Ahad, 28 Februari 2010

ROYALTI MINYAK : UMNO Kelantan Tiada Kuasa - YB HUSAM

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan menteri tidak layak untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana tidak mempunyai portfolio bidang tersebut.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih tahu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

"Saya hairan kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan."

"Tanggungjawab untuk menjawab isu ini ialah Perdana Menteri dan Petronas, bukan menteri atau timbalan menteri yang tidak ada kena-mengena dengan portfolio petroleum, sebab itu bagi saya, keputusan ini adalah keputusan politik UMNO Kelantan," katanya ketika ditemui di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Barisan Negeri (BN) Kelantan dukacita dengan pelbagai dakwaan dan menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik.

Dalam masa yang sama, Husam berkata kepimpinan UMNO Kelantan jelas mengutamakan politik apabila kenyataan yang dikeluarkan dilihat bercanggah dengan pemimpin UMNO Terengganu yang turut memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.

"Kenapa UMNO Kelantan berbeza pandangan dengan UMNO Terengganu serta Ahli Parlimen Gua Musang, (Tengku Razaleigh Hamzah) satu UMNO dua pandangan mengenai royalti, ini menunjukkan politik."

"Kerajaan Terengganu menuntut dari sudut undang-undang walaupun mereka daripada UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang memberi pandangan mengikut undang-undang, tetapi UMNO Kelantan mengetepikan undang-undang kerana politik," katanya.

Sumber - SINAR HARIAN

Khamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL



...YA RASULULLAH...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma solli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu

Nasyid by RAIHAN

Rabu, 24 Februari 2010

ROYALTI : Najib Membisu, Mustapa Pula Sibuk

PASIR MAS, 24 Feb : Sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu tuntutan royalti minyak dianggap mengundang beban kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila sibuk menafikan hak Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sikap membisu Najib menyebabkan kredibiliti dipertikaikan sehingga Mustapa menjadi mangsa. "Sepatutnya Perdana Menteri yang bercakap bagi menjawab isu ini. Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap."

"Sebab dia (Mustapa) bukan menteri berkaitan dalam isu tersebut. Rakyat semua tahu dia tidak kena mengena dalam soal ini," katanya pada ceramah isu semasa di mini stadium di sini, malam tadi. Kira-kira 5,000 penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut yang turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail.

Jumlah kehadiran tersebut jauh mengatasi mereka yang hadir pada ceramah penjelasan isu royalti yang dianjurkan Umno baru-baru ini, biar pun angka diberi media harian juga 5,000 orang.

Perdana Menteri juga sehingga kini gagal menjawab dua surat yang dihantar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu royalti. Husam turut melahirkan rasa hairan mengapa Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatur pelbagai program menafikan hak Kelantan ke atas royalti.

"Sebelum ini beliau bersama timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin bermati-matian menafikan Kelantan ada hak ke atas royalti. Namun selepas Perdana Menteri menjelaskan akan memberi wang ihsan, tiba-tiba beliau mengakui ada hak. Pemimpin apa macam itu," katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan tersebut walau dengan apa cara sekali pun demi manfaat rakyat.

SUMBER : HARAKAH

PAKAR SETUJU BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi (bawah), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.


Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata : "Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan). Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu," kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu. "Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini," kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.


Menulis dalam kolumnya di sebuah akhbar harian semalam, Dr Abdul Aziz (gambar atas) dipetik berkata, menurut intipati undang-undang, orang yang paling mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat hendaklah dilantik mengetuai kerajaan. Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.

Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.

Dr Abdul Aziz juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menurutnya menampakkan pencapaian agak baik dan mempunyai harapan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz ketika dihubungi, menjelaskan orang Melayu tidak perlu risau terhadap kedudukan Islam dan kepentingan bangsa mereka kerana ia diletakkan di luar kerangka demokrasi. "Sebab itu saya kata sepatutnya OK ada perdana menteri bukan Melayu," katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, tanggapan bahawa kuasa raja terlalu kecil - yang menurutnya dijadikan alasan golongan ekstrimis untuk menakut-nakutkan rakyat - adalah silap dan tidak betul.

Sebaliknya, jelas Dr Abdul Aziz, ketakutan atau salah faham itu timbul kerana perlembagaan telah diselewengkan atau tidak dilaksanakan. Katanya, perkara tersebut jika berlaku tidak sepatutnya mengejutkan orang Melayu kerana selepas enam perdana menteri Melayu di Malaysia, kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga.

"Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu," kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu. Tentang bagaimana idea itu boleh menjadi kenyataaan, Abdul Aziz berkata, "ia bergantung kepada kesediaan orang Melayu dan kemampuan bukan Melayu."

"Kesediaan itu soal yang perlu dilihat; saya cuma menjelaskan (daripada aspek) undang-undang sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Itu sahaja." Ditanya sama ada beliau tidak risau menjadi sasaran kemarahan orang Melayu ekoran tindakannya mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum tersebut, beliau berkata :

"Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah, Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak"

"Kelompok ini tidak perlu dilayan. Kalau soal kepentingan dan hidup mati Melayu-Islam yang dibangkitkan, bukankah ada raja? Saya fikir kalau raja-raja ini tahu dan sedar peranan mereka, tidak timbul bahaya yang dibayangkan itu," katanya.

SUMBER : MALAYSIAKINI

Isnin, 22 Februari 2010

MENDIANG TEOH BENG HOCK DAPAT ANAK LELAKI

Balu setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu telah melahirkan anak mereka hari ini. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat pada jam 8 pagi tadi.


"Kedua-dua ibu (Soh Cher Wei, 28) dan anaknya adalah sihat," kata adik perempuan Teoh, Lee Lan apabila disiasat. Dia juga tidak mahu memberikan butiran lanjut.

Ahli parlimen, Serdang Teo Nie Ching yang juga hadir di Hospital Batu Pahat berkata keluarga berkenaan belum lagi menamakan bayi itu. Keluarganya akan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara berhubung pendaftaran bayi itu," kata Teo.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga ahli parlimen Puchong, juga telah berjanji membantu pendaftaran bayi berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

Sumber dari : MALAYSIAKINI

Sabtu, 20 Februari 2010

HABIBURRAHMAN MENULIS TENTANG PENGALAMANNYA BERTEMU NIK AZIZ


...CERITA DARI KELANTAN...

Siang itu,14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu. Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia. Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih.

Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.


Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri Besar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya, jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini, pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar (kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur) yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu."

“Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia kedua-duanya salah. Dia berkata, "Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baik-baik."

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkut-pautkan dengan negara. Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, "Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh."

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih


disalintampal dari blog HERMAN SAMSUDEEN

Norlaili Akhirnya Pulang Ke Rumah

Kg Setia Jaya, Setapak
Kuala Lumpur
19 Feb 2010

Tajuk berita Terkini di bawah sepatutnya berbunyi - Norlaili Akhirnya Pulang Ke Rumah, dan bukan seperti yang ditulis (Norlaili Afizah telah ditemui).

Saya akan update berita ini secepat mungkin, tetapi yang pasti Norlaili Afizah @ Pijah telah selamat pulang ke rumah. Semuanya selesai setelah remaja terbabit merasa amat bersalah akan tindakannya dan terlalu rindukan keluarga serta kasihan kepada mereka. Bagaimanapun, mengakui, perasaan cinta kepada Sarjo menjadikan dia bertindak di luar kawalan. Sepanjang 6 hari kehilangannya, Norlaili bersembunyi di sebuah rumah di Sungkai dan merancang melarikan diri Rabu lalu menggunakan laluan haram.


Tiga bulan lamanya Pijah merancang untuk melarikan diri. Sedikit demi sedikit pakaiannya diberikan ketika keluar bertemu Sarjo untuk disorokkan dan akan dijadikan bekalan ketika melarikan diri ke Jawa Timur.

Mereka berkenalan sejak Pijah di dalam Tingkatan 3 ketika Pijah melalui kawasan rumah kongsi yang terletak di tepi rumahnya untuk ke sekolah. Sehinggalah projek kondominium tempat Sarjo bekerja siap, dan Sarjo berpindah ke rumah kongsi lain, mereka terus berhubungan sama ada melalui telefon bimbit atau bertemu seperti di Tesco, Pasar Seni dan KLCC.

Akhirnya, kira-kira jam 1 petang, 12 Feb lalu, rancangan mereka untuk melarikan diri, diteruskan. Pijah telah meninggalkan terlebih dahulu sepucuk surat yang disorok di dalam laci di dapur.

Pijah menaiki LRT ke Pasar Seni di mana Sarjo telah sedia menunggu, dan mereka terus menaiki bas ke Sungkai, Perak. Bagi mengelirukan keluarga, Pijah menghantar SMS mengatakan dia di Johor, di dalam feri menuju ke Indonesia.

Sesampai di Sungkai, Perak, kawan Sarjo telah sedia menunggu, dan Pijah di tempatkan di sebuah rumah kampung 2 bilik. Ketika itu, hatinya sudah mula terdetik, mengapa dia lakukan semua itu, dan ingin pulang ke rumah, tetapi hatinya lebih berat sayangkan Sarjo lebih dari segala-galanya.

Bagi Pijah, walaupun dia pernah membaca berita mengenai kes sepertinya, namun dia tidak mempedulikannya kerana baginya, itu bukan masalahnya. Yang penting, cita-citanya untuk berkahwin dengan Sarjo tercapai. Ingatan kepada keluarga semakin kuat, tetapi dia tetap cuba melawannya.

Pada Ahad malam, rakan Sarjo menelefon bahawa polis sedang memburu mereka dan berita kehilangan Pijah telahpun di siarkan di dalam Buletin Utama TV3. Pijah menjadi takut, malah dia bimbangkan Sarjo ditangkap. Akhirnya, mereka membuat perancangan untuk melarikan diri di awal pagi Rabu terus ke Johor dan mungkin menaiki tongkang atau bot untuk ke Indonesia.

Di masa yang sama, Pijah sudah kalah dengan nalurinya, untuk pulang dan menemui keluarga, namun dia merasa takut, bimbang dipukul oleh keluarganya. Sarjo akhirnya menasihatkan Pijah pulang manakala dia melarikan diri ke Indonesia.

Akhirnya, petang semalam, Sarjo menghantar Pijah ke hentian bas di Sungkai dan Pijah pulang seorang diri dan tiba di hentian Puduraya jam 11:30 malam 18 Feb, 2010.

Dia kemudian menaiki teksi dan tiba berhampiran kawasan rumahnya kira-kira 12 malam. Setengah jam Pijah dalam ketakutan untuk kembali,, dan akhirnya dia duduk di sebuah tangga tidak jauh dari rumahnya sehinggalah dia ditemui rakan abangnya. Pijah kembali kepada keluarganya kira-kira jam 12:30tgh malam tadi

SUMBER DARI BLOG ONDSCENE

Jumaat, 19 Februari 2010

TERKINI : NORLAILI AFIZAH TELAH DITEMUI

PERHATIAN!!!

Norlaili Afizah @ Pijah, 19 tahun yang dilaporkan hilang 12 Feb lalu, telah ditemui beberapa jam yang lalu. Berita lanjut dan perkembangan terkini akan saya maklumkan kemudian.
sumber dari : ONDSCENE

Baca laporan terdahulu tentang
KEHILANGAN Pijah DI SINI

PEMIMPIN YANG ADIL

Pemimpin yang adil sangat dikendaki
penyelamat umat dunia dan akhirat
tiada keadilan umat kan huru hara
pemimpin menanggung dosa rakyatnya

Pemimpin yg adil orangnya tawadduk
boleh duduk sama dgn rakyat-rakyatnya
kehidupannya tidak jauh beza dgn rakyat
kepentingan rakyat lebih utama

Dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
kasih sayang teserlah di mukanya
sombong dan takabur tiada pada dirinya
rakyat taat dan sayang padanya

Kepentingan rakyat sangat dijaga
wang rakyat dan negara tidak disalah guna
rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
rakyat diajak mentaati Allah

Pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
mengingatkan rakyat tipu dunia
akhlak yang mulia pakaian dirinya
rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin-pemimpin di akhir zaman
kebanyakkan pencetus huru hara
untuk melindungi kesalahan dirinya
dia tuduh orang melakukannya

Mana nak dicari pemimpin yang begini


-NADAMURNI-

Khamis, 18 Februari 2010

Apakah Yang Benar...

  • APAKAH BENAR HANYA UMNO YANG MAMPU MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU?
  • APAKAH BENAR SEKIRANYA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH, KAUM CINA AKAN MENDOMINASI SEGALA PERKARA BERKAITAN EKONOMI, PENTADBIRAN SERTA PERUNDANGAN NEGARA?
  • APAKAH BENAR PAS TERLALU TUNDUK DAN BERLEMBUT KEPADA DAP?
  • APAKAH BENAR UMNO PARTI YANG KUAT DAN SUARANYA DIDENGARI OLEH KOMPONEN BARISAN NASIONAL?
  • APAKAH BENAR UMNO PEMBELA BANGSA WALHAL HAK SERTA KEPENTINGAN BANGSA MELAYU TERGADAI SEPANJANG PEMERINTAHANNYA?
  • APAKAH BENAR DAP MENINDAS KAUM MELAYU?
  • APAKAH BENAR HANYA BN BIJAK MEMERINTAH?
  • APAKAH BENAR...?
  • APAKAH YANG BENAR?
  • BENARKAH...???

p/s : Sekiranya UMNO BENAR-BENAR sayangkan bangsa Melayu dan ingin terus memperjuangkan bangsa, bubarkan saja UMNO, jom pakat sokong & masuk PAS!!!

