KUALA LUMPUR, 25 Sept [Harakahdaily] : Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini. Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.
Sabtu, 25 September 2010
Shamsul Gesa KP Selangor Ikut Prosedur
KUALA LUMPUR, 23 Sept [Harakahdaily] : Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Ketua Polis Selangor profesional dalam menjalankan siasatan terhadapnya berkait kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya. Shamsul dalam satu kenyataan balas kepada Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis harus mengikut prosedur yang betul jika mahu memanggil beliau untuk memberikan keterangan.
"Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media). Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis," kata Shamsul.

Labels:
Datuk Sosilawati Lawiya
Khamis, 23 September 2010
Tuanku Muhammad Faris Petra Berkenan Guna Gelaran Sultan Muhammad Kelima
KOTA BHARU, 22 Sept [Bernama] : Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda. Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu.
Labels:
ISTANA
Isnin, 20 September 2010
RASUAH, CULAS PUNCA PELABUR TAK MINAT
UALA LUMPUR, 18 Sept [Harakahdaily]: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan cuba memberi gambaran serba indah tentang ekonomi negara biarpun hakikat adalah sebaliknya. Beliau merujuk Laporan Bank of America Merill Lynch yang mendapati Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana.
Kedudukan Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke-10, dan kini di kedudukan tercorot. "Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad, 19 September 2010
TIDAK MAMPU MENTADBIR NEGARA, Pembangkang Dipersalahkan
Nampaknya lagu lama 'BANGAU OH! BANGAU' terus didendang pemimpin KERAjaan 1Malaysia dalam 'mengkambing-hitamkan' pembangkang demi menyelamatkan diri mereka. Ketidakmampuan mentadbir urus sehinggakan negara tidak lagi menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk datang ke sini, dan yang DIPERSALAHKAN adalah pembangkang yang kononnya memburuk-burukkan nama negara.
Dasar beruk lagi buruk dan tidak mahu mengakui kelemahan diri terus membelenggu kepimpinan negara. Andai merasakan diri tidak termampu lagi untuk menerajui kementerian yang anda diamanahkan, lepaskanlah jawatan tersebut kerana masih ada rakyat Malaysia yang bijak pandai di luar sana yang mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik.
Tindakan dangkal dengan hanya menyalahkan pembangkang tidak lagi boleh diterima oleh rakyat. Anda yang bodoh kerana tidak mampu untuk menarik pelabur asing datang bertandang melabur di bumi bertuah Malaysia ini. Jangan menyalahkan orang lain lantaran kebodohan anda. Sikap 'Bangau Oh! Bangau', sering menyalahkan pihak lain adalah sikap individu yang 'tidak bertanggungjawab'!!! Jangan memalukan diri anda sebagai Timbalan Menteri dengan mencari jalan mudah untuk menutup kelemahan diri dalam menguruskan amanah yang diberi.
......................................
Tindakan Pembangkang Burukkan Nama Negara Jejaskan FDI, Kata Mukhriz
PENDANG, 18 Sept [Bernama] : Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.
Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap. "Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di sini Sabtu.
Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas. "Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

UMNO PEMBOHONG
Jumaat, 17 September 2010
Lapor Polis : Tuduh Suspek Bunuh Sosilawati Ahli DAP
GEORGETOWN, 17 Sept [Harakahdaily] : DAP Pulau Pinang terpaksa membuat laporan polis terhadap kenyataan liar bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Zahid Md Arip yang menuduh suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ahli seumur hidup parti itu sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 September lepas.
Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid bermatlamat memburuk-burukan DAP yang kini telah diterima rakyat sebagai sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat. "Tuduhan yang tidak berasas kerana suspek berkenaan tidak pun pernah sertai DAP tetapi sebaliknya pernah mengatakan hasrat menyertai MIC sepertimana yang dinyatakan oleh Senator T. Murugiah," ujarnya dalam sidang media di luar Balai Polis Jalan Petani, di sini pagi tadi.
Menurutnya, tindakan Utusan Malaysia itu jelas menangguk di air keruh dengan mempolitikkan isu berkenaan bagi menghentam DAP yang didekati PAS dan PKR. DAP Pulau Pinang, katanya melihat usaha utama program itu ialah memberi gambaran bahawa DAP adalah sebuah parti yang menganjurkan keganasan. "Itu dia sikap Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Asyik melemparkan tuduhan dan fitnah walaupun tiada bukti sah," tambahnya.

