Selasa, 30 Mac 2010

BANTU SAYA JAYAKAN MISI BERSAMA PAKATAN RAKYAT - Nik Aziz


KOTA BHARU, 29 Mac : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan 'syura' yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik) dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

SUMBER - HARAKAHDAILY

Isnin, 29 Mac 2010

NIK AZIZ, HARUN DIN Kekal MURSYIDUL AM dan Timbalan

KUALA LUMPUR, 29 Mac : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015. Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sesi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, pemilihan semula Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana kelayakannya dan tidak mahu Mursyidul Am PAS itu bersara dari perjuangan.

"Ramai yang layak, tetapi kita anggap beliau yang lebih layak dari orang lain kerana dalam budaya perjuangan Islam tiada persaraan dalam perjuangan.
Kita tidak mahu tok guru kita bersara dari perjuangan," katanya pada sidang media memaklumkan keputusan tersebut di parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Mengulas lanjut beliau berkata, keuzuran Tuan Guru Nik Aziz bukan masalah besar kerana beliau akan dibantu ahli mesyuarat yang lain. "Keuzuran beliau boleh dibantu ahli-ahli yang lain kerana keputusan majlis syura bukan individualistik tetapi dibuat secara kolektif," tambahnya lagi.

Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri.

Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.

Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).

Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar tidak meminta jawatan, tidak berebut jawatan dan Islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

Sesi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.

Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini dan tempoh sepenggal dipanjangkan dari tiga tahun ke lima tahun. - HARAKAHDAILY

BENAR JOM HEBOH : Bukti Tidak Sekat Naluri Manusia


PASIR PUTEH, 29 Mac : Tindakan Kelantan membenarkan Jom Heboh diadakan dinegeri itu dengan syarat ia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan negeri membuktikan Menteri Besar negeri itu tidak menyekat naluri manusia untuk berhibur.

"Tok Guru tidak pernah menyekat naluri manusia untuk berhibur asalkan masih dalam skema yang terkawal," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan Drs Zainuddin Awang Hamat.

Justeru itu kata Drs Zainuddin, tidak keterlaluan apabila Tok Guru melahirkan hasrat untuk membenarkan program ini sebagai acara tahunan di Kelantan memandangkan ia mampu memberi hiburan alternatif kepada rakyat.

"Sebab itulah dalam program Jom Heboh, komponen solat, pemisahan antara jantina dan keluarga diwujudkan yang tidak ditemui di tempat selain Kelantan."

"Maka bergantunglah kepada rakyat untuk memanfaatkan ruang hiburan yang tidak melampau yang boleh menjejaskan kod etika sosial berteraskan Islam. Walau pun ada pihak tertentu yang cuba memberi satu gambaran konfrontasi antara TV3 dengan kerajaan negeri, maka yang terlibat dengan kepimpinan sahaja dapat menghayati realiti semasa," katanya kepada wartawan BBCKelantan.com di kediaman beliau di sini, petang semalam.

Sebelum ini katanya, kerajaan negeri pernah membenarkan konsert membabitkan artis terkenal tanah air seperti Mawi dan Amy Search menyebabkan golongan berkenaan dapat mendekati pihak kerajaan tanpa rasa curiga, seolah-olah kepimpinan ulamak menjauhi para artis.

"Hasil daripada pendekatan sederhana ini, sudah banyak artis yang memberi satu persepsi bersih kepada kerajaan negeri Kelantan seperti Aisyah umpamanya yang sanggup memenuhi undangan kerajaan negeri untuk menghiburkan golongan wanita," katanya. - HARAKAHDAILY

Baca berita berkaitan :
KONSERT JOM HEBOH DI KELANTAN CIPTA SEJARAH

SILIBUS PELAJARAN NASIONAL PERLU DIPERBAHARUI!!!

SALAHUDIN CADANG DASAR PENDIDIKAN DIROMBAK
KUALA LUMPUR, 29 Mac : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mencadangkan agar dasar baru pendidikan negara diwujudkan bagi mendepani cabaran pendidikan semasa. Menurutnya, Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang digunapakai kementerian pada waktu ini sudah lama dan perlu dinilai semula.

"Saya cadangkan kita ada dasar baru, kita bergantung kepada penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang telah ketinggalan 30, 40 tahun. Semasa rakan saya Hishamudin menjadi menteri, tidak ada penyata Hishamudin, kita harap selepas ini ada penyata Muhyidin untuk mendepani cabaran pendidikan semasa," katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di dewan rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam jawapan lisan kemudiannya memberitahu kementerian sememangnya tiada penyata baru atas nama menteri, namun masih berpandukan kepada falsafah pendidikan kebangsaan.

Terdahulu dalam soalan bertulis yang dikemukakan, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS memohon kementerian menjelaskan tindakan yang diambil kerajaan bagi menangani isu pendidikan semasa yang semakin kritikal.

Beliau turut memohon penjelasan, sama ada Falsafah Pendidikan Kebangsaan masih relevan dan efektif untuk digunakan dalam keadaan sekarang. Menurutnya sistem pendidikan Malayasia masih menggunakan konsep menghafal khususnya dalam mata pelajaran sejarah.

Ianya juga berbeza dengan apa yang telah diamalkan negara maju yang memperkenal pengajaran sejarah termasuk sejarah Skandal Water Gate di peringkat O Level lagi. Malaysia juga jelasnya perlu mengamalkan perkara serupa seperti mendedahkan sejarah Reformasi 1998 agar mampu memberi pengajaran kepada para pelajar dalam membina integriti negara.

Bangun selepas itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin turut menyokong gesaan Salahudin tersebut. Menjawab persoalan kedua-dua wakil rakyat tersebut, Wee turut mengakui silibus pelajaran nasional memerlukan rombakan segera. - HARAKAHDAILY

Jumaat, 26 Mac 2010

CABAR KARPAL ISU ISLAM; KENAPA TAK CABAR UMNO ISU YANG SAMA?

EMPAT AHLI PARLIMEN BEBAS CABAR KARPAL
KUALA LUMPUR : Empat Ahli Parlimen Bebas semalam mencabar Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyatakan pendiriannya mengenai enam perkara termasuk kedudukan agama Islam di negara ini.

