VVIP DENAI CINTA

31 Disember 2011

Harapkan PEGAR, PEGAR Makan Padi

Artikel yang amat bermanfaat ini saya salin tampal
dari blog KISAH SEORANG BUDAK U

Salam peeps! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni! Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang : Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit.

Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook :

clip_image002

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

22 Disember 2011

2012 : Wang Kertas Dan Syiling Baru!!!



BNM Perkenal Matawang Siri Baharu Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Disember 2011 : Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia yang terdiri daripada wang kertas dengan reka bentuk baharu. "Wang kertas yang dikeluarkan dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 itu akan berada dalam edaran pada separa kedua tahun depan. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran," kata BNM dalam kenyataan Rabu.

16 Disember 2011

SBPA : PM Dituntut Tunai Janji Naik Gaji Januari 2012!!!

KUALA LUMPUR, 16 Disember : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.

KETAM LEMBUT - KUALA GULA, PERAK


A L H A M D U L I L L A H . . . Syukur padanya. Sempena cuti sekolah ni, Alhamdulillah sempat bercuti-cuti Malaysia bersama anak-anak dan isteri. Kunjungan ke Bukit Merah Lake Town Resort membawa dan membuka peluang untuk aku mencari sesuatu yang aku idam-idamkan selama ini, tak lain tak bukan adalah KETAM LEMBUT....!!! [perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort ke lokasi restoran di Kuala Gula hanya memakan masa 30 minit]

Penangan paparan mengenai
KETAM LEMBUT ini di dalam program MAJALAH 3 (TV3) membuatkan aku begitu teruja untuk turut merasai KETAM NIPAH yang baru bersalin kulit ini. Dinamakan KETAM LEMBUT kerana ketam ini boleh dimakan keseluruhan badannya kerana ia tiada kulit (baru bersalin kulit)!!!

Kunjungan singkat ke KUALA GULA, PERAK DARUL RIDZUAN ini sedikit membantutkan hasrat aku untuk menjelajah pekan kecil ini, insha ALLAH jika ada kesempatan, mungkin aku akan sekali lagi berkunjung ke sini dan menikmati keenakan KETAM LEMBUT serta KARI SEMBILANG yang cukup istimewa di Restoran JS MUARA...!!!

Untuk sahabat-sahabat yang sudi menjengah belog ini, sedikit paparan yang sempat aku rakam sepanjang 'usaha' mencari
KETAM LEMBUT ini pada 05.12.2011 & 06.12.2011 yang lalu.

Cari papan tanda ini untuk ke Restoran JS MUARA



Chalet Kuala Gula Sanctuary yang boleh dilihat dari Restoran JS Muara ini





Sekali bot lalu, maka setiap kali tu jugak la Restoran terapung ni bergoyang,
memang syokkkkk!!!!



KARI SEMBILANG, karinya pekat dan memang best!!!


Ketam Lembut masak '3 RASA'


Ketam Lembut 'SweetSOUR'


Ketam Lembut Goreng Tepung


. . . A L H A M D U L I L L A H . . .


Restoran JS MUARA, KUALA GULA
SAMPAI BERSUA LAGI... ;)

10 Disember 2011

GOLONGAN CELAKA!!! BERANI PERSENDA HUKUM ALLAH

Golongan celaka yang berani mempersenda hukum Allah. Pihak berwajib, sila ambil tindakan terhadap golongan sebegini. Usah demi kepentingan politik maka perkara sebegini dibiarkan!!!



Ambil Tindakan "Buat hudud pun tak jadi apa"
KUALA LUMPUR, 10 Dis :
Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah. Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk.

01 Disember 2011

Panggilan Daripada 'Datuk Pathma 2' Dalam Telefon Mangsa Bunuh

SHAH ALAM, 30 November : Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu diberitahu bahawa sebuah telefon bimbit dipercayai milik seorang daripada mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, telah menerima panggilan daripada "Datuk Pathma 2" beberapa jam sebelum kejadian bunuh itu berlaku.

Juruanalisis jenayah komputer ASP Mohd Zulkifly Mohd Isa, 31, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, berkata rekod transaksi telefon bimbit itu menunjukkan ia menerima panggilan daripada nombor 016-2047518 yang disimpan atas nama "Datuk Pathma 2" pada 6 petang 30 Ogos 2010.