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

PRESIDEN PAS, KELUARGA SELAMATKAN ORANG LEMAS - HARAKAHDAILY

MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya. (Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya. "Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.

Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi. Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak "Orang lemas... orang lemas..." sambil menunjukkan tangannya ke laut. Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.

"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut... saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai. "Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily. Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya : "Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.

Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat. "Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya." Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, (Gambar) bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya. Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.

...........................................

Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut. "Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya."

"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa." -
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen - MALAYSIAKINI.COM-

Selasa, 16 Februari 2010

DI MANAKAH NORLAILI AFIZAH...???


Kampung Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
14 Feb 2010.

Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga indonesia, 12 Februari lalu. Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi di Jawa Timur.


Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya, Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.


ASSALAMUALAIKUM
ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA. KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABANG JO. DIA BAIK ABAH, KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI.

ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH. ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA. DIA SLALU BAIK NGAN KITA. ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.
PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH


Ikuti kisah selanjutnya:

Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan kira-kira jam 11 malam semalam (13 Feb 2010), yang meminta bantuan saya untuk mencari adik perempuan rakannya yang hilang sejak 12 Feb. Oleh kerana saya amat penat ketika itu, saya meminta tangguh kepadanya untuk datang menemui rakannya hari ini (14 Feb 2010).

Setelah membuat temujanji, akhirnya saya menemui keluarga ini kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Kg Setia Jaya, Setapak. Saya juga meminta rakan dari Utusan Malaysia, Angelina Sinyang datang untuk kes ini supaya maklumat kehilangan dapat disebarkan lebih meluas.

Ramai datang berkumpul di rumah ini termasuk beberapa anak muda dari kampung ini yang sejak dua hari lalu berusaha mencari Norlaili di sekitar Lembah Klang termasuk menanpal dan mengedar kira-kira 1000 risalah mengenai kehilangan itu.

Saya amat bersimpati dengan keluarga ini kerana saya lihat keluarga ini benar-benar bingung akan kehilangan Norlalili yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh. Bagi keluarga ini, mereka terpaksa menanggung risiko akan apa jua tindakan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kembali anak tersayang.


Ayah Norlaili, Omar Mahmud, 55 tahun, bekerja sebagai pemandu peribadi, manakala ibunya, Rokiah Ratih 50 tahun, sejak 10 tahun lalu menderita penyakit di bahagian otak yang agak kronik. Rokiah sudah seolah-olah hilang ingatan dan sukar mengingati serta hanya berdiam diri. Berbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya, namun gagal.


Norlaili anak ke 4 dari 5 beradik. Abangnya Mustapa Kamal 26 tahun, Kakak, Siti Norlaila 24, Noor Haslinda 22 dan adiknya Roslin Intan Nurul Amira, 16 tahun. Norlaili disedari hilang setelah keluar dari rumah jam 11 pagi, Jumaat lalu dan mengikut katanya, dia ke rumah rakannya di Taman Melawati.


Jam 7 petang, dia masih belum pulang dan keluarga lalu menghubungi rakannya, bagaimanapun dimaklumkan, Norlalili tidak datang ke rumahnya. Telefon bimbitnya tidak berjawab dan usaha mencarinya dilakukan termasuk menghubungi rakan-rakannya yang lain.


Mereka juga syak, mungkin Norlali keluar bersama seorang lelaki warga Indonesia bernama Sarjo seperti yang pernah diceritakannya dahulu dan dakwanya mempunyai keluarga di Kg Kemensah, Hulu Kelang. Sarjo dipercayai berasal dari Jawa Timur. Pencarian juga gagal di Kg Kemensah.


Jam 10:57 malam, Omar menerima satu khidmat pesanan ringkas dari Norlaili:


"Abah, pijah minta maaf banyak2, pijah sekarang dekat johor bharu, pijah nak pergi indonesia, pijah dalam pejalanan kapal laut ferri, abh tadi pijah sorok surat dalam almari tuya simpan pisau, bawah belenda"



LAPORAN POLIS DIBUAT DI BALAI TAMAN MELAWATI



Menurut keluarganya, Norlaili seorang anak yang baik dan tidak pernah melakukan perkara yang tidak disenangi keluarga malah selalu berkorban menjaga ibunya yang sakit.

Tahun lalu, dia mengikuti PLKN Siri 6/2009 Kumpulan 3 di Benum Hill Resort, Raub Pahang..