Zulkifli Noordin (Bebas : Kulim-Bandar Baharu) yang menjadi jurucakap kepada tiga lagi Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) membuat kenyataan itu menjawab cabaran Karpal yang meminta mereka mengosongkan kerusi masing-masing. Beliau menyatakan kesediaan akur dengan permintaan Karpal sekiranya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menjawab beberapa persoalan dibangkitkannya.

"Pertama, saya mencabar Karpal untuk menjawab kenyataan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang menuntut supaya beliau (Karpal) meminta maaf melalui laman webnya pada 8 Mac 2010 mendesak Karpal meminta maaf kerana kenyataannya 8 Februari 2009 mempertikaikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat."

"Kedua, adakah Karpal masih berpendirian bahawa kalau mahu laksanakan Islam, langkah mayat dia dulu, apa dah jadi dengan pendiriannya... adakah badan dia dah lembik ka apa ka, ataupun dia dah jadi mayat hidup, tidak mampu mempertahankan pendirian dia."

"Saya juga mahu tahu pandangannya mengenai kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya prinsip pertama Rukun Negara dipinda daripada 'Kepercayaan kepada Tuhan' kepada ‘Kepercayaan kepada Allah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Turut hadir Zahrain, Tan, Mohsin.

Zulkifli juga bertanya mengapa Karpal tidak bersuara semasa Ahli Parlimen Bota, Datuk Nasharudin Hashim meninggalkan Umno bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempersoalkan kenapa tidak menggesa Lim Guan Eng mengambil alih jawatan ketua pembangkang daripada Anwar.

Semua mereka memenangi kerusi masing-masing atas tiket PKR, tetapi kini keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. - BERITA HARIAN

........................

APA SEBENARNYA AGENDA ZULKIFLI NOORDIN DAN KONCO-KONCONYA INI? Apakah sekadar ingin memanaskan keadaan. Membangkitkan isu agama. Apakah Zulkifli ingin melihat pertikaman lidah dan pendapat berlaku membabitkan hal-hal agama?

Kenapa Zulkifli tidak mencabar UMNO? CABARLAH PM NAJIB, apa pendirian dia tentang perlaksanaan undang-undang syariat Islam ke atas umat Islam Malaysia?

NAK CABAR KARPAL SINGH buat ape? Persefahaman yang tercapai di kalangan Parti Pakatan Rakyat sehinggakan ADUN DAP ada yang belajar membaca al-Qur'an perlu dilihat dan diambil sebagai suatu yang positif apabila Islam kini diterima baik dan serba-sedikit makin difahami oleh kalangan bukan Islam.

Hentikanlah menjadi BARUA dan memperjuangkan isu yang merosakkan keamanan dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jadilah pejuang Islam TULEN, bukannya menjadi BONEKA NERAKA!!!

Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucut jawatan YDP MPN

KOTA BHARU, 26 Mac : Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucutkan jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perajaan Kelantan (MPN) berkuat kuasa semalam, 25 Mac 2010.

Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias hari ini berkata, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj dilantik sebagaiYang DiPertua MPN yang baru.


"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra (gambar) bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan perlantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010.

"Saya juga ingin memaklumkan Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010," katanya sebentar tadi.

Pada sidang media sama beliau juga turut menjelaskan, majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri pada 30 Mac ini tiada kaitan dengan sambutan hari keputeraan raja Kelantan. Menjelas lanjut beliau berkata, ianya dibuat berdasarkan undang-undang tubuh negeri mengikut peruntukan perkara 43 (1).

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan Sultan Kelantan melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan diganti YDP MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.

Bagaimanapun Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias semalam berkata, perlucutan kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana didakwa tidak mewakli keputusan MPN.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai pemangku raja Kelantan. - HARAKAHDAILY

Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN


KOTA BHARU, 25 Mac : Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

"Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri," katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

"Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai," katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini. "Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang. Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang. - HARAKAHDAILY


Laporan berkaitan

DUA PEMANGKU RAJA KELANTAN?

POLIS TAHAN DATUK WAN HASHIM

Kelantan cadang sidang khas Dun selesai konflik istana

Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan

Khamis, 25 Mac 2010

ZUL NORDIN CACAMARBA

Pening dan boleh bingai kepala otak kalau membaca perihal Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu). Ahli Parlimen yang dipecat dari PKR dan sekarang menjadi MP Bebas dilihat benar-benar ingin menunjukkan 'kebebasannya' kononnya tidak berpihak kepada mana-mana parti. Kenyataan yang dikeluarkannya ada yang membela Najib (dalam kes Altantuya), dan ada juga dilihat seolah membela Anwar (dalam kes liwat).

...........................

Beliau mendakwa pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat yang dipecat daripada PKR itu mendakwa dia ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian. "Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut. Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.

"Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman.
Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli. - MALAYSIAKINI

...........................

Apakah GANJARAN yang ditawarkan kepada Zulkifli sehingga mengatakan boleh menggoyang keimanannya? Apakah Hanya Wang ringgit? Selain RM, mungkinkah Zulkifli turut ditawarkan 'servis' seorang Model Mongolia yang cantik dan kejelitaannya persis Altantuya; itu baru boleh menggoyah keimanang dang ketakwaang!!!


PERSOALANNYA : MENATANG MANA YANG NAK BAGI GANJARAN SEDEMIKIAN KEPADA ZULKIFLI? KALAU BENAR, MAKLUMKANLAH KEPADA SEKALIAN RAKYAT JIKA BENAR DAKWAAN TERSEBUT!!!

BACA BERITA BERKAITAN; klik pada tajuk-tajuk artikel ini :
KES ALTANTUYA : Zul dakwa diminta kaitkan PM, Rosmah
IMAN NYARIS GOYAH

FITNAH SEMAKIN BERLELUASA DIMAINKAN MEDIA ARUS PERDANA. UMNO-BN SEDANG MEMPERSIAPKAN 'MODAL & SENJATA' MENUJU PILIHANRAYA UMUM SETERUSNYA.

AHLI PARLIMEN Non-Muslim Menegur Najib Perihal Judi

JUDI SUKAN, PAKATAN MINTA NAJIB PERJELASKAN
Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing AFP
bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina. Menurut Loke, untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Shah Alam, Khalid Samad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran. Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat. - MALAYSIAKINI

...........................

