VVIP DENAI CINTA

15 Disember 2010

Pencuri Dibelasah Hingga Mati

Usaha menangkap pencuri dan peragut sememangnya ia sikap yang mulia. Tetapi janganlah pula dibelasah teruk sang malaun itu demi melepaskan geram, demi memuaskan hati (nafsu amarah). Serahkanlah sang penjenyah tersebut kepada pihak polis. ISLAM melarang keras kita bertindak melulu hatta terhadap penjenayah sekalipun. Negara kita punya undang-undang, serahkan kepada pengadilan dan elakkan mengambil tindakan sendiri. ~wallahu a'lam~

Lagi Kes Pencuri Motosikal Mati Di Kelantan
BERNAMA
TANAH MERAH, 14 Dis : Selang dua hari, satu lagi kejadian membabitkan kematian pencuri motosikal berlaku di negeri ini awal pagi Selasa di Kampung Alor Pasir di sini. Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Azman Ubaidillah, 37, mati selepas bergelut dengan orang awam dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi selepas mangsa cuba melarikan diri dengan motosikal curinya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Abdul Aziz Mahmud berkata polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. "Mangsa sebelum itu telah mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha di sebuah rumah dan disedari keluarga berkenaan ketika motosikal itu cuba dibawa keluar dari rumah. Keluarga berkenaan telah mengejar mangsa dan berjaya menjatuhkan motosikal tersebut yang cuba dihidupkan mangsa tidak jauh daripada rumah tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini.

Abdul Aziz berkata kemudiannya telah berlaku pergelutan antara mangsa dan anggota keluarga itu termasuk beberapa jiran dalam tempoh beberapa minit. "Polis kemudiannya telah dihubungi selepas mangsa berjaya ditangkap namun ketika polis datang mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak mendapati sebarang kecederaan fizikal terhadap mangsa dan dipercayai mangsa mungkin mengalami masalah sesak nafas. "Polis sedang menunggu hasil bedah siasat bagi mengetahui dengan jelas sebab kematian mangsa," katanya.

Menurutnya polis juga turut merampas beberapa alat pengumpil motosikal daripada pakaian mangsa yang merupakan seorang pemandu sambilan dan berasal daripada Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang dan mempunyai empat orang anak. Katanya hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai rekod kesalahan kes dadah.

"Polis bagaimanapun telah menahan tiga lelaki berumur 18 hingga 47 tahun yang dua daripadanya merupakan adik beradik dan seorang lagi jiran mereka bagi membantu siasatan," katanya. Beliau juga berkata polis telah menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua hari lepas seorang lelaki berumur 25 tahun mati dibelasah orang ramai selepas cuba mencuri motosikal di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari satu sudut memang salah dari segi undang-undang Malaysia dan antarabangsa.Sekiranya kalau kejadian sebegini lebih berkesan dalam mencegah jenayah ini boleh difikirkan dua kali. contohnya begini:-
Di Kampung Kubang Batang Pasir Mas Kelantan, wire (talian telefon) kerap dipotong, pada 1 mei 2010 talian dicuri,pengguna membuat aduan kpd pihak telekom seminggu kemudia dipulihkan. Pada 1 jun sekali lagi dicuri dan penduduk setempat dapat menangkapnya dan diserahkan kepada pihak polis. keesokan harinya dilepaskan kerana keluarganya membuat jaminan kepada pihak polis. disuatu pagi dikedai kopi kampung tersebut sipencuri menepuk-nepuk punggung sambil berkata "pihak polis kena RM10 - RM20 boleh lesai..." dan katanya lagi "nantilah... bila dipasang lagi aku akan kerat pulak" pada 8 julai 2010 wire dipotong, atas aduan pengguna pihak telekom menyambung balik wire tersebut dan pada 13 julai dipotong lagi. jadi analisanya tindakan undang-undang tidak berkesan malah makin bertindakbalas. Oleh itu saya rasa tindakan pihak orang ramai memukul sampai mati adalah wajar, sebab mereka ini mencabul kedaulatan undang-undang - kalau pencuri boleh mencabul kenapa masyarakat awam tidak boleh?

Related Posts with Thumbnails