Assalamualaikum,
Saya ingin merujuk kepada tulisan saudara dalam blog saudara rohaifi.blogspot.com berkaitan isu larangan artis wanita menyanyi dlm program Jom Heboh [KLIK DI SINI] di Kota Bharu pd 26-27 Mac yg lalu.
Pertama sekali saya amat yakin saudara sebenarnya menulis dgn penuh emosi apabila membaca artikel pendek saya itu, tanpa mengambil sedikit waktu utk berfikir. Saya kagum dgn kesungguhan saudara membela Pas dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz. Tapi saya ingin ingatkan, jangan kita jadi penyokong yg membawa rebah.
Cara tulisan saudara dlm blog tersebut saya lihat tidak mencerminkan etika sbg seorang yg berjuang utk Islam. Sebagai penulis kita sepatutnya menulis berdasarkan fakta dan bukannya emosi dan persepsi.
Sebelum saya menjawab tulisan saudara tersebut, saya pohon agar saudara membaca dahulu artikel panjang saya berkaitan isu di atas yg bertajuk Bila Jom Heboh Berlabuh Di Kota Bharu dan tulisan Dinsman dlm Harakahdaily pd 22 Disember 2008 yg berkaitan yg bertajuk Bersediakah Kita Utk Suatu Kebudayaan Baru.
Akhir sekali saya tidak pasti sama ada saudara tahu atau pun tidak bahawa penyanyi Aisyah hanya menyanyi di hadapan golongan muslimat sahaja ketika mengadakan persembahan di KB suatu ketika dahulu.
Pertanyaan saya kpd saudara Rohaifi Azri, adakah relevan utk Pas menubuhkan sebuah Negara Islam tanpa penyanyi wanita, atau lebih baik kita berpegang kpd pendapat ulama yg membenarkan wanita menyanyi dgn dikenakan syarat-syarat tertentu.
Kalau saudara Azri berpegang kpd pendapat pertama di atas, sila beritahu saya apakah yg saudara akan lakukan ke atas penyanyi wanita apabila saudara dilantik sebagai Menteri Penerangan selepas Pas memerintah kerajaan pusat nanti.
Sekian, terima kasih.
Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah - UPSI
drmohdhilmiidea.blogspot.com
.............................
Waalaikummussalam wbt
Terima kasih atas maklum balas Doc. Jika saya beremosi sekalipun, ia adalah emosi yang normal bagi seorang insan yang sudah cukup jelek dan muak dengan perilaku artis-artis Malaysia terutamanya artis wanita yang langsung lepas bebas tanpa kawalan yang khusus dari pihak UMNO-BN yang sekian lama memerintah negara.
Saya tertarik dengan kata-kata Doc : "Cara tulisan saudara dlm blog tersebut saya lihat tidak mencerminkan etika sbg seorang yg berjuang utk Islam. Sebagai penulis kita sepatutnya menulis berdasarkan fakta dan bukannya emosi dan persepsi."
Terima kasih jika Doc melihat saya berjuang untuk Islam dan terima kasih juga kerana teguran di atas penulisan saya yang pada pandangan Doc tidak beretika. Jika saya Doc katakan berjuang untuk Islam, itu memang kewajipan kita sebagai seorang Muslim tidak kira dia dari parti PAS, UMNO atau PKR untuk melihat agamanya tertegak dan segala syariatNYA terlaksana di muka bumi Allah ini. Asal namanya penganut Islam, maka sewajibnya Islam itu diperjuangkannya. Dan apakah pula perjuangan Doc? Mencari kesalahan PAS? Mencari kesilapan PAS? Mewujudkan sisi gelap kepada Tok Guru Nik Aziz?
Apakah Doc puas hati dan selesa dengan corak hiburan yang dibawakan UMNO-BN? Saya cukup tahu yang penyanyi Aishah hanya membuat persembahan di hadapan kaum wanita semasa kunjungannya ke Kelantan. Namun usaha awal pihak PAS Kelantan itu wajar kita puji. Mungkin Enakmen Hiburan yang dipraktikkan Kelantan masih punya kelemahan dan ada lompangnya di sana-sini. Itu boleh diperhalusi dan diperbaiki.
Jika Doc lebih suka dengan corak hiburan yang dibawakan oleh UMNO-BN, itu terserah kepada Doc kerana pengetahuan Doc lebih luas dan pendidikan Doc sememangnya lebih tinggi dari saya. Seperti yang saya tegaskan tadi, Enakmen Hiburan Kelantan mungkin masih punya lompang, ia masih boleh ditegur dan diperbaiki. Tetapi tidakkah kita berbangga dengan pendekatan dan usaha PAS yang sebolehnya cuba untuk memperbaiki dan mendidik masyarakat serta membawa mereka ke arah hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam?
Atau mungkinkah Doc lebih berbangga dengan produk artis wanita Malaysia keluaran UMNO-BN ini yang memiliki ciri-ciri 1Malaysia???


Pertanyaan saya kpd saudara Rohaifi Azri, adakah relevan utk Pas menubuhkan sebuah Negara Islam tanpa penyanyi wanita, atau lebih baik kita berpegang kpd pendapat ulama yg membenarkan wanita menyanyi dgn dikenakan syarat-syarat tertentu.Pandangan saya : RELEVAN untuk PAS menubuhkan negara Islam
TANPA PENYANYI DAN ARTIS WANITA seperti gambar tersiar di atas. Penyanyi wanita, pelakon, wanita penerbit, wanita pengarah wanita, pemuzik wanita dan wanita-wanita yang terlibat di dalam industri seni, tiada salah dan masalahnya asalkan mereka mematuhi dan memenuhi apa yang digariskan oleh syariat. Rasanya PAS tiada masalah dengan perkara ini.
...Sekian, wassalam...