30 November 2011

Kes SOSILAWATI : 11 Telefon Bimbit Dihantar Untuk Analisa

SHAH ALAM, 29 November : Seorang juruanalisis jenayah komputer memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 11 telefon bimbit yang merupakan antara barang-barang kes dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dihantar kepadanya untuk dianalisis.

22 November 2011

TAHNIAH MALAYSIA!!! Pertahan Pingat Bolasepak Sukan SEA

TAHNIAH HARIMAU MUDA atas kecemerlangan mempertahankan pingat emas dalam temasya sukan SEA ke-26. Dua tahun lepas, Malaysia memenangi emas dalam acara penting ini di Laos. Dan untuk edisi kali ini, stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi kebangkitan hebat pemain Malaysia menentang Indonesia.

Pertemuan ini dimenangi skuad Bawah 23 tahun negara yang dikendalikan jurulatih Ong Kim Swee dengan menumpaskan Indonesia 5-4 melalui penentuan sepakan penalti, sekaligus membuktikan Malaysia adalah pasukan terbaik di rantau ini.

Perlawanan penuh (90 minit) berkesudahan seri 1 - 1. Indonesia membuka jaringan menerusi Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke-4 sebelum pemain Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Perlawanan terikat dengan jaringan tersebut sehingga tamat masa tambahan, penentuan pingat emas dilakukan melalui sepakan penalti. Dan ALHAMDULILLAH, Malaysia menang dengan keputusan 5-4.

.............................................

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Ucap Tahniah Kepada Pasukan Negara!!!

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi. "Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi. Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter. - Harakahdaily

16 November 2011

Tiada Sebab Nafikan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan!!!

Allahyarham Kamarulzaman Abdullah
(Mantan Presiden Gamis)


ROYALTI : GAMIS Simpati Nasib Rakyat Kelantan
K
UALA LUMPUR, 16 November : Tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menerima wang saku hasil dari bumi mereka, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan. "Gamis yakin anak muda dan mahasiswa pada hari ini celik dan sedar apa yang berlaku seolah orang yang membajak tanah rumah kita untuk pertanian namun yang mendapat hasil dan tuaian ialah rumah jiran sebelah," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, isu royalti minyak adalah suatu tuntutan asasi dan perjuangan hak rakyat Kelantan. Tambahnya, terbaru ialah penemuan Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin yang mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.

Katanya, pendapatan keseluruhan dua telaga ini adalah sebanyak RM5.24 billion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00. "Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan," katanya.

Menurutnya, projek pembinaan lebuhraya yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi keperluan rakyat boleh dilaksanakan segera jika wang royalti itu diberikan. Hal ini, ujarnya termasuk juga bantuan rakyat termiskin dan program pembangunan lain dapat dilaksanakan.

Lebih menyedihkan, tambahnya ialah apabila ada nyawa yang terkorban dalam usaha menuntut royalti rakyat Kelantan ini. Ini ekoran bekas Presiden Gamis dan aktivis masyarakat, iaitu Allahyarham Saudara Kamarulzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan maut setelah pulang dari menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Kami mendesak agar pihak kerajaan pusat menilai dan pertimbangkan hak rakyat Kelantan ini tanpa sempadan politik dan mengutamakan keperluan rakyat daripada parti yang memerintah. Jika Perdana Menteri dapat tunaikan hasrat rakyat Kelantan ini, baru kami rasa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' boleh digunapakai dalam pentadbiran kerana situasi sekarang ialah 'rakyat dipinggirkan, pencapaian politik diutamakan' akibat kepentingan yang ada," katanya. - Harakahdaily

KOS RM1.8 JUTA UNTUK LAMAN FACEBOOK - KEMENTERIAN PELANCONGAN Curi-Curi Wang Malaysia!!!


  • BELANJAKAN RM1.8 JUTA HANYA UNTUK KEMPEN MENGGUNAKAN FACEBOOK!!!
  • WUJUDKAN BEBERAPA LAMAN FACEBOOK DENGAN KOS RM1.8JUTA, BAHALOL!!!
  • MENTERI PELANCONGAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB!!!
  • MENTERI PELANCONGAN WAJIB LETAK JAWATAN!!!
  • SPRM SILA LAKUKAN SIASATAN!!!
  • PEMBAZIRAN WANG RAKYAT WEWENANG DILAKUKAN!!!
  • PILIHANRAYA UMUM NANTI, KITA HUMBANKAN PUAK-PUAK INI!!!
  • KLIK DI SINI CURI-CURI WANG MALAYSIA
facebook : KEMENTERIAN PELANCONGAN BAZIR RM1.8 JUTA
KUALA LUMPUR, 15 November : Perbelanjaan RM1.8 juta yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dalam kempen 'sosial media branding' yang hanya menggunakan laman sosial 'facebook (FB)' dilihat sebagai satu tindakan yang membazir. Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dari DAP menjelaskan ramai rakyat negara ini mempunyai laman sosial tersebut dan memiliki ramai peminat tetapi beza rakyat Malaysia dengan Kementerian Pelancongan adalah mereka melakukan aktiviti kegemaran itu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Asian Broadcasting Network (ABN) Bakal Saingi ASTRO?

Alhamdulillah, ini berita baik buat rakyat/pengguna yang melanggan siaran televisyen berbayar. Tahun hadapan, sebuah lagi syarikat yang menyediakan siaran televisyen berbayar akan memulakan operasinya. Semoga kehadiran Asian Broadcasting Network (ABN) akan memeriahkan dunia penyiaran serta memberi impak positif kepada pengguna dengan memberi saingan kepada ASTRO. Takde la ASTRO terus berlagak dengan menaikkan kadar caj sesedap rasa bila dah ada pesaing!!!

Kerajaan Galakkan Persaingan Siaran Televisyen Berbayar - Rais Yatim
KUALA LUMPUR, 16 November : Kerajaan menggalakkan persaingan dalam industri penyediaan siaran televisyen berbayar untuk mengelakkan monopoli oleh sesetengah pihak dalam industri itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, amalan monopoli termasuk kandungan hiburan televisyen tidak akan berlaku.

Pakar Sahkan 25 Spesimen Dipercayai Tulang Manusia

SHAH ALAM, 15 November : Seorang pakar perunding radiologi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa 25 spesimen yang dihantar kepadanya untuk pemeriksaan radiologi disahkan berkemungkinan tulang manusia. Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Dr Zaleha Abdul Manaf, 52, yang juga ketua Jabatan Radiologi dan Pengimejan Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagaimanapun mengakui bahawa penemuannya tidak semestinya 100 peratus tepat.

15 November 2011

PETUA AWET MUDA

Betul ke makan mangga muda antara petua awet muda....?
Ape-apepun, aku sememangnye 'penggila' mangga muda dan asam!!! hihihihi


Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

14 November 2011

Peguam Tidak Puas Hati Jawapan Diberikan Saksi


SHAH ALAM, 11 November : Jawapan "tidak ingat" sering diberikan seorang pegawai perubatan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat menimbulkan rasa tidak puas hati seorang peguam. Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama N Pathmanabhan tidak puas hati dengan jawapan sedemikian oleh Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 32, ketika disoal berhubung pencarian pada 14 Sept tahun lepas di Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan.

11 November 2011

PEMBANTU KHAS EXCO KELANTAN MENINGGAL DUNIA


Kami memanggilnya dengan gelaran Kama Dhobit (dhobit maksudnya pengawas) masa di zaman persekolahan di Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu. Seorang insan yang amat menonjol dari sudut kepimpinan. Tak silap rasanya beliau pernah memegang jawatan sebagai presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) semasa beliau bergelar mahasiswa di USM.

Hari ini, 11.11.11 memahat suatu kenangan yang tak mungkin terlupakan buat yang mengenali beliau apatah lagi kepada keluarga, anak serta isterinya apabila beliau pergi buat selamanya.

Kepada sahabatku Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, pergimu di pagi jumaat yang mulia, dan pemergianmu ini usai tugasmu untuk menyampaikan hasrat rakyat kelantan dalam menuntut royalti petroleum milik rakyat Kelantan dari PERDANA MENTERI. Semoga pergimu dalam husnul khotimah dan dirimu ditempatkan oleh Allah swt di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, pada hari ini, negeri Kelantan kehilangan sebutir bintang yang kelak bakal bersinar sebagai tokoh pimpinan. AL-FATIHAH.


Pembantu Khas Datuk Husam Musa Meninggal Dunia
KUALA KRAI, 11.11.11 : Pembantu khas kepada Datuk Husam Musa, Kamarulzaman Abdullah (gambar, berdiri kiri) meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini.

