VVIP DENAI CINTA

04 Disember 2010

HALANG DEDAH MAKLUMAT SULIT

KUALA LUMPUR : Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, terhadap Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers selepas mendakwa lelaki itu mendedahkan maklumat sulit beliau.

Dalam saman itu, Siti Aishah menamakan Syed Abdullah Hussein sebagai defendan pertama dan bapa pengamal perubatan tradisional berkenaan, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Gunaselan & Associates di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir. Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Disember ini.

Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi melarang Syed Abdullah dan bapanya tidak mendedahkan sama ada secara lisan, blog, akhbar atau wakil berhubung sebarang maklumatnya. Siti Aishah juga memohon perintah untuk melarang kedua-dua defendan menerbitkan buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memberitahu boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails