Selasa, 29 Jun 2010

PAS JANGAN TURUT DIPERBODOH : Eh! Sengal la, sape yang memandai-mandai bagi title 'ULAMA' ni?

Apabila sesuatu itu terlalu dipolitikkan, maka wujudlah situasi busuk lagi membusukkan. Lebih menyedihkan apabila golongan agama (ulama?) turut terheret hingga wujud insiden tuduh menuduh di kalangan mereka bagi mempertahankan diri dan membenarkan tindakan mereka.

PAS seharusnya tidak terheret dengan permainan politik UMNO. Biarlah jika benar ada 'ULAMA' yang ingin menyertai UMNO. Usah dihiraukan sangat permainan sedemikian sehingga PAS turut mengadakan majlis ceramah semata-mata ingin menonjolkan 'ulama' yang kononnya DITIPU untuk hadir ke majlis UMNO mengisytiharkan 40 Ulama Muda menyertai UMNO.

Rabu, 23 Jun 2010

Dr Asri, Mufti : Mengapa Kerajaan BN Bohong?

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Jumaat, 4 Jun 2010

GMJ GERAKKAN KEMPEN, SASAR 100 RIBU BANTAH JUDI

PETALING JAYA, 2 Jun : Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang baru ditubuhkan secara rasmi semalam akan memulakan kempen mansuhkan judi bermula Sabtu, 5 Jun ini di pusat membeli belah Sogo mulai jam 2 petang.

Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.

Selasa, 1 Jun 2010

PAS SERAH MEMO KE KEDUTAAN AMERIKA, BANTAH ISRAEL

KUALA LUMPUR, 1 Jun : PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkefly Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.

AKTIVIS KONVOI GAZA DIHANTAR KE PENJARA

KUALA LUMPUR, 1 Jun : Polis Israel memaklumkan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang pada awal pagi semalam telah dihantar ke penjara. Laman web Haluan Palestin melaporkan, puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal. Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld berkata para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberikan butir pengenalan diri.

MAVI MARMARA DIKOSONGKAN, NASIB AKTIVIS TIDAK TENTU

KUALA LUMPUR, 1 Jun : Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang oleh komando rejim Israel menyebut bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Menurut laman web Haluan Palestin, kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan dalam keadaan kosong.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'