MP UMNO DIMINTA SOKONG KURANGKAN LESEN JUDI

KUALA LUMPUR, 24 Mac : Pakatan Rakyat akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan mengawal pengeluaran lesen judi kepada syarikat-syarikat perjudian dan berharap Umno turut menyokongnya.

Memorandum yang akan diminta untuk ditandatangani oleh semua ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat itu juga bagi mendesak kerajaan membatalkan cabutan khas atau 'special draw' yang dikeluarkan pada tahun ini. Desakan itu ekoran jawapan Najib yang juga Menteri Kewangan kepada dua soalan Lok Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat pada 18 dan 22 Mac.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini, Siew Fook berkata, tindakan kerajaan itu akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat. "Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan akan meminta tandatangan semua ahli parlimen dan kita harap ahli parlimen Umno yang memperjuangkan agama, bangsa, dan negara akan menyokong memorandum bagi mengurangkan perjudian di negara kita."

"Pakatan Rakyat berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menambah hari cabutan khas ini kerana ini menyebabkan masyarakat kita lebih banyak mengeluarkan wang untuk dipertaruhkan dalam perjudian dan memberi impak kepada masalah sosial yang semakin meningkat hari ini."

"Pakatan Rakyat mahu kerajaan menghapuskan kesemua cabutan khas ini dan. Kita juga berpandangan kerajaan seharusnya mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali seminggu kepada dua kali seminggu," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan kerajaan yang menggunakan cukai judi dan duti pertaruhan untuk pengurusan negara membuktikan kewangan negara berada di tahap yang teruk. "Kerajaan kata nak salurkan hasil cukai ini kepada satu dana khas tapi sekarang mereka guna pengurusan negara menujukkan kerajaan sudah tidak ada duit," katanya.

Sementara itu, Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) membawa suara rakyat kaum Tionghua di kawasannya yang meminta beliau menyuarakan di Parlimen agar meminta kerajaan mengurangkan hari perjudian daripada tiga kali kepada dua atau sekali seminggu.

"Penduduk Tionghua yang berkerja sebagai nelayan di kawasan saya mahu kerajaan mengurangkan hari perjudian ini. Kerajaan membenarkan hari untuk berjudi sebanyak tiga kali seminggu menunjukkan wang diperas dari rakyat. Bila ada peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang cepat, sudah pasti ramai yang tertarik untuk mempertaruhkan wang mereka untuk berjudi," katanya.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pula menegaskan, tindakan kerajaan mengutip cukai hasil perjudian dan menambah cabutan khas pada setiap tahun adalah langkah terdesak kerajaan akibat ketiadaan sumber kewangan.

"Kelihatannya membenarkan lebih banyak cabutan khas ini adalah satu langkah terdesak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukai negara. Jalan pintas ini sangat tidak munasabah kerana akan menimbulkan kesan sosial yang tidak baik," katanya.

Najib dalam jawapannya kepada soalan Siew Fook pada 22 Mac memberitahu, jumlah cukai perjudian dan duti pertaruhan yang diterima kerajaan daripada semua operator nombor ramalan (NFO) pada 2009 berjumah RM1,199,574,646.73. Jumlah kutipan tertinggi ialah daripada syarikat Sports Toto.

Manakala bagi soalan Siew Fook pada 18 Mac mengenai tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas untuk tahun 2010, Najib memberitahu, hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan semua program dan aktiviti pembangunan dan perbelanjaan mengurus negara dapat dilaksanakan seperti yang dirancang bagi memastikan objektif pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai. Beliau turut meminta semua pihak menyokong sebarang aktiviti yang dikawal oleh kerajaan yang dapat meningkatkan hasil negara.

Saifuddin sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam turut membangkitkan perkara itu dan meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan. - HARAKAHDAILY

Rabu, 24 Mac 2010

ZAHRAIN MULA TERASA BAHANG DARI DAKWAANNYA

KUALA LUMPUR, 24 Mac : Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.

Orang yang menyusahkan Zahrain di Parlimen tidak lain dari orang yang dituduhnya mahu melompat meninggalkan BN untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam projek 16 Septembernya. Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dalam ucapannya meminta Zahrain menarik balik dakwaannya yang beliau adalah salah seorang yang hendak melompat parti menyertai PKR. Dia juga mendesak media menyiarkan kenyataannya secara besar-besaran sebagaimana media menyiarkan kenyataan yang dibuat Zahrain sebelum ini terhadapnya.

Dalam ucapannya seminggu lalu, Zahrain menyebut 10 nama yang akan meninggalkan BN untuk menyertai Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Salah seorang dari mereka adalah Ghafur.

"Kenyataan anggota parlimen Bayan Baru bodo-bodo...," kata Ghafur yang berucap dalam keadaan marah kepada Zahrain. Beliau mempertikaikan kenapa Zahrain hanya menyebut beberapa orang sahaja yang mahu melompat sedangkan yang diperlukan Anwar adalah 30 orang. "Hanya beberapa orang sahaja disebut mahu lompat... mana dia sekolah... mana cukup. Kenapa tidak disenarai mereka yang ke Taiwan itu, saya tidak ke sana," katanya.

Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat. "Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat... sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur diikutikan dengan tepukan gemuruh dalam Dewan Rakyat.

Ghafur juga menolak dakwaan Zahrain kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai komunis berkata, mungkin dia melompat kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki dari kerajaan Pulau Pinang.

Beliau juga mempertikaikan Zahrain kenapa baru sekarang melompat bukan dua tahun lalu. "Dua tahun baru lompat, kenapa tak lompat awal... sekarang dah jadi bebas... mungkin kerana kocek dah penuh," kata Ghafur.

Ghafur turut mencadangkan agar Umno tidak menerima orang semacam ini jika dia memohon untuk menyertai parti itu. "Kalau dia boleh gigit tangan ketua dia, dia tentu boleh gigit ketua kita nanti," kata Ghafur.

Ghafur juga berkata, kalau orang macam ini masuk Umno, orang yang ada dalam umno akan keluar. Ghafur berkata, dia tidak akan melompat parti hanya kerana duit yang diberikan tetapi akan melompat jika tidak bersetuju dengan ketuanya.