7 Sampel Gigi Manusia Di Temui Di Lokasi Pembunuhan

7 Daripada 10 Sampel Gigi Yang Ditemui Adalah Gigi Manusia - SAKSI
S
HAH ALAM, 10 November : Mahkamah Tinggi Khamis diberitahu bahawa tujuh daripada 10 sampel gigi yang ditemui di Sungai Panchau dan di Ladang Gadong di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, adalah gigi manusia.

10 November 2011

Kes Sosilawati : MP Padang Serai Diberi Amaran

Shah Alam, 9 November : Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tidak memberi sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang sedang berjalan. Gobalakrishnan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

KAWAN MAKAN KAWAN - CURI KAD ATM KAWAN BAIK

WANITA HAMIL DIDENDA
KUALA LUMPUR, 9 November : Seorang wanita hamil tujuh bulan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) curi milik kawan baiknya. Majistret Zaki Asyaraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Shafarilla Ahmad Tahir, 27, yang mengaku bersalah mengeluarkan wang sebanyak empat kali semuanya berjumlah RM1,090 menggunakan kad ATM curi antara 20 hingga 28 Okt dan 1 Nov lepas.

09 November 2011

Kes Sosilawati : Pakar Perunding Forensik Nafi Memihak Pasukan Pendakwaan


SHAH ALAM, 8 November : Seorang pakar perunding forensik pada Selasa tidak bersetuju dengan dakwaan pihak pembelaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bahawa beliau memihak kepada pihak pendakwaan semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Kes Sosilawati : Tiada DNA Pada Tulang Manusia?

SHAH ALAM, 4 November : Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat diberitahu bahawa 30 spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).

04 November 2011

Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah


Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH 'Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim. Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga." (HR al-Bukhari & Muslim)

Apabila AKTA KERJA Tidak Peduli Hak PEKERJA


Himpunan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
GAMBAR-GAMBAR PIKET DI KUANTAN, PAHANG.











 
.....................................................
 
SHAH ALAM, 3 Nov : Himpunan yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini hari ini menyaksikan pekerja-pekerja kilang hadir memberi sokongan kepada perjuangan yang dibawa oleh MTUC terhadap Akta Kerja 1955 yang dilihat telah merampas hak pekerja.

03 November 2011

MENGENAL IBADAH HAJI MELALUI ILMU SEMIOTIK


SATU KAJIAN AWAL IMEJ HAJI

AL-HAJI DAN SEMIOTIK 
Artikel Mantap Dari TUKAR TIUB
Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej.

UPSR : KERA Jaan Tak Berminat Wajib Subjek Agama

Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya
Tidak wajib lulus, Pendidikan Islam dianggap remeh
KUALA LUMPUR, 2 November : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

02 November 2011

JENAYAH TERKAWAL : Pegawai Polis Disamun!!!

"Seringkali apabila keluar statistik kadar jenayah oleh pihak Polis Diraja Malaysia, maka kita akan melihat statistik atau kadar jenayah kononnya berjaya dikawal dan dikurangkan. Namun yang PELIKNYA, saban hari kita mendengar dan melihat laporan di media perihal jenayah yang tidak kunjung berkurangan. Lihatlah, rumah pegawai polis pun disamun, apatah lagi rumah-rumah kita rakyat biasa........? Apa jaminan untuk keselamatan kita sebagai rakyat bawahan untuk bebas serta selamat dari perlakuan jenayah ini?"
PEGAWAI POLIS MANGSA SAMUN 3 LELAKI
KUANTAN, 1 November : Seorang pegawai polis berpangkat superitendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.

01 November 2011

Perbicaraan Pembunuhan Sosilawati Ditangguh Sehingga Esok

SHAH ALAM, 1 November : Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditangguhkan sehingga esok oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penangguhan itu selepas pihak pembelaan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh keempat, M Khatavarayan tidak sihat dan tidak boleh hadir ke mahkamah lebih seminggu.

HATI SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

LELAKI HENSEM vs LELAKI TAK HENSEM

Bacaan santai; juz 4 fun k... ;)

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap : Wow!!! cool giler...!!!
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap : Eh! perasan bagus...!!!

27 Oktober 2011

Najib, Please Be Yourself



Tok Guru Dan Nasi Bungkus RM2.50
Nukilan | Mohd Rashidi Hassan |
"ANTA dah makan," tegur Tok Guru tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

20 Oktober 2011

MENU RAKYAT 1MALAYSIA - Lunch Hanya RM4.00!!!

Alhamdulillah, pengenalan Menu Rakyat 1Malaysia yang disertai 1004 restoran di seluruh negara wajar disokong dalam menyediakan menu yang mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia pada harga berpatutan (murah). 

Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan pakej makanan dengan harga murah, harga maksimum bagi sarapan pagi di Semenanjung Malaysia ialah RM2.00 manakala Sabah dan Sarawak RM2.50. Harga maksimum pakej makan tengah hari di Semenanjung Malaysia pula ialah RM4.00 manakala di Sabah dan Sarawak RM5.

Errr... Makan malam takde ke...? ;)

Sekiranya berminat nak acu cuba try test Menu Rakyat 1Malaysia di restoran berhampiran kalian, korang try le search kat website ni, KLIK : 1PENGGUNA - SENARAI MENU RAKYAT 1MALAYSIA dan segala maklumat Restoran yang menyertai program ni ada di situ (termasuk bangsa pemilik restoran tersebut).

PM NAJIB RAZAK menerai Menu Rakyat 1Malaysia, tapi kalau lelauk sebanyak tu
yang korang ambik (macam PM ambik) jawabnye melebihi RM4.00 tu!!! :-D

"Enak, Berkualiti" - PM
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan 30 minit menikmati hidangan tengah hari Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Ukhwah di sini bagi merasai sendiri keenakan serta kualiti makanan disediakan.

19 Oktober 2011

Bunuh Wanita VS Ramas Buah Dada

mutaligat.blogspot.com
Riuh rendah sekelian juak-juak BN menuduh seorang budak lelaki meramas buah dada rakan sekolahnya. Budak lelaki itu pula dituduh sebagai anak kepada seorang pembesar negeri yang sudah tentu bukan negeri BN.

Namun suatu ketika dahulu tidak ada pula juak-juak BN ini beriya-iya mendesak supaya isu pembunuhan misteri perempuan asing disiasat secara telus dan adil.

Sehingga kini walaupun pembunuhnya telah dijatukan hukuman, tetapi motif pembunuhan wanita itu masih menjadi tanda tanya. Apa sebab wanita asing itu dibunuh dengan kejam dan ngeri sehingga boleh dimasukkan dalam buku rekod Malaysia.

Mengapa dalam isu ramas buah dada yang didakwa dilakukan oleh budak lelaki ini mereka begitu serius sedangkan ia tidak dibuktikan di mana-mana mahkamah pun.
  • Kita tidak membela orang jahat, kalau betul dia meramas buah dada, hukumlah budak itu.
  • Hukumlah bekas menteri yang meraba punggung wanita suatu ketika dahulu.
  • Desaklah seorang pemimpin parti komponen BN agar meletakkan jawatan kerana sah mengaku berbuat jahat dengan seorang wanita dan videonya tersebar seantero dunia.
Mengapa mereka ini membuat gesaan ke atas kes-kes tertentu sahaja
dan senyap sunyi jika ia dilakukan oleh rakan-rakan dan kroni-kroni mereka.

18 Oktober 2011

Pelajar 16 Tahun Lahir Dan Kelar Bayinya

Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita. Semakin parah serta semakin kronik permasalahan sosial yang membelenggu anak-anak muda remaja masa kini. Sesuatu harus dan wajib dilakukan oleh pihak berwajib sebelum kehancuran menimpa generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini.

Anggota polis membawa mayat bayi perempuan yang dikelar ibunya

BETONG 18 OKTOBER : Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

16 Oktober 2011

SAYANGNYA ALLAH PADAMU WAHAI WANITA

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising. Perempuan, stoking pun kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari. Kompem tak tahan bertutup semua. Tapi, perempuan cool jek. Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

15 Oktober 2011

Sultan Kedah Yang Di-pertuan Agong Ke-14, Sultan Kelantan Timbalannya


KUALA LUMPUR, 14 Okt : Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini Jumaat. Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Dis depan untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

13 Oktober 2011

Pathmanabhan Lewat Jumpa Rakan Pada Malam Kejadian Bunuh

SHAH ALAM, 13 Okt : Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa bekas peguam N Pathmanabhan sepatutnya menemui seorang rakan pada malam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain didakwa dibunuh, tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan "mahu menyelesaikan satu urusan".

11 Oktober 2011

Kanak-Kanak & Remaja Malaysia Layari Internet 19 Jam Seminggu

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.

Pathmanabhan Ialah Pemilik Ladang Gadong

SHAH ALAM, 10 Okt : Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa Ladang Gadong di Tanjung Sepat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain adalah milik tertuduh pertama, N Pathmanabhan yang dibeli tidak lama sebelum kejadian.

