ini adalah rakaman 'Latihan Ikhtiar Hidup' askar Malaysia (askar sukarela Wataniah - berdasarkan tulisan pada baju anggotanya). Darurat? Kejam? Tak berperikemanusiaan?







Kredit gambar untuk fajridil.blogspot.com



15 Januari 2011

Keraguan Dalam Kefahaman Agama Punca Melayu Kurang Derma Organ - NTRC

KUALA LUMPUR, 14 Jan : Keraguan dalam kefahaman agama menjadi antara faktor orang Melayu kurang aktif menderma organ berbanding kaum lain di Malaysia, kata Ketua Koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) Datin Dr Lela Yasmin Mansor. Beliau berkata sejak 1976, terdapat hanya 17 penderma organ Melayu berbanding bangsa Cina 179 dan India 81.

"Memang terdapat fatwa membenarkan pendermaan organ dan fatwa itu telah terpakai sejak 1970-an lagi, malah turut diamalkan di setiap negeri di mana menderma organ adalah sesuatu yang harus, yang dianggap sebagai amal jariah untuk membantu orang lain."

14 Januari 2011

Nyawa Hanya Pinjaman, Hargailah Ia

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN
mymetro
LEDANG : Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

PEGUAM JUMPA PM SURUH PERLAHANKAN LAUNGAN AZAN?

Ekoran Aduan, AZAN Masjid Kg Kerinchi DIPERLAHAN
MALAYSIAKINI
13 JANUARI : Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu 'amat lantang'. Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

13 Januari 2011

Chua Soi Lek TOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM!!!

Tak boleh nak salahkan mereka yang bukan Islam, kerana pemimpin yang beragama Islam dalam kabinet Malaysia (khususnya UMNO) pun 'buta' agama dan bertuhankan kebendaan. Inilah akibatnya apabila Islam dipinggirkan. AMAT MENYEDIHKAN apabila non-Muslim melihat Islam serta penubuhan negara Islam sebagai sesuatu yang menakutkan. Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menggunakan 'penubuhan negara Islam' sebagai satu strategi kempen untuk menakutkan kaum Cina!!!

Masyarakat Cina Diminta Timbang Implikasi Penubuhan Negara Islam
BERNAMA
KUANTAN, 12 Jan : Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata PAS semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.
Related Posts with Thumbnails