Menurutnya, pada tahun 1985, PBS (Parti Bersatu Sabah) cuba membelinya untuk keluar parti. "Tetapi saya tidak terima kerana kalau saya hendak keluar parti kerana tak percaya kepada pucuk pimpinan bukan kerana dibeli," kata Ghafur. - HARAKAHDAILY

Majlis Syura PAS akan tentukan siapa Mursyidul Am malam ini

KUALA LUMPUR, 23 Mac : Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam ini untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.

Mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu.

Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

Mesyuarat malam ini juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS. Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.

Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad. Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura yang pertama malam ini. - HARAKAHDAILY

KESEDERHANAAN TOK GURU


Pemimpin yang adil orangnya tawadduk
Boleh duduk sama dengan rakyat-rakyatnya
Kehidupannya tidak jauh beza dengan rakyat
Kepentingan rakyat lebih utama

Selasa, 23 Mac 2010

PERKASA yang perasan dirinya 'PERKASA'

Selepas Diserang Utusan : ADUN SELANGOR PERTAHAN SULTAN
SHAH ALAM, 22 Mac : Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.

Kelima-lima mereka memanggil satu sidang akhbar khas atas nama "ADUN-ADUN SELANGOR PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR." Mereka yang akan mengadakan sidang akhbar itu adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. Abdul Rani Osman (Meru) dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang). Ia akan diadakan jam 12.30 tengahari esok di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Annexe Bangunan SUK, Shah Alam.

Utusan Malaysia hari ini, melalui tulisan Awang Selamat, menyiarkan satu tulisan yang disifatkan sebagai mempertikaikan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang membatalkan rancangannya untuk merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.

Ulasan yang dibuat oleh pimpinan editorial Utusan itu dianggap mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit siapakah yang membela raja-raja Melayu selama ini. Antaranya, Utusan melaporkan:

"Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya-raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?"

Ekoran keputusan Sultan Selangor tidak mahu merasmikan mesyuarat itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan menggantikannya. - HARAKAHDAILY

.......................

SUARA RAKYAT yang sayangkan RAJAnya LEBIH LANTANG dari suara PERKASA! Apa yang mampu dilakukan oleh PERKASA berbanding suara-suara lantang RAKYAT?!!!

Lihat sahaja dalam isu HIMPUNAN MANSUH I.S.A... PERKASA hilang sifat perkasanya apabila tenggelam dalam kemaraan ribuan RAKYAT yang berhimpun agar akta zalim itu dimansuhkan.

PERKASA? ape barang....!

Isnin, 22 Mac 2010

SUP BABI DAN PEMUDA UMNO BERCAKAP PERIHAL HAK ASASI

PENJARA LAOS BERI SUP BABI SETIAP HARI
ALOR SETAR : "Saya terpaksa menumpang ihsan seorang tahanan warga Pakistan untuk mendapatkan makanan, kerana hanya sup babi bersama pulut dihidang di penjara setiap hari," kata Omar Atan, 59, yang ditahan di Penjara Laos sejak Mei tahun lalu selepas didakwa terbabit dengan jenayah perdagangan manusia di negara itu.

Omar tidak dapat menahan sebak ketika tiba
di LTSAH, Alor Setar, semalam

Hakikat itu disuarakan Omar, bapa kepada empat anak dari Padang Besar, Perlis sebaik menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), di sini, semalam selepas lebih 11 bulan menjadi tahanan di penjara terbabit.

Omar yang lebih mesra dengan panggilan Pak Omar berkata, tempoh sebulan pertama di Penjara Laos amat perit kerana terpaksa mengikat perut disebabkan pihak penjara hanya menyediakan daging babi sebagai hidangan, dan beliau tidak mampu menjamah makanan itu yang dihidangkan dua kali sehari menyebabkan berat badannya susut mendadak.

"Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana seorang lelaki Islam dari Pakistan bernama Sheema, yang ditahan di penjara berkenaan sanggup berkongsi bekalan makanan, sementara menunggu bantuan daripada pihak Kedutaan Malaysia di Laos," katanya.

Pak Omar tiba di LTSAH pagi semalam, selepas diberikan pelepasan oleh kerajaan Laos selama 10 hari berikutan kematian isterinya, Siti Zaleha Abdullah, 48, yang meninggal dunia pada Khamis lalu akibat sakit buah pinggang.

Sebaik tiba di Perlis semalam, beliau bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Padang Besar, Perlis untuk melawat kubur arwah isterinya dengan ditemani tiga daripada empat anaknya iaitu Nur Asma, 20, Siti Suhaida, 17 dan Nur Akila, 11.

Sebaik tiba di pekarangan tanah perkuburan itu, Pak Omar menitiskan air mata sehingga Naib Ketua Pemuda Umno Padang Besar, Mohd Noor Aziz menenangkannya sebelum memimpinnya ke kubur arwah isterinya. "Saya sepatutnya mendengar nasihat isteri supaya tidak ke Laos kerana tempat itu jauh dan dia (isteri) sedang sakit. Namun saya berdegil, kami terpisah dan bertemu semula hari ini (semalam) dalam keadaan begini (isteri yang sudah meninggal dunia)," katanya.

Katanya, beliau risaukan anak-anak yang kini terpaksa hidup tanpa orang tua kerana beliau perlu kembali menjalani hukuman di Laos, dan berharap Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Laos dan Pemuda Umno berikhtiar membelanya secara wajar supaya beliau dapat terus berada di Malaysia.

Pak Omar ditahan pihak berkuasa Laos ketika cuba meninggalkan negara itu pada 13 Mei tahun lalu kerana terbabit dalam jenayah perdagangan manusia. Beliau ditempatkan di Penjara Antarabangsa Laos bersama 30 lagi tahanan asing, termasuk tiga yang beragama Islam iaitu masing-masing dari Malaysia, Pakistan dan Ghana.

Beliau khuatir tempoh tahanannya di Laos berpanjangan kerana selama 11 bulan ditahan, tiada sebarang pertuduhan dilakukan pihak berkuasa Laos, apatah lagi lelaki yang membawanya ke sana, iaitu S Krishnan turut ditahan bersamanya dikatakan melarikan diri dan kembali ke Malaysia ketika mendapatkan rawatan di hospital di Laos kerana sakit.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh, berkata pihaknya dengan kerjasama polis dan Wisma Putra akan berusaha menjejaki Krishnan yang dikatakan berasal dari Sungkai, Perak bagi membantu siasatan.

