Selasa, 9 November 2010

CADANG MANSUH HUKUMAN MATI? - LAKSANAKANLAH HUDUD!!!

Parlimen: Kerajaan Belum Cadang Mansuh Hukuman Mati
KUALA LUMPUR, 9 Nov : Kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan hukuman mati kerana ia akan memberi impak besar kepada sistem perundangan negera, sidang Dewan Rakyat diberitahu Selasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan yang sewajarnya juga perlu dibuat kepada undang-undang jenayah yang tertentu sekiranya hukuman mati mahu dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan menyambut baik apa-apa cadangan yang diberikan oleh mana-mana pihak yang menyokong supaya hukuman mati dimansuhkan. "Cadangan itu akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya setelah kajian yang menyeluruh dan penelitian yang rapi dibuat dalam pelbagai aspek dan juga setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak," katanya.

Rabu, 3 November 2010

PAS : Nik Aziz Beri Wang Zakat Tapi Dituduh Rasuah

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang di-Islamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha
politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu. "Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. "Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut. "Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak. "Ini zakat bukan rasuah. Utusan Malaysia itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka. "Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

MANUSIA BAHLOL YANG TERKELIRU ANTARA RASUAH DAN PEMBERIAN ZAKAT

PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz
PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam. Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang. Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad (kiri) yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz. Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.

.......................
KETANDUSAN isu dah puak-puak ni, nak cari nama dan publisiti dengan laporan polis terhadap Tok Guru...? Boleh pegi mampooossss dengan manusia sebegini. Allah swt kurniakan akal, pakai le sebaiknye wehhh...!!!

Selasa, 2 November 2010

RON 97 : 'TAHNIAH' Kerajaan Menyusahkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan Umno BN di atas keputusan menaikkan 5 sen harga petrol RON 97 bermula tengah malam tadi. Ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sekali lagi menyusahkan rakyat.

"Tahniah, sebab terus menerus buat keputusan yang menyusahkan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini tanpa sebarang pengumuman. Berikutan itu, harganya kini menjadi RM2.15 seliter. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Harga Petrol Ron 97 NAIK 5 Sen

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. (02.11.2010) Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah. Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan. Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar. Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan '5-dalam-1' pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.


Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan. Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Kerajaan Tak Lagi Umum Harga RON 97

Kerajaan tidak akan lagi mengumumkan setiap kenaikan harga petrol gred premium RON 97 kerana ia akan didasarkan kepada harga purata pasaran. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian berkenaan dan kementerian kewangan akan memantau harga runcit mengikut 'harga global'.

"Sama seperti melihat harga saham di Bursa, anda perlu mencari sendiri harganya," katanya kepada wartawan di bangunan Parlimen. Sejak kenaikan terakhir harga petrol pada bulan Julai, di mana harga RON 97 juga tertakluk kepada pengapungan yang berdasarkan harga pasaran, hari ini adalah pertama kalinya harganya meningkat.

Menurut Rohani, dari 16 Julai sampai sekarang, harga petrol di pasaran global adalah stabil dan tidak ada kenaikan harga. Bulan lalu, tambahnya, harga di pasaran global naik, maka harga petrol pun diselaraskan mengikutnya. Rohani berkata, kerajaan akan memantau harga purata pasaran setiap bulan.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'