10 Oktober 2011

ISTERI CALON NERAKA

  • Tidak suka mengerjakan solat
  • Suka bercakap bohong kepada suami
  • Suka berhias untuk selain suaminya
  • Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh suami
  • Tidak menghormati suami
  • Suka mencari musuh
  • Sombong
  • Tidak takut kepada Allah sedikit pun
  • Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
  • Tidak mahu minta maaf kepada suami
  • Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
  • Degil dan keras kepala
  • Merasakan diri lebih baik dari orang lain
  • Suka berpoya-poya
  • Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
  • Suka memandang rendah kepada orang lain
Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda : "Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita."

Para sahabat bertanya : "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda : "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu."

Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita di dalam neraka Allah…

Disalin-tampal dari Facebook Ustaz Azhar Idrus
Rujuk artikel berkaitan.....
WANITA LEBIH RAMAI DI NERAKA : hindari tabiat ini!!!

06 Oktober 2011

TIP PERKAHWINAN


TIP PERKAHWINAN
  • KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
  • KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui orang tua/wali si gadis).
  • KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
  • KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa' mereka.
  • KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
  • SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
  • KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
  • KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%.
  • KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
  • KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
  • KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
  • KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
  • KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Gambar dan artikel disalin-tampal dari FaceBook Ustaz Azhar Idrus

05 Oktober 2011

BUAH DIPERAM DENGAN Carbide TIDAK SELAMAT DIMAKAN

Carbide atau orang kita gelornye sebagai 'kabait' / karbait
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.

Calcium carbide
mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal.

Ambil Wudhuk Tidak Perlu Banyak, Tetapi Biar Sempurna

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010
Sumber : Facebook Tok Guru NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

01 Oktober 2011

Peguam Pertikai Ketepatan Rekod Panggilan DiGi

SHAH ALAM, 30 Sept : Isu ketepatan rekod panggilan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi menjadi tumpuan pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Makamah Tinggi di sini Jumaat.

30 September 2011

Pegawai Forensik Tidak Tahu Keputusan Ujian Ke Atas Bahan Bukti

SHAH ALAM, 29 Sept : Seorang pegawai kanan polis forensik memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bahawa beliau sendiri tidak mengetahui keputusan ujian termasuk DNA ke atas sampel-sampel yang diperoleh dari beberapa lokasi sekitar Banting.

29 September 2011

Setiap Yang Dicipta Allah Memiliki Pasangan


"Hidup regu mati, seperti pagi regu petang. Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka. Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu... yang tiada regu hanya Allah sahaja..."

"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh pandai-pandai buat apa yang kita mahu. Saya sebagai Menteri Besar, jika datang ke rumah tuan-tuan, tidak boleh lakukan apa yang saya mahu kerana saya tetamu. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."


*REGU bermaksud : Pasangan

Disalin-tampal dari : Facebook Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Foto oleh Rizal Tahir

Sampel Tanah Di Ladang Gadong Ada Darah : Saksi

SHAH ALAM, 28 Sept : Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Rabu bahawa 65 sampel tanah yang diambil dari Ladang Gadong, Banting, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, diuji positif mengandungi darah.

27 September 2011

TITISAN DARAH DAN SEHELAI RAMBUT PADA KAYU KRIKET

SHAH ALAM, 27 Sept : Seorang pegawai kanan forensik polis memberitahu Mahkamah Tinggi Selasa bahawa sebatang kayu kriket diambil dari Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, untuk kegunaan padanan Deoxyribonucleic Acid atau DNA.

NAIK BAS : Antara PM Najib Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Perdana Menteriku memang SEMPOI dan sikit punye gilerrr COOL kelakar dowwwhhhh!!!! Baca berita tentang PM ni membuatkan aku ketawa seakan diri ini menonton filem Johnny English Reborn...!!! Heboh seantero Malaya apabila PM diberitakan NAIK BAS untuk bertemu rakyat.....!!! Cuma di sini, nak beri korang melihat perbezaan NAIK BAS antara PM Najib dan MB Kelantan; Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat..... chekidautttt bebehhhh!!!!

G
ambar kiri dirakamkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak, Sabtu lalu. Mereka berdua turut diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu,
inilah bentuk dan rupa bas
yang dinaiki Najib dan isterinya itu.