"Kita percaya Pak Omar mangsa keadaan dan kami akan menyediakan pihak pembelaan terbaik,

apatah lagi penahanan beliau dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana sehingga kini tidak disertai sebarang pendakwaan,"

katanya yang mengakui perlu menghantar Pak Omar pulang semula ke Laos selewat-lewatnya 30 Mac ini. - BERITA HARIAN

...................

TAHAN ORANG BAWAH I.S.A TANPA PENDAKWAAN TU TAKPE PULAK YE? I.S.A TU TAK MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA WAHAI PEMUDA UMNO???

Siapa Untung Di Sebalik PENYAHSENARAIAN AAAN, Astro

KUALA LUMPUR, 19 Mac : Usaha menjadikan Astro All Asia Network Plc (AAAN), pengendali tunggal penyiaran televisyen langganan Malaysia sebagai sebuah syarikat persendirian dengan tawaran harga RM4.30 sesaham atau atau RM 8.5 bilion bagi keseluruhan kepentingan dipersoalkan.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, AAAN perlu menjelaskan motif di sebalik transisi tersebut. "Sekian lama disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia, mengapakah baru sekarang Datuk Badri Masri (Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif AAAN) mahu melakukan transisi penyahsenaraian ini," soal beliau.

"Adakah (transisi penyahsenaraian) ini dibuat setelah AAAN puas mengaut keuntungan ketika menjadi syarikat penyiaran yang diberi lesen tunggal oleh kerajaan (iaitu) setelah diberi monopoli oleh kerajaan Barisan Nasional."

Beliau berkata, dengan mengeluarkan kepentingan AAAN dari Bursa Saham Malaysia (BSM), membolehkan beberapa pemegang syer utama dalam syarikat penyiaran langganan nasional itu mengaut kepentingan berganda.

"Kalau disenaraikan dalam Bursa Saham (Malaysia), kepentingan dan keuntungan itu boleh dikongsi oleh banyak pihak, kalau keluar (dari) BSM, beberapa pemain, yakni pemegang syer yang boleh menggandakan kekayaan," jelasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, walaupun ada beberapa pihak mendakwa, transisi penyahneraian itu disebabkan AAAN tidak yakin dengan prestasi pentadbiran ekonomi kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahfuz secara peribadi tidak menganggap demikian.

Menurut Mahfuz, transisi penyahsenarian ini turut membabitkan nasihat secara langsung adik kepada Najib sendiri, iaitu Datuk Seri Nazir Tun Razak. Selaku Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holding Berhad, Mahfuz berkata, Nazir tentu mempunyai sebab-musabab yang kuat sebelum membuat pengumuman tawaran pengambilalihan dalam dagangan saham-saham AAAN tersebut.

Selain Nazir, Mahfuz berkata, Ananda Krishnan, pemilik syarikat telekomunikasi persendirian Maxis terbabit dalam menjadikan AAAN sebagai syarikat persendirian sekarang. "Seperti transisi penyahsenaraian Maxis (pada tahun) 2007 lalu, mula-mula Ananda menggunakan lesen penyiaran Astro ini sebagai langkah pertama beliau di dalam industri ini."

"Dari Malaysia, beliau kemudiannya membuka penyiaran yang sama di beberapa negara jiran seperti Indonesia, juga Astrolia." Kata beliau lagi, Astro dijadikan batu loncatan untuk beliau berkembang maju dalam bidang tersebut.

Dengan erti kata lain, kata Mahfuz, lesen Astro adalah pemangkin kepada Ananda dalam meneroka pasaran antarabangsa. "Sekarang, apabila sudah menikmati pulangan yang baik daripada AAAN, AAAN pula hendak dijadikan syarikat persendirian," beliau menambah.

Sehubungan itu, beliau mempersoal tentang hak Malaysia sendiri dalam memperkukuh AAAN sehingga tahap sekarang. "Adakah ini adil untuk Malaysia," soal Mahfuz. "Malaysia yang memberikan landasan ini, adakah tindakan ini ibarat kacang lupakan kulit."

Sekiranya tindakan penyahsenaraian tersebut sebagai langkah korporat, menurut Mahfuz, kerajaan Malaysia juga boleh mengambil inisiatif lanjutan demi memecah monopoli AAAN dan Astro dalam industri penyiaran berbayar domestik dan global.

"Kalau begini, kerajaan Malaysia patut membuka syarikat ini kepada syarikat-syarikat lain, tidak perlu membiarkan Astro memonopoli penyiaran langganan domestik lagi," tegas beliau. Demi memulihara hak tanah air secara korporat, Mahfuz bercadang mengetengahkan isu penyahsenaraian AAAN dari BSM tersebut ke Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

"Insya Allah saya akan bertanya sendiri isu penyahsenaraian ini kepada (Datuk Seri Utama) Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) di Dewan Rakyat kelak," jelasnya.

Di Dewan Rakyat, beliau juga menasihatkan kerajaan supaya membuka lesen-lesen penyiaran langganan yang baru demi memecah monopoli AAAN dan Astro, selain melebarkan industri penyiaran langganan sebagai sumber ekonomi negara.

Dari segi yang lain, beliau turut mempersoal penyahsenaraian AAAN tersebut kerana menganggap usaha itu seolah-olah mengulangi sejarah penyahsenaraian Maxis di BSM pada 2007 yang lalu.

"Dulu pun Ananda tarik diri (Maxis) dari BSM, kemudian senaraikan semula Maxis dengan hanya syarikat operasi Maxis sahaja dalam BSM. Selepas syarikat Maxis yang beroperasi (di) luar seperti di Indonesia tidak lagi disenaraikan dalam BSM, adakah ini langkah yang sama yang hendak dilakukan ke atas AAAN?" soal beliau.

Kelmarin, dilaporkan Nazir turut berkata, Astro Holdings tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian AAAN dan penyahsenaraian mungkin akan berlaku pada pertengahan Jun tahun ini. Tambah Nazir lagi, Astro Holdings turut berkeyakinan bahawa langkah transisi penyahsenaraian itu mampu meningkatkan pertumbuhan domestik dan antarabangsa AAAN.

