Selasa, 26 Januari 2010

Kekalkan Keharmonian Kaum dan Agama Di Malaysia

Salam buat seluruh rakyat Malaysia. Kita dikejutkan dengan berita-berita PANAS mutakhir ini yang menguji perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara Malaysia tercinta. Isu penggunaan kalimah Allah yang seterusnya membawa kepada peristiwa membakar GEREJA serta SURAU.

Besarlah harapan kita semua rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan agar segala bentuk tindakan yang boleh menjejaskan hubungan kaum serta agama dapat diselesaikan secara baik dan telus di meja rundingan. Bukannya bertindak mengikut emosi sehingga menjuruskan negara ke arah kemusnahan.

Malaysia sebuah bumi yang amat bertuah. Pelbagai kaum, agama dan bangsa dapat hidup harmoni dalam sebuah negara yang bebas merdeka. Usah kita cemari keharmonian ini dengan 'MELAYAN' propaganda serta politik sempit mana-mana pemimpin yang ingin meraih sokongan tanpa pemimpin BAHALOL ini sedari bahawa mereka mengapi-apikan sentimen perkauman serta menyemai bibit permusuhan di antara agama.

Rakyat dan masyakat Malaysia yang dikasihi...
Nilai dan perhatikanlah tindak tanduk pemimpin-pemimpin BAHALOL yang bertindak tanpa akal dan iman. Awasi dan jangan sesekali terpedaya kepada tindak-tanduk mereka yang hanya sekadar ingin menjadi jagoan serta menonjolkan diri mencari populariti serta publisiti murahan.

Semoga kita dapat menghadapi segala macam situasi serta dugaan yang mendatangi kita ini dengan berpandukan keimanan, kesabaran serta fikiran yang waras. Carilah penyelesaian terbaik dan elakkanlah tindakan serta keputusan yang kelak merugikan bangsa, agama, jua negara.
Related Posts with Thumbnails

Apabila Rakyat Bersuara!!!

Apabila Rakyat Bersuara!!!
HIMPUNAN AMAN MANSUH I.S.A 1 OGOS '09

Tok Guru Dalam Filem Pendek 'The Tree'