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : UTUSAN BAKAL BERDEPAN SAMAN
FITNAH : DAP Timbang Saman Utusan
KUALA LUMPUR, 17 Sept [Harakahdaily] : DAP sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan fitnah yang mengaitkan parti itu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan tersebut sedang dipertimbang dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Syariat Islam Tonggak Tertinggi Perundangan
Ismail Hashim - HARAKAHDAILY
BANTING, 17 Sept : Umat Islam khususnya wajar melihat semula kejayaan pelaksanaan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi perundangan kehidupan Muslim ekoran kebejatan berbagai masalah mutakhir. Demikian penegasan oleh Pengasas Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Ahmad Ansori mengulas perkembangan negatif terkini yang berlaku dalam negara ketika ditemui di pusat tarbiyahnya, di sini petang kelmarin.
Menurutnya, umat sewajibnya mengakui segala perintah yang Allah SWT. tentukan itu adalah yang terbaik diturunkan sebagai pedoman paling berguna menyuluh kegelapan perjalanan mereka. "Tanpa itu semua, umat Islam seperti berada di dalam gelap gelita seperti malam tanpa bintang meskipun mereka merasakan seperti berada di bawah cahaya terang mentari di siang hari," ujarnya.

Selasa, 14 September 2010
Polis Kurang Komited, Golongan Wanita Semakin Tidak Selamat
Suara Keadilan
SHAH ALAM 14 Sept : Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Malaysia, Zuraida Kamaruddin membidas pasukan polis yang dilihat semakin gagal memberi jaminan keselamatan kepada golongan wanita negara ini sehingga menjurus kepada kes pembunuhan yang melibatkan kaum Hawa yang terbaru Datuk Sosilawati Lawiya.
Sambil menyifatkan pembunuhan tragik Sosilawati mempunyai persamaan dengan kematian kejam model Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu, Zuraida menegaskan keadaan ini adalah akibat sikap lepas pandang dan kurang komited pihak polis dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar.

Isnin, 13 September 2010
Pembunuhan Sosilawati Ke-2 Dahsyat Selepas Kes Altantuya - PAS
Dzulfikar Mashoor - HARAKAHDAILY
JOHOR BAHRU, 12 Sept : PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu. "Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Sah Tengku Faris Dimasyhur Sultan Kelantan
Hari ini dalam TATA SEJARAH negeri Kelantan Darul Naim,
.....Tanah Indah Sekebun Bunga.....
.....Tanah Indah Sekebun Bunga.....
KOTA BHARU, 13 Sept : Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini.
Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.
"Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010."
"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.
Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri. - HARAKAH
Labels:
ISTANA
Isnin, 6 September 2010
GAMBAR FITNAH : Polis Digesa Ambil Tindakan Segera
HARAKAHDAILYGEORGETOWN, 4 Sept : Pihak polis digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui penyebaran gambar teknik pertindihan (super impose) menyembelih lembu korban.
Ketua Pemuda Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, polis sepatutnya menjalankan siasatan secara menyeluruh dan segera mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja cuba bermain dengan isu sensitif. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali.
Labels:
UMNO BAHLUL
Khamis, 2 September 2010
Khalid : Bonus Tanpa Subsidi, Tak Masuk Akal
MALAYSIAKINI
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam. Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah 'tidak logik'.
Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta. Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Rabu, 1 September 2010
RM100 Lagi Bagi Kakitangan Awam Pulau Pinang
MALAYSIAKINI
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500. "Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500."
"Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500," kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.
Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain). "Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta."
"Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyakRM 250 akan melibatkan RM349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta," kata Lim.
Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

UMNO PARTI 'MATI PUCUK'

UMNO, parti yang sesuai untuk mereka yang 'mati pucuk'. Gersang, terangsang tetapi tidak mampu untuk ereksi. Berkokok umpama diri anak jantan tetapi hakikatnya langsung tak mampu untuk berdepan bersemuka selayaknya sebagai anak jantan!!!
Parti pondan, bacul, dayus dan bahlol!!! Hanya harga BARANG NAIK (BN) namun 'barang' miliknya 'tak mampu naik'...! Parti pondan yang suka menabur fitnah. Membangkitkan sentimen perkauman dan menggunakan agama demi kepentingan survival politik mereka. Parti ini sewajarnya belajar dari selebriti dan pengacara AZWAN ALI yang baru-baru ini melancarkan bukunya yang bertajuk 'SELAMAT TINGGAL DUNIA PONDAN'...!!!
Labels:
UMNO BAHLUL
Tandatangan Online Sokong Hapus SAMAN EKOR
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR, 31 Ogos : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazar Ramadhan Pasar Keramat. Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.

RAYA : KAKITANGAN AWAM KELANTAN DAPAT RM500
KOTA BHARU, 30 Ogos : Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri. Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.
Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu. Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini. Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY

Langgan:
Catatan (Atom)