Keluarganya percaya, Norlaili mengenali seorang buruh warga Indonesia bernama Sarjo (abang Jo) di sebuah tapak pembinaan kondominium yang terletak hanya di seberang jalan rumah mereka beberapa tahun lalu.


Dan kini, kondominium itu telah pun siap dan telah diduduki, dan tiada lagi buruh binaan di situ.


Norlaili juga didapati telah menjual salah satu dari dua telefon bimbitnya kepada rakannya beberapa jam sebelum dipercayai meninggalkan negara ini.


Dan sejak SMS pada jam 10:57 malam itu, telefon bimbitnya gagal dihubungi. Bagaimanapun, masih belum dipastikan, kesahihan lokasi sebenar Norlalili sama ada masih berada di negara ini atau telah ke Indonesia seperti dakwaan dalam SMSnya.


Ketika keluar, Norlaili memakai baju kemeja hitam-kuning berlengan panjang dan berseluar jeans serta bertudung.hitam.


Sebarang maklumat mengenai Norlaili, anda boleh salurkan kepada saya, atau mana-mana balai polis atau terus kepada keluarganya


Omar Mahmud (ayah) - 017 3107 234
Mustapa Kamal Omar (abang) - 016 2690 277

DISALIN TAMPAH DARI :
ONDSCENE

BUANG BAYI : SISTEM PENDIDIKAN, SOSIAL NEGARA LEMAH

Nazri Abdullah Harakahdaily
SHAH ALAM, 15 Feb:
Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berpendapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan sistem sosial antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan jenayah buang bayi di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kedua-dua sistem tersebut agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin. "Saya berpendapat ia disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan sistem sosial Malaysia.

"Saya menyeru kepada kementerian kebajikan agar mengambil langkah proaktif mengkaji secara berkesan bagi menangani masalah ini," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gejala pembuangan bayi yang semakan berleluasa berlaku dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan bahawa Selangor sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kementerian dalam usaha menangani permasalahan yang semakin berleluasa itu.

Minggu lalu sahaja empat kes buang bayi dilaporkan berlaku. Terbaru membabitkan seorang bayi lelaki yang dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di sebuah lorong Jalan Zainal Abidin, Kuala Krai. Bayi malang seberat kira-kira dua kilogram ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan keadaan separuh badannya hangus dan kaki bercerai dari badan.

Jumaat, 12 Februari 2010

Kapal Selam Yang DILARANG MENYELAM!!!


KAPAL SELAM : LAGI EPISOD AIB NEGARA


NAZRI ABDULLAH HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ia baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata selain menyedihkan, ia juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.

"Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah dalam urusan pembelian kapal tersebut.

"Kita minta satu kertas putih dibentangkan di parlimen, kenapa sering berlaku perkara begini pada sistem pertahanan negara kita, terlalu banyak penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pembelian ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Semalam Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi. Ekoran itu kapal selam terbabit dinasihatkan untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Kelmarin sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas. KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter. Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Khamis, 4 Februari 2010

WAJAH TERKINI ShyFOOL : KENAPA BANYAK SANGAT UBAN?

klik imej ini untuk paparan lebih jelas...



gambar ihsan blog : UMMU ASIAH

CAN I FUCK YOU TODAY?

Aduyaiiii, pocah pundi koncing aku baco suratkhabar metro ni, laporan kes Liwat DSAI dengan si SaiFOOL tu. Tak penah dalam hayat aku dengar tentang penjahat yang nak merogol dan meliwat pi mintak kebenaran dari mangsanye. Sungguh berhemah sekali penjenayah yang sanggup meminta kebenaran sedemikian... hahahahahaha.....!!!

“Can I f*** you today? (Boleh saya adakan hubungan seks dengan awak hari ini?),” itulah pelawaan yang didakwa Mohd Saiful Bukhari dikatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya ketika mereka berada di bilik tidur pada Jun 2008.

baca berita seterusnya DI METRO ONLINE


BAGAIMANA SESI LAWATAN KATIL DI LUAR NEGARA?

Disalin-tampal dari blog : PAS BUKIT SENTOSA 2
Mohd Saiful Bukhari Azlan (tiga, kiri) menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau diliwat Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (dua, kiri) ketika melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, hari ini.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar, 63, dengan pengadunya, Mohd Saiful, 25. Perbicaraan hari kedua kes itu di Mahkamah Tinggi ditangguhkan pada pukul 11.43 pagi selepas sesi keterangan secara tertutup bagi membolehkan hakim melawat kondominium terbabit. - foto BERNAMA
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'