Gambar kanan pula dirakam sewaktu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas ke suatu program pada 29 Jun lalu.

Sumber : Harakahdaily

Serpihan Tulang, Darah, Cebisan Seluar Dalam Ditemui Di Ladang

SHAH ALAM, 26 Sept : Seorang pegawai kanan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Isnin bahawa sejumlah barangan termasuk serpihan tulang, kesan darah dan cebisan seluar dalam ditemui di sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

25 September 2011

Najib Teruja Naik Bas Untuk Temu Rakyat

Ce naik bas Rapid KL la kalau berani. Atau hang pi balik negeri
kelahiran (Pahang), try hang naik bas BEE HUAT kat
bandar Kuantan tu. Baru le hang tau erti penyesalan.... heh~

BATU GAJAH, 24 Sept : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain. "Very interesting, kita cuba konsep 'Bus Tour'... setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai. Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.

23 September 2011

Kes Sosilawati : Nombor Telefon Bimbit Milik Syarikat Pathmanabhan Digunakan Di Subang Jaya

SHAH ALAM, 23 Sept : Mahkamah Tinggi Jumaat diberitahu bahawa nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama syarikat guaman milik N Pathmanabhan ada digunakan di Subang Jaya pada malam kejadian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mati dibunuh, 30 Ogos tahun lalu.

Rakyat Malaysia, Tunaikan Tanggungjawab Anda - UNDILAH!!!


Bacalah Sehingga Ayat Terakhir - "Mana Mak?"

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

FILEM : Bini-Biniku Gangster Hina Rumah Allah?

BINI-BINIKU GANGSTER MENGHIBURKAN
Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Bini-Biniku Gangster nyata sebuah filem yang menghiburkan (namun penonton bakal dikelirukan - andai terperasan - [sedikit je keliru.. haha] dengan satu watak yang tidak menjadi - hanya yang betul-betul memerhatikan perjalanan cerita ini akan memahami. So tengok betul-betul filem ini, aku malas nak ulas!!!)

TAK SENSITIF ISU AGAMA
Apa yang ingin aku perkatakan, adalah mengenai isu yang agak sensitif yang seringkali ditegur kepada penggiat seni iaitu mengenai isu agama.....! Nampaknya, penggiat seni kita masih cetek perihal hal yang sensitif terutamanya mengenai agama Islam. Dan aku tak pasti apakah Lembaga Penapisan Filem Negara masih menggunakan penapis santan untuk menapis setiap filem yang memohon untuk ditayangkan. Dan kemanakah fungsi pihak yang memegang portfolio berkaitan agama Islam dalam menjaga serta menyediakan garis panduan buat penggiat seni tanah air.

MENGHINA KESUCIAN RUMAH ALLAH!!!
Aku sebagai insan yang cetek ilmu agama, sekali sahaja menonton babak dalam filem ini, aku dah rasa tak sedap hati...!!! Tak sedap hati apabila babak yang memaparkan acara akad nikah di antara Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Babak pernikahan tersebut di dalam masjid, sebaik pengantin lelaki selesai melafazkan akad ijab dan qabul, terus si pelakon lelaki mendekati pelakon wanita (Intan Ladyana) seraya berteriak/bertempik (menunjukkan reaksi terlampau gembira - dapat bini nombor 2) lantas memegang tangan dan terus mendukung sang pelakon wanita tersebut. DAN ADEGAN INI DILAKUKAN DI DALAM RUMAH ALLAH SWT.

Kalau kau dah SAH sebagai suami isteri yang dinikahkan di dalam masjid, itu kau punya pasal la nak pegang tangan (bersalaman misalnya). Tapi dalam sejarah pernikahan di masjid, tak pernah rasanya ada yang kurang ajar bertempik gembira dapat menikah dan menggendong pengantin wanita di dalam masjid...!!!


Rumah Allah swt derrrr... Agak-agak le. Dengan Allah swt pun Lu nak LANGSI ke derrr....? Aku amat berharap agar penggiat seni tanah air kita ni lebih prihatin dengan persoalan berkaitan agama. Kalau jahil, kaurujuk le mereka yang arif. Dan Lembaga Penapisan Filem, buatlah kerja dan tunaikan amanah tu sebaiknya. Kalau staff korang pun jahil, maka ambik le orang yang ada kelulusan agama sebagai kakitangan di LPF. Takkan itu pun aku nak ajar...! Cehhh...!!!
Related Posts with Thumbnails