Rabu, 28 Julai 2010

HUBUNGAN ROMANTIS : Timbalan Pendakwa Raya Digugur Dari Kes DSAI

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif (gambar) telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai 'hubungan romantis' dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Rabu, 21 Julai 2010

Seorang Lagi Ditahan ISA - TERUSKAN KEKEJAMANMU WAHAI BN!!!

KUALA LUMPUR, 20 Julai : Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Jumaat, 16 Julai 2010

DI SAAT RAKYAT LEHERNYE TERJERUT KENAIKAN HARGA BARANG, PEMIMPIN PULA SIBUK MEMILIH PAKAIAN BARU

NAJIB PILIH PAKAIAN RASMI HARI KEMERDEKAAN KE-53
PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak hari ini memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini. Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini.

Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata satu daripada pakaian itu akan dipakai pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan satu lagi pada pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos.

Katanya selain untuk dipakai oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan, orang ramai juga boleh mendapatkan pakaian itu di pusat-pusat jualan Karyaneka selepas 15 Ogos nanti dengan harga antara RM50 dan ke RM100 bergantung kepada jenis kain. - BERNAMA

Khamis, 15 Julai 2010

TPM SUBAHAT JIKA TAK TANGKAP PENCURI PASIR - MB SELANGOR

Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama Timbalan Perdana Menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.
"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi jenayah ini."
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'