Lebih tongong dan membengongkan apabila barua-barua UMNO ini berterusan mempertahankan keputusan pimpinan tertinggi mereka berkaitan judi yang jelas haram hukumnya di sisi agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara kita, Malaysia.
ARIFF : Pulau Pinang 'Main Politik' Haram Judi Bola - Malaysiakini.com
Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini. ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya 'satu permainan politik'.
"Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai kuasa untuk menutup semua premis judi, bukan setakat judi bola sepak sahaja - itulah (baru) makna sebenar mempunyai niat yang baik," kata Arif Shah kepada Malaysiakini.

