Isnin, 18 Oktober 2010

PERDANA MENTERIKU YANG KELAKAR

Lorrr... Takkanlah baru tahu yang Perdana Menteri kita tu lucu dan kelakar...? Kalau dia tidak beperwatakan kelakar dan penuh kelucuan, masakan kartunis terkenal ZUNAR mampu untuk mencipta lawak sensasi berdasarkan perwatakan lucu beliau...? Kombinasi PM dan 1st Lady sememangnya satu kolaborasi mantap penuh kelucuan!!! Apakah kelucuan PM kita ini akan mengatasi lagenda cerita rakyat iaitu Pak Pandir dan Mak Andehnya...? Bersama-sama kita tungguuuuuu kesudahannya...

...............................

Najib Pamer Sikap Lucu, Pikat Aliff Penghidap Penyakit Saraf
PUTRAJAYA, 17 Okt : Malu dan gemuruh pertama kali bersua secara peribadi dengan pemimpin nombor satu negara membuatkan Mohammad Nur Aliff Omar, 10, kelu lidah dan berdiam diri, namun gurauan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membuatkan penghidap penyakit saraf itu tersenyum.

Selasa, 12 Oktober 2010

Perlukah Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi?

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

Khamis, 7 Oktober 2010

PILIHANRAYA UMUM - APRIL 2011

Apakah mungkin,
Pilihanraya umum bakal berkunjung
Di bulan April 2011...?

DUN Galas,
BN pasti mahu,
Menang selesa...

Andai kemenangan mereka Galas,
Maka lebih keyakinan bagi mereka
untuk mengadakan PRU di April 2011...

Kemelut 'dalaman' PKR dimainkan saban hari media pro-BN,
Serangan ke atas Anwar makin dipertingkatkan,
Segala macam fitnah akan disuburkan,
dan itu mungkin petanda PRU bakal diadakan...
Mungkinkah... April 2011 ini...

PKR SILA PULIHKAN IMEJ

Parti yang sedang 'diperhatikan',
Segala macam 'kemelut' tersebar di media,
Jangan salahkan rakyat apabila timbul keraguan,
Pemimpin dan ahli; bermuhasabahlah...!!!

Jadilah seteguh PAS,
atau...
Bernaung saja di bawah
'Bulan Purnama'

Sabtu, 2 Oktober 2010

1Mangkuk : APABILA MANUSIA TIDAK YAKIN DENGAN ISLAM

Apabila sang manusia tidak yakin dengan Islam yang diturunkan Allah swt, maka mereka akan mencari 'kaedah' lain kononnya untuk kesejahteraan walhal sikap tolol, bodoh dan sombong mereka sendiri yang meminggirkan Islam sebagai agama sempurna. Hanya Islam yang mampu membawa kedamaian serta menyatu-padukan masyarakat tanpa mengira agama dan warna kulit.

Manusia bodoh, yang berterusan mencari pendekatan demi pendekatan baru yang kononnya untuk kesejahteraan sehingga berani mengenepikan Islam yang telah sedia lengkap dan sempurna, tinggal kita sahaja yang mahu ataupun tidak untuk mengaplikasikannya di dalam segala genap segi cabang kehidupan.

Baca laporan dari Bernama di bawah dan cuba anda tukar ungkapan 'GAGASAN 1 MALAYSIA' kepada >>>SYARIAT ISLAM<<< dan ungkapan 'PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN' itu anda baca sebagai >>>ISLAM<<<. Rasanya itu lebih TEPAT!!!

...........................
Gagasan 1Malaysia Lebih Berjaya Jika Rakyat Faham Perlembagaan, Kata Peguam (Lebih TEPAT sekiranya tajuk tersebut berbunyi : SYARIAT ISLAM Lebih Berjaya Jika Rakyat Faham ISLAM, Kata Peguam)
KUALA LUMPUR, 1 Okt [Bernama] : Gagasan 1Malaysia akan lebih berjaya sekiranya setiap rakyat di negara ini dapat memahami konsep Perlembagaan Persekutuan yang sebenar.

Peguam Kanan Persekutuan, Mahamad Naser Disa berkata rakyat pada hari ini masih lemah mengenai pengertian sebenar gagasan 1Malaysia kerana kurang memahami erti dan peruntukan dalam Perlembagaan.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry Ditarik Balik

KOTA BAHARU, 30 Sept [Bernama] : Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran 'Temenggong' dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

Sidang Dun Khas Kelantan Lulus Pindaan Dua Enakmen Berkaitan Elaun

KOTA BAHARU, 30 Sept [Bernama] : Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Khamis meluluskan dua pindaan enakmen berkaitan elaun kerabat diraja dan peruntukan untuk Raja Perempuan Kelantan.

Enakmen Elaun-Elaun Kerabat Diraja (Pindaan No.2) 2010 dan Enakmen Peruntukan Diraja Bagi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Bagi Negeri Kelantan (Pindaan) 2010 diluluskan sebulat suara membabitkan semua anggota DUN termasuk enam wakil pembangkang.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'