VVIP DENAI CINTA

14 Disember 2010

KICAP PUN 'DICETAK ROMPAK'?

HahahahahahaHarunSalimBachikkkk...!!! Aku sangkakan hanya ada VCD dan DVD Cetak Rompak, arak tiruan, rokok tiruan, jersey bolasepak tiruan dan jeans Levi's 501 tiruan... Rupa-rupanya KICAP MANIS CAP KIPAS UNDANG pun ada 'diCetak Rompak'... kahkahkahkahkahkah!!! Betapa mendapat sambutan kicap tu sampaikan ada malaun yang buat versi tiruannya. Kepada peminat kicap manis Cap Kipas Udang, berhati-hati ketika membelinya, jangan sampai terbeli yang tiruan. Belilah kicap manis Cap Kipas Udang yang ORI... hahahahaha ;)

3,360 Botol Kicap Manis Cap Tiruan Dirampas
BERNAMA
SEREMBAN, 13 Dis : Sebanyak 3,360 botol kicap manis tiruan yang menggunakan jenama 'Kipas Udang' bernilai hampir RM10,000 dirampas dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, hari ini. Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah di sini, kata Ketua Pengerusi PPDNKK Mohd Nor Musa.

"Kami mendapat aduan dari orang ramai menyebabkan kita membuat pemeriksaan di setor syarikat pemborong terbabit. Pemilik syarikat itu yang berusia 50-an bagaimanapun tidak mengetahui kicap itu adalah tiruan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata sampel daripada kicap tiruan itu akan dihantar ke makmal untuk melihat sama ada ia menggunakan bahan merbahaya atau tidak. Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.

Beliau berkata pihaknya kini mengesan pembekal kicap itu dan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.

5 ulasan:

Gen2Merah berkata...

macaM2 hal. hehe

JaJa berkata...

uissshhhh,takotnyer..kicap benda mkn pon nak d cetak rompak..bhayer2..

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

memang bahaye, buatnya ada bahan2 berbahaya dalam pembuatannya, xke tjejas nnti kesihatan pengguna yang menggunakan kicap tu...

ika~~ berkata...

ini sumpa kelaka!
hahahaha!

Rohaifi Azri@Denai Cinta berkata...

kelakar? huhuhuhu... kelakar + kene ar kita berhati-hati agar xterbeli produk sebegini... ;)

Related Posts with Thumbnails