Dalam pada itu, CIMB Investment Bank Berhad dilantik sebagai penasihat Astro Holdings untuk tawaran perdangan penyahsenaraian tersebut, manakala AAAN menerima konsultansi dari Kadir Andri & Partners, RHB Investment Bank Berhad dan UBS Securities Malaysia Sendirian Berhad. - HARAKAHDAILY

Ahad, 21 Mac 2010

ROYALTI MINYAK : UMNO MAKIN TAK SENANG DUDUK; RAKYAT MEMERHATI

Tekanan demi tekanan berterusan mendatangi UMNO-BN terutamanya Perdana Menteri Najib Razak berkaitan isu penafian pemberian Royalti Minyak dengan menukarnya menjadi WANG EHSAN kepada Kelantan. Rakyat sedang memerhati, apakah langkah yang akan diambil Najib. Rakyat akan menilai sejauh mana kepintaran Najib untuk menyelesaikan isu Royalti Minyak ini.

Apa kesudahannya. Apakah Najib akan memilih 'JALAN HITAM, JALAN KESESATAN' untuk karier politiknya dan masa hadapan UMNO-BN. Atau Najib akan memilih 'JALAN LURUS, JALAN KEBENARAN' demi mengembalikan hak negeri-negeri dalam menikmati Royalti Minyak sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian yang telah termetrai.

.................................

BAYAR KEPADA KERAJAAN NEGERI - TUN MUSA HITAM
KOTA BHARU, 20 Mac : Kenyataan bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam yang menegaskan, pembayaran wang royalti atau wang ehsan dari Petronas perlu dibuat kepada kerajaan negeri bukannya pihak-pihak yang lain terus menekan Umno dan kerajaan negeri Kelantan menyambut baik kenyataan itu. BACA SETERUSNYA DI SINI


KERAJAAN DICABAR PAMER PERJANJIAN ROYALTI MINYAK - ZAID IBRAHIM
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mencabar kerajaan mempamerkan perjanjian royalti minyak antara Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri kepada umum supaya rakyat dapat menilainya sendiri.

"Tuan-tuan pernah lihat perjanjian tersebut? Kenapa perjanjian tiga mukasurat itu tidak boleh dipamerkan kepada umum? Kenapa? Kerana mereka hendak tipu," katanya.
BACA SETERUSNYA DI SINI

Khamis, 18 Mac 2010

LAWAK HARI KHAMIS : GAJI RENDAH PUNCA RASUAH... kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!

CEUPACS, kalau nak mintak naikkan gaji, cakap jea la terus terang! Jangan gunakan alasan AMALAN RASUAH pulak. Lawak di hari Khamis betullah baca kenyataan CEUPACS di akhbar Berita Hairan ni.

.........................

KAJI PUNCA PENJAWAT AWAM RASUAH
KUALA LUMPUR : Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.


Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera. "Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

.........................

Tak payah la nak suruh KERAjaan tu kaji sebab berlakunya rasuah Ceupacs oiiii!!! Kalo dah BAPAKNYA BOREK, ANAKNYA TENTULAH RINTIK....!!!

GAJI RENDAH? Menteri gaji RM puluh-puluh ribu pun amalkan rasuah. Nak kaji-kaji apa lagi. Kalau nak mintak kenaikan gaji, cakap jea NAK GAJI LEBIH! Ni nak suruh kaji-kaji sebab rasuah. Sebab berlakunya rasuah ni 1 jea : BILA AGAMA TOLAK KE TEPI; IMAN TAKDE DALAM HATI!!!

BILA AGAMA DIASINGKAN DARI PENTADBIRAN DAN POLITIK, MAKA BERLELUASALAH SEGALA MACAM PENYELEWENGAN!!! ITULAH PUNCANYA WAHAI CEUPACS!!!

PUTAR BELIT AKHBAR DEMI MEMBIARKAN NAJIB 'MASUK BAKUL; ANGKAT SENDIRI'

BACA PUTAR BELIT MEDIA INI TERHADAP ANWAR; AMALAN BIASA MEDIA PRO KERAjaan!!!
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang perlu dicontohi.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen apabila Seri Paduka Baginda secara khusus memuji Perdana Menteri dan isterinya. Anwar mendakwa titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berpandukan draf yang dikemuka Perdana Menteri kepada pihak istana.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan titah Yang di-Pertuan Agong. Tindakan Anwar mempersoalkan titah baginda ditegur Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berpendapat apabila titah sudah diucap Seri Paduka Baginda, ia tidak boleh dipertikaikan.


“Jangan mempersendakan istana, kalau keluar daripada mulut baginda, saya meminta Yang berhormat Permatang Pauh (Anwar) menghormatinya,” katanya. Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bebas kecewa dengan tindakan Anwar kerana dianggap mempersendakan Yang di-Pertuan Agong. -
BERITA HAIRAN BIN AJAIB

...............................


Puak-puak ni tak habis-habis lagi dengan perangai suka putar-belitkan fakta dan menyerang Anwar untuk memperlihatkan Anwar kurang ajar dan tak menghormati DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Bodoh bebal sangat ke Ahli Parlimen BN ni sampaikan tak nampak teguran yang diberikan Anwar. Ambillah kritikan dan teguran tu untuk perbaikinya di masa hadapan. Memang GELI dan PELIK apabila teks yang disediakan turut selitkan PUJI-PUJIAN KHUSUS UNTUK PM DAN BIK MAMANYA!

Kita juga dilarang memuji diri sendiri dan menyebut kebaikan diri. Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun." Surah an-Nisaa, ayat 49.

SUKA dipuji dan memuji diri sendiri adalah sifat mazmumah yang membuahkan sikap RIAK. Sebenarnya yang layak dan berhak dipuji hanyalah Allah. Inilah maksud dalam surah al-Fatihah: "Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam." Surah al-Fatihah, ayat 2. BACA ARTIKEL SETERUSNYA DI JENDELA HIKMAH

ANWAR SINDIR NAJIB PUJI DIRI SENDIRI

NAJIB 'MASUK LIFT; TEKAN SENDIRI'

ANWAR SINDIR NAJIB PUJI DIRI SENDIRI
KUALA LUMPUR, 17 Mac : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

"Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri," sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.

Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.

"Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihanraya, itu kebiasaannya." Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau. "Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib)," kata Anwar.

Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut. "Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri," sindir Anwar lagi.

"Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita," kata Anwar lagi.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada Perdana Menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.

Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut. Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.

Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu. "Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang," tegas Anwar. HARAKAHDAILY

Selasa, 16 Mac 2010

DILEMA SEORANG NAJIB

GST BUKTI KERAJAAN LEMAH, PENTADBIRAN TIDAK EFEKTIF

KUALA LUMPUR, 16 Mac : Penangguhan pembentangan kali kedua rang undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) membuktikan kerajaan tidak efektif dalam pentadbirannya. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akibat ketirisan kewangan oleh kerajaan, mereka cuba mencari jalan untuk mendapatkan semula kewangan.

"GST melambangkan kelemahan kerajaan mengemukakan kebejatan kewangan yang besar dan penting tapi tidak jelas kepada rakyat. PR membantah keras pengenalan ekonomi yang leceh dan lembap tanpa penjelasan dan oleh kerana ketirisan dan rasuah tidak dikendali dengan baik, maka ada percubaan untuk menyelamatkan RM1 bilion dan ini tidak dapat dipertahankan," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pre-council Pakatan Rakyat petang semalam.

Ketua Umum PKR itu juga berkata, kempen yang dibuat PR mengenai bantahan GST membuahkan hasil apabila kerajaan membuat keputusan menangguhkan pembentangannya di parlimen. "Oleh kerana Pakatan melaksanakan kempen yang berkesan, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menangguhkan pembentangannya," katanya.

Kerajaan memberi alasan tidak membentangkan bacaan kedua rang undang-undang perlaksanaan GST kononnya kerana mahu mendapatkan input daripada rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata, ianya hanya alasan yang diberikan kerajaan. "Sepatutnya mereka dapatkan input dari rakyat sebelum bentang bacaan kali pertama lagi. Bukan bila kita bantah, baru nak dapatkan feedback rakyat," katanya. HARAKAHDAILY


DILEMA NAJIB : CUKAI RAKYAT ATAU HILANG UNDI

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara. "Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan," kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN. Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sesi parlimen yang bermula hari ini. MALAYSIAKINI

KETUA PEMUDA PENYOKONG PAS MATI DITEMBAK

TELUK INTAN, 15 Mac : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi. Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat. Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat. Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.

Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-621 2222 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.

Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.

Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak. "Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu. Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.

Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut. Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu. HARAKAHDAILY

Isnin, 15 Mac 2010

RAKYAT KELANTAN TERUS BERJUANG TUNTUT ROYALTI

KOTA BHARU, 14 Mac : Perjuangan menuntut royalti minyak tetap diteruskan rakyat Kelantan biar pun sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih membisu bagi menjelas pendirian sebenar kerajaan pusat.

Malah rakyat Kelantan juga tidak putus semangat biar pun bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yakub menganggap Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak tanpa dapat membuktikan perairannya melebihi tiga batu nautika.

Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof berkata, beliau hairan kenyataan yang dibuat bekas Ketua Menteri Sarawak itu bertentangan dengan afidavit yang diikrarkan pada September 2005.

Katanya, berdasar kepada kenyataan tersebut jelas berlaku perbezaan jauh jika dibandingkan dengan afidavit Tun Abdul Rahman sebelum ini. “Sedangkan dalam afidavit tersebut beliau menjelaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974 merupakan satu perkongsian sumber dan keuntungan antara kerajaan Persekutuan dan negeri di Malaysia berhubung petroleum yang dikeluarkan di darat atau luar pesisir negeri-negeri berkenaan,” katanya di sini.

Malah pada perkara 37 dalam afidavit tersebut dijelaskan minyak yang ditemui di luar pesisir Sarawak sebelum 1974 terletak jauh dari daratan. Kawasan penemuan minyak terletak jauh daripada 12 batu nautika dari pesisir pantai.

"Sepanjang rundingan saya dengan Tun Abdul Razak tidak pernah timbul sebarang kefahaman bahawa sekiranya minyak yang ditemui terletak lebih dari 100 batu, ia bukan milik Sarawak. Yang pasti, minyak yang ditemui di luar pesisiran Sarawak adalah hak Sarawak, Tun Abdul Razak tidak pernah mempertikaikan," kata Abdul Rahman.

Dr Abdul Halim bimbang bekas Ketua Menteri Sarawak dipengaruhi seseorang sehingga terlupa segala afidavit yang menyokong tuntutan royalti minyak kerajaan Terengganu pada 2001. Oleh itu, beliau yakin perjuangan Gegar dan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak berada di pihak yang benar. Dan mulai esok isu tersebut dijangka digegarkan sekali lagi di Dewan Rakyat.

Pada 18 Mac ini bekas Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi akan menjelaskan isu tuntutan royalti bertempat di Terengganu Ekuestrian Resort, Kuala Terengganu. - HARAKAHDAILY

Ahad, 14 Mac 2010

SELAIN HAMSTER, ANDA TENTU PERNAH MAKAN KUACI INI...


Taman Perindustrian Balakong Jaya, Balakong, Selangor
10 Mac 2010 (12 tghari)

PERHATIAN DAN AMARAN :

Serbuan dan rampasan yang dilakukan ini bukan berkenaan sama ada kuaci ini halal atau tidak. Isu yang timbul ialah, syarikat menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran.
Saya tidak melarang atau menggalakkan anda sama ada untuk terus memakan kuaci ini atau memberi kepada hamster untuk dimakan.

Kepada pengendali dan ahli laman forum, saya memberi amaran, jangan memutar-belitkan fakta yang telah diberi atau mengelirukan ahli/pembaca anda. Saya tidak akan bertanggungjawab akan segala ulasan atau pandangan yang anda kemukakan setelah anda 'copy-paste' atau ambil bahan dari blog ini.


Baca betul-betul entry ini kerana ada yang mengambil kesimpulan akan status kuaci ini. Selebihnya, kita gunaka akal yang Allah kurniakan, dan bukan emosi atau perasaan keterlaluan.
- ONDSCENE

................................................


Ye, selain hamster, anda mungkin atau tentu pernah makan kuaci ini.

Foto dari blog hanis de manis

Nampaknya, sijil Halal Jakim rupanya menjadi buruan mereka yang inginkan produk mereka laku dan dibeli oleh pengguna Islam, tetapi lebih dengan cara penipuan. Malangnya, dalam serbuan kali ini, pengedar kuaci ini berkata : "What a big issue? Why you all make it as big issue?"

Aduh... punyalah sakit hati mendengar betapa bongkaknya syarikat terbabit yang mempertikaikan tindakan Jakim dan KPDNKK menyerbu syarikat mereka.

Sungguh kurang ajar - sudahlah menggunakan logo terbabit dengan sewenang-wenang tanpa kebenaran, mereka pertikaikan pula mengapa tindakan dikenakan pada mereka.


Jika kita gunakan akal yang berakal, kalau syarikat terbabit yakin syarikatnya boleh menjual kuaci buatan China mereka itu laku macam pisang goreng panas... JANGAN gunakan logo Halal Jakim itu. Habis cerita.

Ikuti kisah yang penuh dengan suasana tegang sehingga akhirnya, polis dari Balai Polis Taming Jaya dipanggil bagi membantu penguatkuasaan.


Ketika di Balai Polis Taming Jaya untuk menanya arah ke lokasi, saya mendapat SMS dari Shahrulnizam Abu Bakar, Penolong Pegawai (Kanan) Unit Aduan, Seksyen Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, meminta bantuan polis operasi yang dilakukan.

Menurut Shahrulnizam, ada masalah di lokasi apabila pihak syarikat enggan bekerjasama untuk mereka lakukan pemeriksaan dan rampasan. Ketua Balai Polis Taming Jaya, Sarjan 70128 Ahmad Din sebaik dimaklumkan mengenainya, dengan penuh tanggungjawab menawarkan bantuan yang diperlukan dan segera meminta 2 anggota balai mengikutinya serta membawa dan menunjuk arah saya ke lokasi.


Untuk sampai ke kilang ini, perlu melalui kawasan berpalang dan pengawal keselamatan. Untuk masuk ke dalam kawasan kilang, perlu memasukinya melalui pagar otomatik dan kawasan sekeliling dipenuhi CCTV. Benar, seorang lelaki sedang berkeras dengan pegawai dari Jakim dan KPDNKK untuk tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan stor.


Sebelumnya, dia membuka stor itu, tetapi setelah dimaklumkan, rampasan akan dilakukan , dia lantas mengunci semula stor dan pintu pagar ditutup secara otomatik, menyebabkan kami 'terkurung'.

Sarjan Ahmad terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu dan pekerjanya, mereka perlu memberikan kerjasama, sebaliknya dia tetap berkeras dan berkali-kali berkata betapa pihak syarikatnya tidak melakukan kesalahan besar dan tidak perlu dijadikan isu.

Beberapa panggilan telefon dilakukannya malah berbagai alasan dan pertikaman lidah berlaku - dia masih enggan membuka stor.

Hampir sejam kami 'terkurung' di dalam kawasan kilang yang langsung tidak mempunyai papan tanda semata-mata tidak mahu sebarang tindakan lanjut dilakukan (diplomasi).


Akhirnya, amaran terpaksa diberikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada pada polis, Jakim dan KPDNKK untuk syarikat membuka stor. Menurut rekod, syarikat mempunyai sijil halal dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak yang tamat tempoh pada 1 September 2008.

Dan dengan alasan pertukaran kerajaan / situasi politik di Perak, syarikat memohon sijil Halal dari pihak swasta yang tidak diiktiraf kerajaan - Perak Religious Officer Association (9 Jun 2009 hingga 8 Jun 2012).

Alasan diberikan oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai perunding syarikat ,datang memberikan pelbagai alasan dan kata-kata yang tidak konsisten dan kadang-kadang melucukan.


Sebenarnya, berapa kalipun kerajaan bertukar, polisi tetap sama dan tidak bertukar dalam penguatkuasaan , tetapi itulah alasan yang diberikan oleh lelaki yang tidak mengaku sebagai perunding, tetapi syarikat pula mendakwa dia sebagai perunding!!!

Pening... pening, walhal kes ini terlalu mudah untuk diselesaikan - beri kerjasama, maka tak perlulah bertekak dan memberikan hujah yang membuang masa kerana kesalahan telah terang-terangan dilakukan.

Dan isunya di sini, walaupun Jakim ketika ini tiada kuasa untuk mensabitkan kesalahan kerana syarikat menggunakan sijil / logo halal swasta, tetapi kesalahan nyata syarikat ialah, tidak menggunakan logo halal swasta itu, sebaliknya menggunakan logo Halal Jakim tanpa kebenaran pada semua produknya.

Apa yang menarik mengenai kuaci ini ialah, pembungkusan malah logo Halal Jakim dicetak di China, dan syarikat menerimanya untuk terus dijual kepada anda.


Syarikat dengan angkuh mengatakan, tiada apa yang nak diisukan mengenai logo halal Jakim itu, kerana bagi mereka, mungkin logo halal Jakim itu tidak memungkinkan mereka melakukan kesalahan besar.

Untuk makluman anda, sebenarnya, logo halal yang dilekatkan pada produk, bagi ramai pengusaha yang buta mata-hati dan tamak haloba dan menggunakannya secara 'curi', ia adalah satu tarikan pada orang Islam untuk membelinya.

Saya yakin, tanpa meletakkan logo halal, jualannya tidak akan melonjak begitu tinggi, malah syarikat ini 10 tahun dulu adalah sebuah kilang kecil di Kajang dan ini merupakan kali ketiga pindah ke sebuah kilang yang bernilai jutaan ringgit.

Akhirnya , semua stok kuaci berjumlah lebih 100 ribu paket dirampas dari stor syarikat mengikut Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimun RM250,000.


Menurut Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, tindakan mereka yang menggunakan logo halal Jakim sewenang-wenang, selain melakukan kesalahan dan menipu pengguna, ia adalah tidak adil kepada syarikat yang benar-benar jujur dan komited setelah melalui proses yang ketat sebelum diberikan sijil halal. Dan syarikat dinasihatkan memohon sijil halal yang sah dari Jakim.

SUMBER DARI ONDSCENE
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'